esoknya , aku ke sekolah seperti biasa. ya , naik bas.
aku duduk di bustop , dalam diam aku berharap supaya juyeon ada.
aish , dah kenapa dengan aku ni ?
setelah beberapa lama menunggu , akhirnya bas sampai.
aku naik bas tersebut dan cuba melihat sekeliling. orang yang aku harap takde.
aku mengeluh.
mungkin juyeon tak kerja kot hari ni. ataupun dia dah gerak awal awal.
aku pun duduk di tempat kosong dan bas mula bergerak.
rasa sedikit kecewa kerana juyeon tiada.
ish , kenapa dengan aku ni. baru kenal kemarin , takkan dah jatuh cinta kot ?
" berhenti ! " suara seseorang yang agak familiar kedengaran.
aku pandang ke tepi tingkap. kelihatan juyeon yang sedang berlari mengejar bas.
bas pun berhenti.
hati aku rasa gembira bila nampak juyeon. ah , odo la yenbi.
aku memanggil juyeon sebaik sahaja lelaki itu naik ke dalam bas.
dia terus tersenyum selepas melihat aku. lalu dia bergerak ke tempatku dan duduk memandangnya tempat sebelahku kosong.
" hehe , nasib sempat." kata juyeon lalu mengelap peluh yang mengalir di dahinya.
" kenapa lambat ?" soalku.
" terlajak tidur." jawabnya lalu tergelak kecil.
comel ish.
————
" bye juyeon. jumpa petang nanti." kataku lalu turun dari bas memandang kawasan sekolahku sudah dekat.
" bye yenbi." balas juyeon.
aku pun turun dari bas lalu merapikan pakaian sekolahku yang sedikit berkedut.
sedang aku khusyuk merapikan baju sekolah , secara tiba tiba ada seseorang memegang kepalaku.
" jalan woi." kata suara itu.
ish , tak lain dan tak bukan si pengawas kerek tu.
aku mendengus.
" tak nampak ke aku tengah rapikan baju ni ?" soalku.
" tak nampak..muka kau cantik sangat sampai semua benda aku tak nampak." balas sunwoo sarkastik.
entah itu pujian atau sindiran..aku pun tak tahu. yelah , dia cakap benda tu dengan muka ketat. macam mana aku nak bezakan ?
" jalan lah cepat." kata sunwoo lagi sekali.
" ish , kau jalan lah dulu..nak suruh suruh aku kenapa ?" marahku.
sunwoo memandangku lama. oke , aku dah mula cuak.
" yelah yelah." aku terus jalan laju , meninggalkan dia di belakang.
sunwoo tu dah kenapa ? tetiba tegur aku macam kami dah lama kenal.
hmm , fikir positif je. maybe dia nak berkawan kot. ye ye je berkawan AHAHHAHAHA.
─── ・
TBC
- setelah sekian lama ff ni mereput , akhirnya ada juga part baru. srs aku takde idea pastu takde energy nak sambung ff ni. nak unpub macam sayang , hmm. anyway happy reading. okay cau dulu. bye ♡
YOU ARE READING
SECRET ADMIRER
Fiksi Penggemarlife becomes romantic when eyes start looking at someone silently. tbz kim sunwoo | malay fanfiction status: complete © BBANGTESE , 2020 author note : 70% inspired by one of manga i've read in 2015 but i forgot the title (T_T)