4

30 5 11
                                    

Pulang ke rumah,aku bertembung dengan satu-satunya adik yg aku ada ketika lelaki itu ingin menuruni anak tangga.

"Eh,awal pulak Tae balik harini.Takde latihan?"

Taehyung hanya tersenyum nipis.

"Takde.Dibatalkan.Noona teman Taetae makan kejap boleh tak?"

Aku tersenyum memandangnya seraya mengangguk sedikit.

"Noona naik atas letak beg dulu.Nanti noona turun.Eomma mana?"

"Eomma pergi rumah kawan baik dia."

Aku hanya mengangguk tanda mengerti sebelum berlalu pergi.

Ya.Itulah dongsaeng kesayangan aku.Kim Taehyung.Sebenarnya..dia muda setahun je dari aku.Tapi disebabkan dia terlampau minat dengan sukan,eomma aku hantar dia ke sekolah sukan dan bukan ke sekolah tinggi biasa macam aku.

Cuma tulah..nama je adik tapi dia lagi tinggi dari aku.Dah macam dia pulak abang aku.Apalah nasib dah diri ini pendek kan kan kan..

Sementara di tempat Jungkook pula,dia masih tidak henti-henti memikirkan tentang luahan cinta Hoseok kepada Arina petang tadi.

"Saya sukakan awak,Arina."

"Dia betul-betul sukakan Arina ke?" dia berfikir-fikir sendiri sedari tadi.

Entah kenapa dia berperasaan seperti itu.Entah kenapa hatinya serasa tidak tenteram.

"Arina pulak..dia nampak terkejut tadi." dia bersuara lagi dengan wajah berkerut sedang memikirkan reaksi si gadis.

Eh!Apasal dengan aku ni?!Kenapa aku pulak yg sibuk fikir pasal benda ni?Suka hati dia lah nak suka dekat siapa pun.

Dia sudah menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali saat dia tersedar akan kekalutannya mengenai diri Arina.Wajahnya diraup sekilas sebelum dia membuat keputuan untuk tidur.

Malam semakin larut namun aku masih terkebil-kebil sendiri diatas katil.Sebenarnya otak aku tengah berfikir sesuatu ni.

Pasal apa?

Pasal petang tadi lah.

Maksudnya..macam ni lah kan?Aku suka dekat Jungkook.Jungkook sukakan Hye Sun.Hye Sun pulak sukakan Senior Hoseok.Tapi Senior Hoseok sukakan aku.

Hurm..nampaknya kitaorang semua dah tersangkut dalam cinta empat segi.Memang gila.Macam mana lah Senior Hoseok boleh sukakan aku..?

Penat kerana terlalu lama berfikir,akhirnya aku bangun dari baringku lalu membuka pintu bilik sebelum pantas menuruni anak tangga lalu ke dapur.Ada sesuatu yg aku ingin sediakan khas buat Jungkook esok.

_________________________

Keesokan paginya ketika bersukan,Jungkook berlatih bersama rakan-rakannya yg lain seperti biasa.

POKK!

"Yahh!"

Jungkook tersenyum sinis saat dia berjaya memenangi mata yg terakhir.

"Okay semua!Kita rehat dulu.Petang nanti kita sambung game yg sama."

Suara kapten pasukan tenis lelaki kedengaran lantang memberi arahan kepada ahli-ahli kelabnya manakala mereka yg lain pula hanya mengangguk tanda mengerti.

Aku pula yg turut baru sahaja selesai melakukan aktiviti sukan bersama rakan sekelas terus menghampiri lelaki pujaan aku itu dengan membawa sesuatu di tangan.

"Jungkook!"

Lelaki itu pantas berpaling seraya mengesat peluhnya.

"Jungkook,mesti awak penat kan?Makan lah dulu lemon madu ni.Penuh dengan vitamin C."

Crazy Love GameWhere stories live. Discover now