satu-

53 4 0
                                    


" Anies.. malam nanti pakai cantik cantik sikit. Plus sopan sopan tau. " Ujar Umi sambil mengeluarkan barang barangan dapur dalam plastik yang dibeli oleh abah.

Aku dengan muka tak mandi mendekati Umi. " Ada orang nak datang ke? Banyak sangat membeli ni. "

Mana taknya, selalu abah balik mesti lima plastik je paling kurang. Ni siap buah tembikai satu biji, ada ikan siakap lagi. Macam nak buat kenduri doa selamat pun ada.

" Hish.. tak payah banyak tanya. Pergi naik mandi dulu, basuh muka. Tengok tuh air liur kering tepi mulut tak perasan ... Malu lah orang tengok " bebel Umi menghalau aku.

Aku mencebikkan bibir sambil mengelap air liur kering. Dalam rumah je kut, takda siapa nak tengok. Paling pun abang aku.

" Budak busuk awal bangun. " Orang cakap dah muncul.

Tangan aku berpeluk tubuh memerhatikan nya atas bawah. " Kau buat rambut nak pergi mana. Siap minyak wangi bagai. "

Sebatu je dah bau minyak wangi victoria secret dia. Nak muntah hidung aku bau.

Dia tengok aku dengan muka kerek.

" Huduh sungguh kau ni dik

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


" Huduh sungguh kau ni dik. " Siap geleng kepala lagi.

Umi dibelakang tertawakan aku. Tahu lah aku hodoh kalau tak mandi, tapi kalau dah bersih I lah yang paling manis dan cantik tau. Tiberr

" Hanya lelaki yang tertentu je dapat nampak kecantikan aku. "

" Dan semestinya lelaki itu seorang yang buta."

" Woi!! -- " aku naik tangan nak pukul dia. Pukul manja.

Abang aku mengelak bahu nya. Dan Umi mula memetir.

" Kamu berdua ni pagi pagi dah bergaduh. Dah adik gi mandi. Adham tolong Umi siapkan barang masakan. "

Aku menjelir lindah pada abang aku. Dia pun sama membalas. Bersilih bahu sementara aku menuju ke bilik. Abang aku menolong Umi didapur.

Kan macam terbalik patutnya aku anak dara ni. Tapi pemalas punya pasal, masak pun tak reti apatah lagi nak sediakan barang. Jadi abang aku lah, dia kan chef.

Hmph!

Manakala aku hanyalah partime gamer yang sentiasa tersakiti. Sho sadd ;(

-

Aku mengenakan pakaian simple as possible dan haruslah selesa. Jeans hitam dengan tshirt hitam. Kan cantik tuh.

STAY HOME ✓ MINGYUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang