FINAL

4.5K 278 55
                                    

“KITA nak cakap lagi ke fasal kindness is not a trend anymore?”

Soalan Amir buat Dahlia rasa tertampar. Tak adalah dia teruk macam itu sekali. Dia cuma tak sukalah kalau Amir terlajak baik dengan semua orang sebab kalau dah macam tu, kat tang mana spesialnya dia? Boleh ke nak capai relationship goal yang Amir dambakan tu?

You be you. Ookay...” Dahlia mengalah. Rasanya tu bukan masalah besar dalam hubungan mereka. Dia sahaja yang salah mentafsir dan masih mentafsir rasa hati sendiri.

Sure?”

“100%.”

Dahlia tak nak tergolong dalam kategori ‘FOOLISH’. Bak kata pepatah Inggeris,
only a fool mistakes kindness for weakness,
and kindness is obviously
Amir Dzikry’s superpower too.


DAHLIA menjeling telefon bimbit di atas meja. Tak ada tanda pun Mr Spicy nak telefon. Semalam selamat bersahur kemain lagi. Kalau mesej daripada MKN yang tiba-tiba masuk tengah sahur macam ni memang dia hangin.
MKN, satu-satunya ‘orang’ yang tak pilih kasih dalam mengamalkan konsep #kitajagakita. Rasanya satu Malaysia MKN akan hantar mesej peringatan.

Overnight oat ditelan penuh keterpaksaan sekadar buat syarat untuk kutip pahala bersahur. Biasanya kurma 3 biji sahaja dah cukup bagi Dahlia.

Semalaman dia berfikir akan hala tuju dia dengan Amir. Nak-nak selepas mendengar tazkirah online dengan ayah malam tadi. Praktis norma baharu, walaupun berjauhan tetap boleh berhubung dan ahli keluarga dan mendengar nasihat daripada seorang ayah seakan menghidupkan malamnya yang sepi.

Dulu tiada istilah malam yang sepi untuk introvert sepertinya tapi sejak dia mula pandai merindu, terasa kesunyian lebih mencengkam.
Teringat nasihat ayah. Pahala puasa ni hanya Allah yang mampu ukur. Sincerity kita terhadap amalan puasa kita tangible, tapi hanya di mata Dia.

Susahlah kalau awak nak bagi sincerity saya ni tangible.

Bukan Dahlia nak fokus dengan ilmu yang ayah bagi tapi sibuk nak relate dengan ayat-ayat cinta Amir. Memang dah tahap parah sebenarnya Dahlia. Nak mengaku payah.

Ayah: Konsep puasa ialah takwa dan tawakal sebab amalan kita hanya untuk Dia. Buat kerana iman dan takwa dan tawakal dengan penerimaan Dia dengan ibadah kita.

Daniel: Ayah, konsep puasa dah macam sama dengan situasi pandemik sekarang.

Mak: Maksud Daniel persamaan daripada segi mental, fizikal dan rohani?

Dahlia nampak Daniel angguk tanda mengiakan jawapan mak. Mujur line Internet clear aje malam ni. Tak ada lagging bila bercakap. Bukan macam dua malam lepas yang mental rasanya bila buat group video call.

Dahlia: Kalau yang Kak Ngah faham ya lah. Puasa kena 30 hari. Kenapa bukan satu hari? Sebab kena ulang-ulang amalan untuk dapatkan consistency. Macam flatten the curve. Norma baharu yang perlu dibuat dengan konsisten. 14 hari RMO tu umpama melatih diri sendiri agar terbiasa dengan semua amalan ni selain sebab tempoh inkubasi virus tu.

Dania: Kak Long setuju. Sambung lagilah RMO kat Malaysia tu. Belum lagi stabil. Orang cakap kena berusaha untuk melawan Covid-19.

Kiss Of 14 Days (COMPLETE)Where stories live. Discover now