*Jimin Pov💕
Aku yang kebosanan ambik peluang round satu koridor nak cari mangsa memandangkan aku ketagih nak buli orang.
Sebenarnya aku nak berubah dari buli pelajar sekolah ni untuk Mina tapi entah kenapa rasa ketagih ni dah macam dadah pula.
'buk!'
Aku menoleh ke belakang bila ada orang berani langgar aku dan tak nak minta maaf.
Mood aku dah lah tak berapa baik, ada pula pelajar nak cari pasal.
"kau pahal langgar ni?" soalku kasar, ingat aku takut ke ngan 8 orang ni.
"wae? Tak puas hati?" salah seorang dari mereka cuba membalas.
Aku maju beberapa langkah kedepan, mentang² dia tinggi dari aku so aku takut lah?
"dah lah tu Yeol, tak yah gaduh. Kami nak minta maaf, kitorang budak baru kat sini." aku pandang satu namja ni, rasanya ketinggian kitorang sama.
Mungkin je lah.
"jadi? Apa masalah aku? Pelajar baru ke lama, sama je bagi aku. Lain kali jangan berani nak langgar orang then tak reti nak minta maaf." aku bagi tazkirah sikit kat diorang ni.
"oppa!!" bulu roma aku terus berdiri bila terdengar suara b*b* memanggil dengan suara gedik.
Kami sama² menoleh dan mata aku nak terkeluar bila Eunha datang ke arah kitorang.
"oppa buat apa kat sini?" soalnya seperti biasa, gedik.
"ish, siapa oppa kau? Geli siak, aku lebih sanggup tengok muka b*b* dari muka kau." kataku dan terus blah, makin lama aku kat situ makin panas hati aku.
~skip~
Aku masuk ke kelas dengan hati yang panas plus geram, sampai nak je aku tumbuk gigi orang.
"kau okay tak ni?" soal Jungkook, aku mengangguk je.
Malas nak mengadu macam budak kecik.
"mana foreign line tu? Tak nampak pun harini?" soalku bila ketiga² yeoja tu tak nampak kat tempat duduk masing².
"pergi tolong saem Tiffany." jawabnya tanpa pandang aku, sebaliknya dia pandang buku teks.
Lupa pula yang exam dah nak dekat, tapi biarlah hati aku ni tenang dulu sebelum belajar.
Nasib aku ni pandai semulajadi cam saeng aku si Hana tu.
"woii pendek! Biskut kering!" jerit Taehyung panggil kitorang dari luar kelas.
Kening aku terangkat sedikit nak tahu apa yang si Alien ni nak cakap.
"pahal!" soalku dengan nada menjerit, biar satu kelas pekak.
Taehyung berjalan menuju ke arah kami, mungkin tak tahan dah dengar aku menjerit tadi.
"ada beberapa pelajar akan masuk kat kelas kita harini, tak silap aku ada 3 orang." akhirnya dia buka cerita, aku perasan yang lain pasang telinga tapi aku hiraukan je.
Aku buat muka bosan, pelajar baru dah 6 orang masuk kat kelas ni. Lepas tu bagi bala kat aku, Tae ngan Kook pula.
Wait!
Pelajar baru?
"namja ke?" soalku minta kepastian, takkan lah pelajar yang aku jumpa tadi tu.
"yup, asal kau beria nak tahu ni? Jangan kata kau minat pula kat namja." dengan itu aku ketuk kepala dia guna buku teks si Mina ni.
"jangan nak main²." aku bagi dia pandangan tajam yang boleh buat orang buta, okay joke.
"korang citer apa ni?" sergah Sana dan terus main duduk kat sebelah si alien lepas ambik kerusi.
Mina ngan Tzuyu pula duduk tempat masing².
Kitorang pandang mereka bertiga dengan riak muka 'nak apa?'
"sambung lah cerita korang, nak juga dengar apa bawang yang korang ceritakan ni." kata Mina, amboi kau macam perli je kitorang.
"tak adalah, cuma ada pelajar baru akan satu kelas ngan kita." Jungkook pula cerita pada mereka bertiga.
"ooooo" mereka meng'o'kan je.
"aku ada berita ni, tadi saem Tiffany kata lepas habis je graduate akan ada majlis so dia ajak kitorang buat apa² persembahan. Macam mana? Setuju?" Mina pandang kami bertiga menanti jawapan.
"diam tandanya yes, kita akan buat latihan awal. So, memandangkan ada masa lagi sikit kita akan bincang apa tema kita and aku ngan Taehyung akan buat baju awal². Ada bantahan tak?" kami serentak geleng kepala tanda tak ada.
"aku cadangkan kita buat tema cute jelah, macam mana dengan konsep I Love You?" cadang aku, ofcos ler sebab sekarang ni famous dah pasal sombol tangan 'iloveyou' tu.
"aku setuju, macam mana dengan penyanyi idol Bts and Twice?" soal Mina, serius bebenor muka dia.
"boleh, first kitorang akan nyanyi lagu Fancy and lepastu korang pula Boy With Luv." cadang Sana, kami hanya mengangguk bersetuju dengan cadangan masing².
"then aku nak kita nyanyi lagu Dear My Family dari SMTOWN." cadang Tzuyu pula.
So, kitorang pun dah cadang apa² yang kena buat sampai tak perasan saem dah masuk.
YOU ARE READING
~Three Fiance?~
RomancePark Jimin, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook, gangster yang digeruni oleh semua pelajar di sekolah mereka. Musuh utama, geng Wanna One yang juga satu sekolah dengan mereka. Kemunculan 3 yeoja iaitu Myoui Mina, Minatozaki Sana dan Chou Tzuyu merumitkan...