Kasut diberikan nya aku sarungkan ke kedua belah kaki. Canteknya. Ngam- ngam je saiz, sedang elok. Pandai dia beli.Hiks.
" Pukul berapa ni Faeq ambil? " Ibu datang mendekati aku.
" Dua buu.. "
" Ni baru satu setengahh "
Aku tersengih senget. " Saje siap awal. "
Padahal tak sabar nak cuba kasut baru ni.
" Haa yelah.. elok elok sikit bila dengan bla bla bla. "
Mula sudah pendahuluan mukadimah ibu, yang tak larat aku nak dengar tiap kali bila nak keluar. Dia minta aku jaga kelakuan sebagai seorang perempuan.
Ingat mak ayah bila nak buat sesuatu tuh. Balik pun jangan terlalu lambat sampai lupa jalang pulang.
Tiba tiba bunyi hon kedengaran dari arah luar pagar. Haa Faeq sampai. Alhamdulillah. Aku pun dengan terkedek kedeknya salam cium tangan ibu.
Sebelum mendekati kereta hitam Faeq. Pintu kereta aku buka, Faeq melambai ke pada ibu yang tunggu dipintu rumah.
Ibu membalas lambaian kecil itu bersama senyuman diukir pada bibir nya.
Aku memboloskan diri tempat duduk penumpang hadapan. Memakai tali pinggang keselamatan siap.
" Dah? " Faeq bertanya lembut sahaja intonasi suara dia.
Bukan lembut cam auu auu tuh. Ni bila hati kau dengar suara garau tapi lembut sejuk je. Faham tak?
" Dahh. "
Faeq mengenakan kemeja biru gelap , lengan baju dilipat kemas. Dia nampak sangat bersih dan wangi. Itu sudah pasti.
" Kau nak tukar warna rambut ke? " Soal aku melihat kepalanya.
" Haah, semalam. Okey tak? " Jari jemarinya dimasuk antara rambut.
Warna rambutnya sebelum ini berwarna keperangan sudah bertukar kepada hitam. Kulit dia dah lah putih lagi bertambah seri lah.
" Okey jee. "aku membuang pandangan keluar tingkap.
Faeq menumpukan pemanduan nya ke jalan raya. Dia tahu ke selok belok Malaysia ni?
" Kita nak kemana? "
" Hmm.. kita nak pergi shopping. " Jawab Faeq sekilas memalingkan wajah nya buat aku.
Kedua kening aku terangkat. Shopping?
" Bila apa? Kau nak beli souvenir ke bawa balik Korea. "
Iyelah kan. Selalu pelancongkan selalu beli cenderahati atau sesuatu sebagai kenangan.
Faeq tertawa kecil.
" Takdalah, aku dah selalu pergi Malaysia. Tak tahu nak beli apa dahh. "
" Oh yeke, habis tuh nak shopping apa? "
Aku ini selagi tak dapat jawapan selagi tuh akan duk tanya tanya sampai seseorang terus rasa menyampah. Haha
" Shopping cincin kahwin kita. "
Nada yang agak dengar tak dengar sebab tetiba ada kereta hon kuat dari arah tepi. Jadi suara Faeq tenggelam.
" Apa kau cakap? "
Kereta ini berhenti dihadapan lampu merah. Faeq menarik brek tangan kemudian menatap muka aku.
" Kalau kau kahwin dengan aku nak tak? ".
Aku mengecilkan mata, cuba nak cari lawak dia dekat mana.
" Hmm.. tak lawak lah. Cuba lagi. " Kepala aku terus paling arah lain.
Faeq ketawakan aku kerana malu malu. Lampu bertukar hijau, dia menekan pedal minyak perlahan lahan.
" Aku sayang kau tauu. Anies. "
-
Endahkan kegilaan di otak Faeq. Kami berdua sampai ke Pavilion. Tempat yang aku tak berminat sebab ramai orang.
Dari parking lot, aku mengikuti Faeq naik eskalator. Macam dia lebih tahu jalan dekat sini dari aku.
Masa tuh ada dua orang perempuan depan kami, kawan bertudung hitam pusing ke belakang. Mata dia terbeliak besar nampak Faeq.
Terus dia tepuk bahu kawan dia.
Dan
" Hensem weh hensem. "
Cakap tuh memang nak bagi semua dengar ke apa? Kawan sebelah dia pun terkejut melihat visual dimiliki Faeq.
Tak henti henti tengok muka Faeq.
Faeq pulak membatu. Aku yang panas.
" Tuh siapa? "
Dia tuju dekat aku.
" Adik dia kut. "
Mulut aku terjungkit ke sebelah. Adik? Muka aku nampak macam budak sekolah ke!
Sampai ke tingkat bahagian jualan baju baju dan barangan mahal. Aku terus jalan dulu ke hadapan dulu. Panas tau tak
Faeq mencapai lengan aku hingga badan ini terpaling pada nya. Dagu aku mendongak memandang nya.
" Ramai ni. " Komen nya melihat sekeliling.
Aku bukan budak kecil yang boleh hilang hilang.
" Kau jangan jauh jauh dari aku. " Sambung nya menjatuhkan pandangan mata sepet nya buat aku.
Tetiba hilang rasa nak marah. Comel sangat kau ni.
" Jadi kita nak kemana dulu? "
-