Bab 15

75 4 0
                                    

Setelah Mina keluar daripada hospital,

Mina kembali berada di rumahnya. Rumah yang dia tinggal sebelum ini adalah sebenarnya rumah Mina dan Seok Jin. Tapi Aunty Ye Ling merahsiakan perkara itu dengan memberitahu Mina bahawa itu rumahnya.

Dia membawa Tzuyu anaknya tinggal di situ untuk memudahkan Aunty Ye Ling menjaga Mina sehingga Mina pulih ingatan.

Sekarang apabila Mina sudah pulih ingatannya, Aunty Ye Ling sudah memberitahu segala-galanya kepada Mina.

Mina tidak lagi memarahi Aunty Ye Ling, malah dia bersyukur kepada Aunty itu yang sanggup menjaganya. Aunty Ye Ling melakukan itu semua demi kebaikannya.

Namun Mina masih memerlukan masa untuk menerima ketiadaan Seok Jin. Begitu sukar sekali berada di situasinya ketika ini.
Ayah dan ibunya sudah lama meninggal dunia. Kini, suaminya pula tiada di sisi.

Mina memandang bunga ros di halaman rumahnya itu. Pokok bunga ros itulah yang ditanamnya bersama Seok Jin.

Terbayang-bayang wajah Seok Jin di ingatannya..

Flashback,

"Jin?" Panggil Mina sambil menyiram bunga ros itu.

"Ya sayang.." Sahut Jin.

"Orang lain semua panggil saya Mina tau! Tapi awak sorang je panggil saya Rose, kenapa?" Tanya Mina. Dia inginkan kepastian.

"Nak tau ke?" Jin mendekati Mina.

"Naklah.." Mina memandang Seok Jin meminta jawapan.

"Sebab Rose tu nama awak jugak!"

"Tu je?" Mina menjongketkan keningnya. Takkan sebab nama aku je kot?!

"Tak adalah.. Saya gurau je!" Seok Jin ketawa.

Mina berasa geram. Lantas dicubitnya lengan Seok Jin.

"Aduh.. Kena cubitan ketam la pulak!" Seok Jin menggosok-gosok lengannya.

"Tula! Orang tanya elok-elok.. Taknak jawab!" Mina mencebik.

"Hehehe sorry la.."

"Hmm sebenarnya saya panggil awak Rose, sebab saya suka nama tu.." Jelas Seok Jin.

"Lepastu?" Mina menyoal lagi. Dia ingin mendapatkan jawapan daripada Seok Jin sehingga dia berpuas hati.

"Lepastu.. Saya nak, saya je yang panggil awak Rose. Orang lain tak boleh panggil.." Balas Seok Jin.

"Kenapa pulak?"

"Sebab.. Saya adalah insan yang special dalam hidup awak!" Seok Jin tersenyum ke arah Mina.

Mina yang mendengarnya lantas ketawa. Ternyata begitu maksudnya..

"Eh ketawa pulak!"

"Awak ni kelakar la.." Mina masih lagi ketawa. Dia berasa lucu.

Melihat Mina yang sedang ketawa itu, dia tersengih nakal. Oh kelakar ya!

Seok Jin menarik hidung Mina dan segera berlari masuk ke dalam rumah.

"Jin!!" Mina menjerit. Nakal sungguh suaminya itu. Pantang ada peluang, ada saja nak kenakan dia!

***********

Mina Rose? Itulah nama penuhnya.. Namun hanya Seok Jin seorang yang memanggil dia Rose. Patutlah seringkali muncul dalam mimpinya seorang lelaki yang memanggilnya dengan panggilan itu.

"Jin, maafkan saya.. Kalaulah saya tak bawak kereta haritu, mesti awak takkan tinggalkan saya kan.." Mina menyalahkan diri sendiri dan tidak dapat memaafkan dirinya. Dia perlukan lebih masa untuk menenangkan dirinya kembali.

Bersambung...

Mina RoseWhere stories live. Discover now