"TERIMA kasih." Dahlia tundukkan sedikit kepala ke arah abang Pos Laju selepas selesai dia berikan nombor kad pengenalan dan namanya, tanda dia akui penerimaan barang yang dihantar. Bungkusan di atas meja pengawal blok diangkat. Mujur cepat sampai portable hard disk yang dipesan kelmarin. Musim macam ini, segala gadget dia nak buat hal. Boleh pula masa tengah ralit buat kerja kelmarin, tiba-tiba komputer dia padam. Puas digodek-godek, langsung tak menyala. Nak hantar ke kedai, mana ada kedai yang buka. Mujur jugalah dia ada laptop spare dan segala kerja dia selamat tersimpan di Cloud. Kalau tidak, menangis air mata darahlah nak recover semua balik.
"Buat apa dekat bawah ni?"
Dahlia yang tengah membelek bungkusan di tangan terus angkat kepala bila terdengar soalan yang ditanya dengan nada ala polis itu. Dikerling Amir yang berdiri satu meter di belakangnya.
Tak menjawab, dia sekadar angkat bungkusan di tangan sedikit tinggi. Faham-faham sendirilah.
"Oh, pos laju."
Dahlia tersenyum di balik surgical mask yang dipakai. Faham pun. Clever boy! Eh, silap. Clever man! There's nothing boyish about Mr Spicy, Dahlia. He's a 'manly man' through and through. Sempat lagi hati nak memuji.
"Saya baru balik AEON." Macam biasa, Amir ramah nak bercerita. Siap diangkat dua plastik beg yang nampak sarat jugalah dengan barang. Tak environmentally conscious langsung!
Dahlia cuma buat muka mono dia. Dia tak tanya pun! Kononlah. Walhal sebenarnya hati tertanya-tanya juga. Semalam keluar beli barang. Hari ni keluar beli barang. Hari-hari datang rumah Dahlia cari barang. Tak pernah cukup ke barang mamat ni? Tapi tulah, nak tanya secara direct, memang taklah.
"Tunggu juga kalau awak nak kirim tadi, tapi tak datang ketuk pintu rumah pun." Amir buat suara sedih.
Dahlia rasa nak tergelak. Macamlah selama ni dia pernah pergi ketuk pintu rumah Amir. Yang Amir pun, tiba-tiba pula tak reti ke nak datang ketuk pintu rumah dia? Bukanlah kata dia nak kirim apa-apa. Barang-barang keperluan memang semuanya mencukupi. Tapi orang kata, courtesy. Kalau bersungguh nak tolong, tunjuklah sikit effort tu. Kan?
"Kalau ada nombor telefon awak kan senang? Saya call aje kalau ada apa-apa."
Kali ni gelak Dahlia meletus jugak. Trick nak minta nombor phone dia sajalah ni ya?
"Saya..."
"Amir, dear..." Tak sempat Amir nak sambung cakap, tiba-tiba ada suara menegur.Cepat Dahlia kalih pandangan ke arah si empunya suara. Ohmaigad... sejak bila pula ada supermodel duduk kondominium ni? But then again, macamlah dia jenis bercampur orang. Entah-entah ada VVIP duduk sini pun, manalah dia nak tahu.
Dahlia perhatikan wanita yang tiga empat kali ganda lagi polish daripada awek T20 semalam itu mendekati Amir. Ini T20 level paling atas ni. Tinggi, slim, cantik jelita. High kurlasss gitu! Memang JAUH bezalah dengan Dahlia yang serba sederhana ini. (Serba sederhana pun, dia ada tudung jenama Arzu, okey!)
Ternaik sebelah kening Dahlia. Dengan tak pakai surgical masknya (ya..ya..dia tahu bukan benda wajib pun nak dipakai), dengan tak tahu makna social distancing nya (sebab dekat sangat pulak dia berdiri sebelah Amir tu), jadi meluat pula Dahlia tengok. Ini poster child untuk beauty without brain ke apa? Tak faham seruan kerajaan agaknya.
"Lama ke you tunggu?" Gemeresik suara awek supermodel itu bertanya.
"Eh, taklah. I baru sampai."
"Sorry, I terlelap tadi. Tak dengar pun bunyi call masuk. Nasib baik I terjaga juga, nampak misscalled you and WhatsApp you. Tu yang cepat-cepat turun. Tak sempat nak bersiap."
