Sejurus sahaja aku sampai di Tesco, aku parkir motosikal aku di parkir pekerja, Nad dan Mira telah pun sampai dan mereka menunggu aku sambil bersembang-sembang
Yo member! Long time no see!, Mira memanggil ku sambil mengangkat tangan. Ya...Long time la sangat, rasa nya last aku jumpa kau baru 4 hari lepas, balasku sambil tersenyum. Kawan - kawan aku dua orang ni memang kuat propa sikit. Mira meletakkan tangan kanannya di dada kiri sambil buat ekspresi muka terkejut dan membalas, Qis, tidakkah kau mengetahui, sedangkan 1 hari tidak aku dapat lihat lubang hidungmu, hidupku sudah tidak keruan, inikan pula 4 hari Qis, merana kesedihan aku mengenangkan muka dikau kita uhuk uhuk.
Hek eleh, tak payah sedih 4 hari sangatlah cik Mira oi, baru semalam kau video call kita orang terlompat-lompat kan, tang mana yang kau berduka lara tu, Nad membidas pula. Alaa, tu sebab Abam Yazid aku, like gambar aku kat Instagram, apa, korang ingat selalu ke Abang sayang aku tu nak like gambar aku?, Mira menyoal. Mira memang menyimpan perasaan kepada seorang senior sekolah kita orang dahulu, Abam Zie ialah gelaran yang Mira bagi kepada crush dia tu. Tapi tulah, bila orang tu bagi hint yang dia pun suka kat Mira, Mira macam buat endah tak endah sahaja. Bila kita orang tanya kenapa dia buat layan tak layan , dia balas, perasaan dia tu main-main sahaja, Nothing serious katanya. Ek eleh, ntah la tak faham la aku dia orang ni.
Hmm, setahu aku, semenjak first dia follow kau, tak pernah lagi satu gambar kau dia terlepas pandang nak like, Nad mengusik. Eh yeke? Are you syuoh(sure)? I taktau pun , Mira menyoal dengan slang British English dan memek-memek muka sekali. Eleh, Pak Atan dapat bini baru, pura-pura tidak tahu, usik ku pula.
Hello, Pak Atan menanam ubi kayu, I, memang tak tahu , Mira membalas sambil mengerling matanya ke atas. Eh korang, selipar Pak Atan kena rembat, kita dah lambat, jom masuk cepat, Nad masuk sekali pula. Tergelak kita orang bertiga.
Jom, jom masuk, balasku sambil tergelak.
Kami dibawa ke satu bilik seperti bilik mesyuarat yang kecil, kemudian kami disuruh untuk menunggu supervisor kami. Kemudian kami isi thumbprint kami untuk merekod kehadiran dan keluar masuk kami. Hari pertama bekerja, aku dan Nad hanya berdiri sebelah pekerja di kaunter dan tolong bungkus barang sahaja memandangkan kita orang belum ada ID untuk log in kaunter. Mira pula bertugas di bahagian bakeri. Penat oii berdiri 4 jam non stop baru dapat duduk untuk rehat. Part yang sedihnya, kita orang tak dapat rehat sekali, kena rehat sorang-sorang. Sendu la jugak aku tadi, nasib baik aku memang dah sediakan roti dalam beg aku, takdelah aku pening nak makan apa tadi, dah la makan sorang-sorang pulak tu.
Pukul 4.45 petang, aku dah semangat nak balik, first time kerja penatnya ya ampun. Selepas membersihkan kaunter, aku bergerak menuju ke loker pekerja. Mira dan Nad habis shift sama waktu dengan aku, tapi mereka belum sampai lagi di loker. Aku buka pintu loker, kemudian aku capai beg galas kecilku, sewaktu sedang mencari kunci motor aku, aku terasa angin lalu agak laju di belakang aku membuatkan aku menoleh belakang dengan cepat. Namun tiada sesiapa di situ. Kawasan loker ni tertutup, tiada tingkap pun dekat sini. Bulu roma aku dah naik, kemudian, aku terasa satu perasaan yang sangat familliar, aku rasa macam aku pernah kenal perasaan ni, tapi aku tak dapat nak jelaskan macam mana. Aku hanya diam dan memerhati kosong ke loker ku.
