Pada petang itu sama seperti kebiasaannya,aku perlu berlari keliling gelanggang untuk memanaskan badan sebelum memulakan latihan tenis.
Jungkook pula yg sudah ternampak kelibat Arina sedang berlari pada saat itu terus berhenti melakukan senaman memanaskan badan bersama rakan-rakannya.
"Weh Jungkook!Arina dah datang."
Rakan baiknya yg bernama Sakurai terus bersuara dengan senyuman saat si gadis yg dimaksudkan sudah semakin hampir dengan mereka.
"Apa lah gaya 'serangan cinta' dia harini kan?" seorang lagi rakannya menyampuk.
Namun sesuatu yg agak mengejutkan berlaku saat gadis itu hanya berlalu sahaja sebelum dia menoleh dengan senyuman manis.
"Hai Jungkook!"
Hanya sekilas,sebelum kelibat gadis itu semakin jauh dan hilang dari pandangan mereka.Jungkook agak tersentak.
"Huh?Dia tak singgah sini dulu macam biasa?" Sakurai sudah menyoal pelik dengan wajah berkerut.
"Haa!Aku tahu kenapa dia macam tu!"
Masing-masing agak tersentak saat seorang lagi rakan mereka tiba-tiba menyampuk dengan riak wajah serius memandang Jungkook.
"Kau kan selalu tak layan dia.."
Sengihan senget tiba-tiba terlakar pada wajah lelaki itu.
"..jadi aku rasa dia dah give up dengan kau dan mula tumpukan perhatian dia dekat Jhope pulak."
Sekali lagi Jungkook tersentak saat mendengar pendapat salah seorang rakannya itu.Dia sudah menunduk tanpa riak yg terpamer di wajah.
"Saya takkan give up!"
Tapi dia cakap dekat aku..dia takkan mengalah...
Seminggu telah berlalu.Dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi krismas akan menjelang.Aku terduduk kepenatan diatas bangku sebuah taman yg aku kunjungi berdekatan dengan rumah aku pada malam itu.
Penatnya...
Lama aku termenung seorang diri disitu.Memikirkan semula segala usaha aku untuk menyiapkan sesuatu untuk dia tepat pada masanya,aku tersenyum nipis.
Namun dalam masa yg sama jugak,hati aku rasa takut.Takut andai segala usaha yg aku buat untuk dia tu..hanya sia-sia.
Sebab aku tahu.Walau apapun yg aku cuba buat,aku tahu aku takkan sama macam Hye Sun.Tapi aku dah tak tahu apa lagi yg patut aku buat sebab aku tetap gagal tarik perhatian dia.
Mungkin..aku jugak kena fikir positif pasal benda ni.Sekurang-kurangnya aku berusaha untuk dapatkan dia.
Keesokan harinya aku ke sekolah seperti biasa.
Belajar.
Mengait juga.
Latihan tenis.
Kemudian rumah.
Dan begitu jugalah untuk hari-hari yg seterusnya sehingga lah hari krismas akhirnya tiba dan begitu juga untuk upacara penutup sekolah.Aku rasa lebih bangga bila aku dapat menyiapkan hadiah yg ingin aku berikan kepada dia dua hari sebelum krismas.
Saat aku tercari-cari kelibat dia,akhirnya senyuman lebar terpamer juga di wajah aku sebaik sahaja aku ternampak dia yg sedang khusyuk membaca sesuatu.
"Jungkook!"
Pantas dia berpaling sebelum dia tersenyum nipis.
"Jarang nampak kau sekarang.Tapi aku memang dah agak dah yg kau akan datang jumpa aku jugak akhirnya."
YOU ARE READING
Crazy Love Game
Conto"..aku suka kau." dia. "Maafkan saya.Jeongmal mianhae." gadis itu. "..nampaknya terpaksa lah awak jatuh cinta dekat saya." aku. "Saya..suka perempuan macam tu." kawan baik dia. Aku suka dia.Dia suka gadis itu.Gadis itu suka kawan baik dia.Kawan baik...