Wutttt? Tak sempat bersiap? Dahlia pandang awek supermodel yang memakai sleeveless dress labuh dengan rambut terlepas bebas tapi masih nampak rapi itu atas bawah. Dengar macam simple aje penampilannya, kan? Tapi kalau dibandingkan dengan Dahlia, setakat duduk rumah, pakai sahaja macam apa yang tersarung di tubuhnya sekarang. Sweat pants dan tshirt lengan panjang. Tudung pun setakat selendang pleated saja melilit kepala. Kalau pakai macam ni punya lawa pun awek supermodel boleh kata tak sempat nak siap, Dahlia tak dapat nak bayangkan definisi bersiap awek ni macam mana.
Eh, kejap! Apa tadi awek ni cakap?
Awek supermodel: Lama ke you tunggu?
Amir: Eh, taklah. I baru sampai.
Oh, ada janji nak date ke kat lobi ni? Agaknya ni new normal kot. Nak date kat luar tak boleh. Jadi, kat lobi rumah pun jadi? Tiba-tiba Dahlia rasa macam third wheel pula. Tanpa pamitan terus dia pasang langkah menghala ke lif.
"Err... Dahlia..." Di belakang Amir seru nama dia, tapi dia buat-buat tak dengar. Hadaplah awek supermodel tu. Nak panggil-panggil dia buat apa?
"Adriana..."
Wow, nama! Setaraf Adriana Lima sungguh walaupun awek ini kemungkinan besar namanya sekadar Adriana Albab? Dahlia ambil kunci rumah, tekan butang lif.
"Ni barang-barang yang you pesan tadi."
Oh, hari ni #kitajagakita dengan cik supermodel pula yang, Mr Spicy?
"Berapa semua ni, dear?"
Dear? Uweek! Dahlia pandang skrin di dinding lif. Cepatlah lif sampai. Makanan dia rasa nak terkeluar balik dah ni.
"Resit semua ada dalam tu. Nanti I WhatsApp you nombor akaun I. You transfer saja okey?"
Wow! Berapa ramai nombor telefon awek yang ada dalam contact list awak ya, Amir?
Akhirnya lif yang ditunggu sampai. Tak tunggu lama, Dahlia meluru masuk. Amir yang memanggil-manggil namanya dibuat tak tahu. Liur ditelan, kesat.
Dear heart, he's just a neighbourly neighbour. Nothing more and nothing less.
Di depan lif, Amir terkebil-kebil pandang pintu lif yang sudah tertutup. Bagai nak rak dia panggil, boleh Dahlia blah buat tak tahu aje? Nak kata dia panggil tak kuat, rasanya dah cukup kuat dah lantunan suaranya tadi. Nak kata Dahlia yang kurang pendengaran, amatlah mustahil sebab tadi sebelum kemunculan Adriana, elok sahaja dia dengan Dahlia berbual walaupun ia sekadar komunikasi sehala. Jadi apa masalah gadis itu sebenarnya?
"Siapa tu?" Soalan Adriana buat Amir menoleh ke kanannya. Wajah penuh tanda tanya sepupunya itu dipandang sejenak.
Oh, rasanya dia tahu apa masalah Dahlia. Tanpa sedar, bibir menyungging senyum.
"Orang tanya, dia senyum pulak. Who is that girl?"
"My neighbour."
"Neighbour? Baru pindah ke?" Selama ni kalau dia ke rumah Amir, tak pernah pula nampak. Jiran-jiran Amir yang lain tu pernah jugalah dia terserempak.
"Ya. Baru pindah ke hati I." Amir ketawa kecil. Cheesy sangat!
"Aww... my baby brother are in love." Adriana senyum lebar. Suka sepupu yang dah dianggap macam adik sendiri tu akhirnya jatuh cinta. Bukan senang tak tackle hati seorang Amir Dzikry ni.
Amir cuma tersenyum. Love? Nah... it's too soon. But I'm heading there. Perhaps?
To be continued...
🌹🌹🌹🌹🌹
Part 5, on the 5th day of Ramadan.
Amir is heading towards love.
Dahlia pula?
It is not easy for an introvert to express her/his feeling. How will Dahlia Adeeba do it?
Tunggu sama-sama. Hahaha.
Thank you for taking your time reading this piece.
Vote. Share. Drop a comments if you can.
Oh... and keep on guessing who write which part. We'll reveal the answer when the story ends.
Love,
FH
YOU ARE READING
Kiss Of 14 Days (COMPLETE)
Short StoryDahlia Adeeba. 'Mr Spicy' Amir Dzikry. Kiss of 14 days... kisah si introvert bertemu si extrovert dalam keadaan dunia sedang diuji dengan ujian yang besar. 'Di sebalik sebuah kisah yang pahit, pasti terselit sebuah keindahan.' Sebuah kolaborasi ber...