Six

312 44 67
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehyun's POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jaehyun's POV

Aku membuka mataku lalu mendapati bahawa aku kini berada di rumah. Aku sedang berbaring di atas katilku di bilik aku. Sekejap, bila masa aku ada kat rumah?

Aku menggosok-gosok mataku sebelum bangun dari pembaringan. Aku menyandarkan tubuhku pada kepala katil sambil memegang kepalaku.

What happened?

"Jaehyun?"

Kelihatan Johnny masuk ke dalam biliknya lalu melabuhkan punggung di atas katil di sebelah aku. Dia menghulurkan segelas air kepadaku.

Aku menyambut gelas tersebut lalu meneguk sedikit air memandangkan tekak aku agar kering. "Hyung, what happened? Jangan kata yang-"

"Yup, kau pengsan kat Lotte World tadi depan tandas."

"What?!" Mataku terbeliak apabila mendengar kata-kata Johnny itu. Aku terus meletakkan gelas di atas meja kecil di tepi katil kemudian meraup wajahku.

"And guess what, I talked to your Omegle girl," katanya lagi sambil mengangkat sebelah keningnya.

Aku merenung tajam ke arah Johnny. Dia hanya tergelak melihat reaksi aku. Aku melepaskan keluhan yang kecil.

"Kalaulah aku tak de fobia ni---"

Johnny berhenti ketawa lalu memegang bahuku. "No, Jeffrey. Kau kena terima takdir Tuhan. Ada sebab kenapa kau jadi begini. Aku percaya kau boleh atasinya suatu hari nanti."

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata semangat daripada Johnny. Sungguh, dia dah macam seorang abang bagi aku. Aku bersyukur dapat bertemu dan berkenalan dengannya.

"Minggu ni ada appointment, kan?," soalnya lalu aku mengganggukkan kepala. Minggu ini aku ada temujanji bersama pakar psikiatri.

Macam aku boleh dapat fobia ini? Ini kerana aku ada trauma terhadap ibu tiriku yang sering memukul aku ketika kecil. Yes, child abuse.

Ibu kandung aku telah meninggal dunia ketika melahirkan aku. Aku tak sempat menatap wajah ibu aku secara realiti. Hanya mampu melihat pada gambar sahaja.

[C] Omegle ➽ Jaehyun √Where stories live. Discover now