Knok, knok, knok,
Long, bagun long dah pagi ni nanti along lambat nak pergi kerja, kedengaran bunyi pintu bilik aku diketuk bertalu-talu bersama suara ibu mengejutku. Lagu Red nyanyian Taylor Swift bekumandang dari telefon bimbit yang aku letak atas meja tidur sebelah katil aku. Sengaja aku memasang alarm aku lagu dari artis kegemaran aku. Baru semangat sikit nak mulakan hari, giteww. Ya rakan-rakan, aku peminat tegar Taylor Swift, boleh dikatakan hampir semua lagu dia la aku tahu, semua akaun media sosial dia aku follow.
cause loving him is red, ea ea ea ed, ea ea ea ed, uuu red.
knok, knok, knok
Along! Cepatla bangun, ni hari pertama along kerja ni, takkan nak datang kerja lambat pulak, ibu memanggil aku lagi. Ya bu, along dah bangun ni, nak pergi mandi jap. Lepas subuh tadi, aku merancang nak baring-baring sekejap atas katil, tau-tau je dah terlelap. Nasib baik la ibu kejut. Aku capai tuala yang aku sangkut belakang pintu dan bergegas ke bilik air yang terletak di sebelah bilik tidurku.
Ya, harini hari first aku akan bekerja di pasaraya Mydin, yuhuu!! Ada jugakla duit poket aku dapat sepanjang cuti ni, alhamdulillah. Setelah hampir tiga minggu aku mencari kerja sementara untuk mengisi cuti SPM aku, akhirnya tiga hari yang lepas, aku terima panggilan dari HR manager Tesco, gembira tu tak payah nak cakap lah, sengih aku sampai ke telinga hahahaha, Dan yang paling seronoknya, dua orang member rapat aku, Mira dan Nad pun dapat kerja kat situ jugak!, kami pergi memohon kerja bersama-sama, bezanya aku dan Nad mohon bahagian juruwang, Mira pula mohon bahagian bakeri. Bila kita orang tanya kenapa tak nak ambil bahagian cashier sama seperti kita orang, Mira kata dia minat bahagian-bahagian bakeri ni.
Sambil aku menyabun badan aku, aku dah terbayangkan betapa seronoknya waktu bekerja aku nanti. Sekurang-kurangnya dapatlah aku jumpa kawan-kawan aku tiap hari bila aku bekerja. Duduk rumah je tak seronok, adik-adik aku kecil lagi, dua orang masih di sekolah rendah, Qaseh dan Irfan. Seorang lagi adik lelaki aku Daniel, sekarang tingkatan tiga. Tau-tau jela lelaki sebaya umur Daniel tu macam mana. Mana nak duduk rumahnya, siang sekolah, malam keluar dengan member. Aku la duduk seorang kat rumah. Atas sebab tu la aku nak cari kerja. Takdelah aku kejung kat rumah sorang-sorang selain aku dapat duit poket.
Setelah siap mandi, aku sarung baju putih, seluar slack hitam dan tudung putih. Hari first kerja kan, pakailah baju putih, nampaklah cam trainee centu. Tengok sikit muka kat cermin, bedak, okay tak bercapuk, blusher, okay overload, lipstick, aku muncungkan mulut dan mengelip bibir untuk meratakan lagi lipstick, ok cun. Aku mengambil beg galas belakang kecil yang dihadiahkan Mira sewaktu hari lahhir aku tahun lepas, kemudian aku begerak turun ke dapur.
Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. Shift aku bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Hmm sempat lagi nak kunyah-kunyah ni. Aku capai roti Gardenia dan Nutella kemudian aku sapu nutella tu atas roti. Siap dua keping roti aku buat, aku sumbat dalam mulut aku, hmm sedapnyewrr. Terima kasih ya tuhan ada manusia atas dunia ni yang ciptakan benda sesedap ni. Habis dua keping roti aku telan, aku bangun dan bersihkan bekas makanan aku makan. Pagi-pagi ni aku tak berani nak ambil risiko makan banyak especially hari ni hari first aku kerja, kang sakit perut karang tak pasal-pasal je. Aku mencapai kunci motor rumah di bekas kunci, kemudian bergerak menuju ke bilik ibu. ," bu. Along nak gerak dah ni". Aku hulurkan tangan nak menyalam tangan ibu. Ibu menyambut tanganku.
"Okey along elok-elok kerja, motor tu jangan bawak laju sangat, pandang kiri kanan kalau nak masuk simpang tu, along tu dah la selalu main libas masuk je. Lepastu ingat, signal jangan lupa ba...."
"bagi sebelum nak masuk simpang, jangan nak suka-suka hati potong apa-apa kenderaan lain kat depan, kalau orang depan dah slow macam siput, baru potong. Ya bu, along ingat kata-kata azimat ibu tu. Dun worry ibu, ofkos along takkan lupakan nasihat ibu along terchentha ni". Aku membalas.
"Hah yelatu, along jangan ingat ibu tak tau along tu selalu je.." aku cepat2 menjawab sebelum lebih panjang ibu berleter." Alamak ibu along dah lambat ni, gerak dululah ye bu, sayang ibu!"
.Selepas aku salam tangan ibu, dengan cepat aku bergerak ke parkir motor dan kereta rumah. "Hati-hati long". Ibu memberi nasihat terakhir sebelum aku bergerak. "ok ibu", jawabku ringkas.Aku start enjin, sarung helmet, betulkan skit side mirror, masuk gear, jalan,
yuhuuu, harap first day kerja aku baik-baik je.
YOU ARE READING
Dinihari
RandomDahlia Qistina, seorang pelajar lepasan SPM, cuba mengenal erti kehidupan dengan lebih mendalam apabila beliau memohon bekerja di sebuah pasaraya di kawasan perumahannya sementara menunggu keputusan SPM beliau. Tanpa Dahlia mengetahui, tindakan bel...