Ian berjaya melarikan diri daripada rumah Haiqal, dan ke jalan besar. Sedang dia berjalan perlahan-lahan, dia ternampak cahaya yang terang dari arah berlawanan. Lalu Ian pun melambaikan tangannya. Apabila kereta itu berhenti, Ian mengetuk tingkap dan merasa lega kerana kereta tersebut dipandu oleh seorang wanita.
"Eh, kamu ni dah kenapa lalu kawasan ni malam-malam?" Tanya wanita itu.
"Maaf kak kalau saya kacau akak, sebenarnya saya kena culik, tapi saya lari. Boleh tak saya nak tumpang akak sampai ke pusat bandar?"
"Hah?! Kalau macam tu masuk la, akak hantar kamu sampai ke rumah kamu."
"Betul ke kak?! Terima kasih kak."
Ian pun masuk ke dalam kereta wanita yang baru dikenalinya. Dia pun memberuikan alamat rumahnya kepada Kak Aira setelah Ian mengetahui nama wanita yang baik hati untuk menolongnya.
"Ni Ian, akak nak tanya kamu kenal ke sapa yang culik kamu tu?"
"Er..Tak kenal kak, saya pun tak tau kenapa saya kena culik. Maybe diaorang silap orang kot" Jawab Ian sambil rasa bersalah kepada Kak Aira. Malah, dia pun tak tahu kenapa dia tidak mendedahkan identiti Haiqal. Tapi dia dapat merasakan jika dia melaporkan perkara ini kepada pihak polis pun tidak berguna keraan Haiqal nampak seperti orang yang berkuasa. Apa yang dia tahu, dia ingin keluar dari negara ini secepat mungkin.
Setelah beberapa puluh minit, mereka pun sampai ke rumah Ian.
"Kak, terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya. Saya tak tahu la apa jadi kat saya kalau kak tak lalu dekat tempat tu tadi."
"Ish. Apa kamu ni. Mestila akak akan tolong. Lagipun akak memang ada hal dekat kawasan tu tadi."
Setelah Ian mengucapkan terima kasih kepada kak Aira sekali lagi, dia pun bergegas ke dalam rumahnya setelah dia memastikan kereta kak Aira berlalu pergi. Ian terkejut apabila kak Aisyah sedang menangis melutut di tepi sofa. Dia pun berlari ke arah kak Aisyah lalu memeluknya.
"Kak, kenapa ni? Kenapa akak nangis ni" Tanya Ian dengan lembut apabila tangisan kakaknya semakin perlahan.
Kak Aisyah pun mengangkat kepalanya dan apabila dia melihat Ian tangisannya lebih kuat. "Ian pergi mana?! Akak ingatkan akak dah kehilangan adik akak. Akak tak sanggup kehilangan benda yang paling berharga untuk akak lagi.." Ian mengerutkan dahinya apabila mendengar perkataan lagi. "Lagi? apa maksud akak?" Tanya Ian. Tanpa membuang masa, Aisyah pun menunjukkan surat yang beru diterima olehnya kepada Ian. Ian tanpa membuang masa terus sahaja membaca isi surat tersebut dan setelah beberapa saat, surat itu jatuh dari tangannya.
"Hah? Apa semua ni akak? Kenapa akak kena turun daripada jawatan akak? Ahli lembaga syarikat setuju ke?" Tanya Ian bertalu-talu setelah Ian telah recover daripada terkejutnya. "Akak pun terkejut bila akak baca surat tu. And bila akak contact ahli lembaga syarikat yang lain, diaorang semua cakap yang diaorang setuju dengan perletakkan jawatan akak sebab ada syarikat lain yang tawarkan something yang lebih berharga dekat diaorang." Terang Aisyah apabila tangisnya reda. Ian yang mendengar penjelasan Aisyah terus panas hati.
"Apa ni akak! Diaorang mana boleh buat macam tu! Papa dah buat yang terbaik nak majukan syarikat tu, senang ja diaorang nak singkirkan akak dari syarikat tu. Diaorang ni memang tak reti bersyukurkan. Orang bagi betis, nak paha pulak." Balas Ian bengang dengan keadaan sekarang. Aisyah pun memeluk tangan Ian dari belakang. "Dahla Ian, akan pun tak boleh nak buat apa dah. Akak saja yang keluarkan suara tak guna sebab apa-apa pun persetujuan ahli lembaga syarikat penting" Balas Aisyah dengan sayu.
"Ni akak nak tanya, Ian pergi mana dua hari ni? Akak call tak angkat?"
