DAHLIA melipat telekung. Tempoh risaukan Uncle Tobias dah berlalu. Sekarang dia lebih risaukan diri sendiri. Rambut disikat kemas sebelum dia berlalu ke ruang tamu. Kuku ibu jari diketap dengan kedua belah kaki diangkat dan dilipat di atas sofa.
Cushion pillow diambil dan dipeluk.Pheww…
Dahlia menarik nafas dalam. Rasanya hatinya dah kerap menderhaka. Kalau dulu dia bosan di-Speedmart-kan oleh Amir, kini dia tertunggu – tunggu pula.
New normal perhaps?
Kalau dulu berseorangan tu nikmat dunia, kini berdua bercakap depan pintu rumah pun hati dah berbunga. Harapkan musim RMO langkah pendek, kalau tak rasanya mahu dari pintu rumah ke pintu kereta. Panjang langkah mereka berdua nanti.
Hari ini dapur Amir baru loading barang ke apa? Atau…tak masak? Atau…tak sihat? Dah dua hari Amir tak muncul. Dia pula nak menempel lepas Amir dah straight forward berbicara perihal hati dan perasaan memang tak lah. Karang dah macam bagi jawapan pasti pula sedangkan dia masih perlukan masa.
Teringat yang dia berjanji untuk membantu Uncle Tobias menukar langsir baharu rumahnya, bergegas Dahlia mencapai tudung dan menapak ke rumah Uncle Tobias.
Lebar senyuman Uncle Tobias melihat Dahlia.“Aik, kenapa Uncle panjat pasang langsir tak tunggu Dahlia? You could fall and hurt yourself.” Dahlia dah ala mak tiri marahkan Uncle Tobias. Tak sampai seminggu keluar hospital dah lagak macam orang normal. Tahulah beria-ia tunggu Damien habis tempoh kuarantin dan balik rumah tapi kan dia dah janji nak tolong.
“Don’t worry young lady. Amir dropped by. He helped me.”
“Oh.” Terus mulut bertih jagung Dahlia kembali ke mode bisu macam biasa. Boleh pula singgah jenguk Uncle Tobias tapi tak boleh jenguk dia.
Dah kau kenapa Dahlia? Ada tertulis kat mana – mana Amir wajib mengendeng kat depan rumah?
Semata – mata sebab I love you 3000? Sebab halal relationship goal yang Amir maksudkan? Lamunan Dahlia terhenti mendengar deringan WhatsApp masuk.Miss me?
Dahlia senyum. Hati kembali berbunga tapi mesej Amir dibiarkan tak berbalas.
“Uncle dah makan?”
“Yes. I ate bread and heat up fried rice from yesterday. Agaknya Amir makan macam mana ya?”
“He is a good cook Uncle. Don’t you worry.”
“He fell off the ladder yesterday while helping me with the curtain. Siapa tu? Aina, Lina…that girl datang tolong Amir bawa pergi klinik and he then called later telling everything was fine and no serious injury.”
“Adriana…it’s Adriana.” Jantung Dahlia berdegup laju.
No wonder, he’s been quiet.
DAHLIA mundar – mandir di hadapan unit Amir. Dalam sejarah hidup dia pernah ke tekan loceng rumah lelaki selain rumah Daniel atau Uncle Tobias?
Kalau sejarah peradaban dunia rasanya bersepah spesis perigi cari timba.
Baru Dahlia nak angkat kaki, pintu dibuka dari dalam.
YOU ARE READING
Kiss Of 14 Days (COMPLETE)
Short StoryDahlia Adeeba. 'Mr Spicy' Amir Dzikry. Kiss of 14 days... kisah si introvert bertemu si extrovert dalam keadaan dunia sedang diuji dengan ujian yang besar. 'Di sebalik sebuah kisah yang pahit, pasti terselit sebuah keindahan.' Sebuah kolaborasi ber...