Mira dan Nad tiba di loker ku, Nad menegur aku dahulu, Oii Cik Qistina, termenung apa tu, teringatkan buah hati yang tak wujud ke, orang tak sabar nak balik dah ni. Aku tersentak dari lamunanku, lalu aku senyum dan membalas haah, tengah fikir apalah bakal suami aku tengah buat sekarang ni, tengah cari duit ke, tengah belajar ke, hensem tak dia, haih banyak lah nak fikir.
Amboi, jauhnya fikir, masa-masa ni jugakla kau nak fikir benda-benda tu kan, macam-macam lah kau ni Qis. Mira membalas pula. Dah, jom balik, aku tak sabar nak balik ni, dapat katil aku memang aku pengsan terus dah ni. Yuhuu, balik!, jom, Nad menjerit kecil.
Jom, ajak ku perlahan.
Sesampainya aku dirumah, ibu menyambut kepulangan aku, aku cium tangan ibu, kemudian aku naik ke bilik. Adik-adik belum balik lagi dari sekolah, kejap lagi riuh la rumah ni bila dia orang balik.
Sambil aku membersihkan diri di bilik air, aku terfikirkan masa aku di loker tadi. Pelik betul feeling tu, aku rasa macam aku kenal sangat, perasaan macam tenang, seronok, happy, macam seolah-olah aku kembali ke tempat kegemaran yang aku pernah pergi dahulu. Tapi aku tak tahu kat mana, aku tak tahu itu perasaan apa, aku tak dapat ingat. Ibu pernah beritahu aku, masa aku sekolah rendah, aku pernah terlibat dalam kemalangan masa ayah balik dari ambil aku di sekolah. Kecederaan ayah tak seteruk aku. Ibu kata aku injured teruk sehingga masuk ICU.Bukan itu je, ibu bagitau, doktor kata sebahagian memori aku hilang sbb kecedaraan kat kepala aku. Sebab itula aku memang tak dapat nak ingat memori waktu aku kecil dahulu.
Kalau orang tanya aku, sah-sah lah aku tak ingat apa-apa. Langsung. Apa-apa yang boleh merangsang aku untuk ingat kemalangan tu atau zaman sewaktu aku kecil juga tiada. Aku pun pelik juga, takkan tiada kawan-kawan aku masa sekolah rendah yang boleh datang cerita balik kat aku zaman sekolah rendah dulu ke kan. Tapi takde. Sorang pun tiada yang datang kerumah aku untuk perkenalkan diri sebagai kawan aku. Sedih sangat aku masa tu. Bukannya aku tak cari dia orang, cuma aku tak ingat siapa kawan aku dulu. Sebab tu la aku erharap ada yang datang, tapi tiada. Ibu memujuk aku kata mungkin mereka tiada kenderaan nak datang jenguk. Tapi....macam tak logik, entahlah, malas aku nak fikir, dari dulu aku cuba cari jawapan, tapi aku tak ingat satu apa pun.
Bukan itu sahaja, dekat badan aku pun tiada parut-parut kesan kemalangan tu. Ibu kata ibu jaga aku baik-baik selepas kemalangan tu,hari-hari sapu ubat dan bersihkan luka aku, sebab tu lah parut itu tak kelihatan. Yup aku berterima kasih sangat kat ibu jaga aku elok-elok. Kalau tak mesti dah murah hantaran kahwin aku sebab badan berparut hahahaha. Aku gelak kecil dalam hati. Mira dan Nad pula, aku jumpa mereka di sekolah menengah. Yes, aku accident masa awal Darjah 6, kemudian hampir 3 bulan di ICU, dan 6 bulan aku buat terapi. Itu berdasarkan apa yang ibu ceritakan. Aku bersyukur sangat aku dapat rakan yang supportive dan positif macam Mira dan Nad. Dia orang lah yang selalu nasihat aku tiap kali aku sedih aku kecewa dengan diri aku.
Selepas selesai membersihkan diri, aku berehat – rehat sambil baring di atas katil aku, lepas semua media sosial aku dah buka, mainkan lagu di telefon aku dan aku pejamkan mata sambil menghayati lagu dari arits kegemaran aku, Taylor.
YOU ARE READING
Dinihari
RandomDahlia Qistina, seorang pelajar lepasan SPM, cuba mengenal erti kehidupan dengan lebih mendalam apabila beliau memohon bekerja di sebuah pasaraya di kawasan perumahannya sementara menunggu keputusan SPM beliau. Tanpa Dahlia mengetahui, tindakan bel...