"Hah? Ouh.. Ian ada assignment dekat rumah Sarah. Lupa nak call akak. Sorry kak." Balas Ian dengan teragak-agak. Ian tak mahu kakaknya bertambah risau setelah mendapat berita yang dia telah diculik. Dia tidak mahu beban kakaknya semakin bertambah. Tambah lagi syarikat arwah papa mereka telah dirampas. Kakaknya sahaja la tempat untuk dia mendapat kasih sayang setelah ibu bapa mereka meninggal. Setelah kejadian penculikannya, Ian bertekad untuk tukar sekolah, jikalau boleh ke tempat yang lebih jauh dari tempat sekarang.Bukannya mereka ada apa-apa lagi di situ.
"Erm.. kak Aisyah, Ian nak mintak something boleh tak?" Tanya Ian dengan teragak-agak.
"Hmm.. Apadia?"
"Ian ingat nak tukar sekolah..Kalau dekat negara lain lagi ok.. Boleh tak akak?"
Setelah beberapa minit, Aisyah pun angguk setuju dengan adiknya. Aisyah tersenyum ke arah adiknya. "Akak pun ingat macam tu jugak. Alang-alang tu kita boleh mulakan hidup baru" Perkataan hidup baru membuatkan hati Aisyah hiba tiba-tiba apabila teringatkan ibu bapa mereka. "Then bila Ian nak bagitau kawan-kawan Ian yang Ian nak pindah?" Ian yang mendengar kata Aisyah terus terkejut. "Eh.. Tak pa la kak, Ian tak sanggup nak bagitau diaorang yang kita nak pindah. Lagipun, Ian kan baru masuk sekolah tu.. Tak apala, nanti diorang akan lupakan Ian jugak." Jawab Ian. Namun hatinya sedih apabila teringatkan kawan-kawannya. 'Maafkan aku korang'
***
Ian melihat kawasan sekitarnya dan dia terkejut apabila merasa kakinya dan tanganya diikat di kerusi. "HELLO!" Ian terus menjerit untuk dilepaskan dan berhenti tiba-tiba apabila dia mendengar deruan tapak kasut. "Eh! Kau sapa ah! Lepaskan aku!!" Ian terus bergelut untuk dilepaskan apabila sebuah tangan memegang dagunya yang menyebabkan perbuatan dan jeritannya terhenti. Ian tidak dapat mengenal pasti siapakah yang memegangnya kerana keadaan pada ketika itu amat gelap. Untuk beberapa ketika orang itu hanya merenung Ian saja. Gelagatnya seperti ingin mengingati setiap inci wajah Ian. Lalu dia pun bersuara.
"Kau ni kenapa susah sangat ah nak faham?!! Bila aku kata kau tu aku punya, I MEAN IT! Kenapa kau kena lari?! Kenapa kau kena pergi dari aku ah?!"
"To-tolong la le-lepaskan aku.." Kataku sambil merayu. Namun dia tidak menghiraukan rayuanku. Dia terus mencengkam mukaku dan didekatkan kepada wajahnya,
"Kau dah gila kalau kau suruh aku lepaskan kau. Mulai sekarang ambil kau MILIK AKU SEORANG"
"Ka-Kauu dah GILA!!" Aku mula untuk membiarkan air mata yang telah lama menunggu di birai mataku mengalir.
"Memang aku dah gila, Gilakan kau! Kau tahu tak dah berapa lama aku tunggu saat ni. Sekarang ni, even si dia pun aku takkan benarkan dia rampas kau daripada aku"
***
Ian pun terjaga daripada mimpi ngeri itu lalu dia meneruskan aktiviti paginya seperti biasa kerana flight mereka yang akan bertolak dalam masa beberapa jam.
***
Someone's POV
Si dia pun melihat dan meneliti gambar yang ditangkap oleh orang suruhannya iaitu gambar Ian dan kakaknya di airport dengan berpakaian tertutup. Si dia tersenyum sinis kerana dia tahu mengapa mereka berada di sana.
"Tak pa..te amo.. aku akan bagi masa untuk kau dan kakak kau untuk hidup bebas. Tapi bila tiba masanya, aku akan ambil kau balik. Masa tu kau jangan ingat yang aku akan lepaskan kau. You're stuck with me forever."
***TAMAT***
YOU ARE READING
Forever U're Mine (BOOK 1) | ✓
Ficção Adolescente"Kau ni kenapa susah sangat ah nak faham?!! Bila aku kata kau tu aku punya, I MEAN IT!" "To-tolong la le-lepaskan aku.." Kataku sambil merayu. Namun dia tidak menghiraukan rayuanku. Dia terus mencengkam mukaku dan didekatkan kepada wajahnya, "Kau da...