"Adik..Dah siap ke kemas barang? Esok nak gerak baru kelam kabut itu lah tak bawak.. ini lah tak bawak.." kata Puan Anita, mama kepada seorang gadis bernama Fakhira atau lebih dikenali sebagai Qira. Qira yang sudah berusia 18 tahun telah diterima sambung belajar ke sebuah Politeknik yang terkemuka di Malaysia iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO) di Perak. Dia sedang bersiap sedia dengan pakaian dan barang-barang yang perlu dibawa.
"Dah ma..Adik dah check semua..InsyaAllah semua ada." Balas Qira yang tangannya dari tadi sibuk melipat kain baju.
"Cuba buat double check. Adik tu nak pergi belajar jauh-jauh, bukan dekat. Nanti kalau tak cukup apa-apa senang sikit nak cari barang, kalau dah sampai sana nanti susah."
"Ye ma.. Adik dah check dah.. Baju da ada, kasut dah ada..Semua cukup." Balas Qira kepada mamanya apabila dia selesai buat pemeriksaan untuk kali keberapa dia pon tidak tahu.
"Tu lah..Sebelum ni kan elok duduk kat form 6 kat Muadzam Shah tu..Dekat pon dekat..Blh balik 2 minggu sekali.. Kalau kamu tak cukup barang mama ngan abah boleh tolong hantarkan" Bebel mama Qira. Qira hanya mampu senyum melihat telatah mama yang memarahinya kerana keputusannya mahu meneruskan pembelajaran ke Perak. Bukan dia tidak mahu terus tinggal di Pahang.. Tapi dia ada sebabnya tersendiri kenapa dia tak mahu sambung belajar berdekatan dengan ibu bapanya. Biar hanya dirinya sahaja yang tahu.
"okey dah siap." Ujar Qira selepas agak lama mendiamkan diri.
"dah siap? Ha..pergi mandi lepastu solat. Ni Asar tak solat lagi kan? Baik pergi sebelum abis waktu" Qira hanya menurut tanpa banyak bercakap.
Setelah selesai menunaikan kewajipannya, dia tak tertinggal untuk berdoa agar diberi petunjuk dan memudahkan segala urusan untuk keesokkan harinya. Sejujurnya dia agak goyah dengan keputusannya untuk pergi ke Perak kerana dia tahu jika dia menjejakkan kakinya ke sana maka tanggungjawap menjaga dirinya adalah atas dirinya sendiri. Yang lagi menakutkan dirinya adalah bolehkah dia mendapatkan kawan di sana? Boleh ke dia masuk air dengan rakan sebiliknya nanti? Dia sedar bahawa dia bukan lah seorang gadis yang dipandang orang lebih-lebih lagi dia mempunya tubuh yang gempal. Malu itu tak pernah hilang dari dalam dirinya. Walaupun dia kelihatan tak ambil peduli tentang segala ejekan tapi dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
"Adik dah siap ke kemas barang?" Tanya En Azahar kepada Qira sewaktu keluarganya berkumpul untuk makan malam.
"Alhamdulillah dah abah." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Qira. Bukan dia tidak mahu bercakap tetapi dia bimbang andai dia memulakan bicara, setiap apa yang terbuku di dalam hatinya akan terluah. Dia tidak mahu keluarganya juga berasa bimbang atas apa yang difikirkan. Cukup hanya dia sahaja yng rasa. Setelah selesai membanti mamanya di dapur, Qira terus sahaja meminta diri untuk masuk ke bilik. En Azahar yang kenal akan perangai anak gadisnya itu tahu bahawa Qira perlukan masa untuk bersendirian. Mungkin juga dia punyai masalah yang tak ingin dikongsi kepadanya. Sesungguhnya naluri seorang ayah itu sangat kuat.
Qira baring sambil memandang atap rumah. 'Ya Allah, betul ke keputusan yang aku buat ni? Sesungguhnya aku buntu'. Walaupun pada awalnya dia yakin akan keputusannya untuk sambung belajar di Perak, entah kenapa sejak dua menjak ini perasaannya berolak alih. Seperti ada yang tak kena. Apabila memikirkan perkara itu terlalu lama, akhirnya Qira tertidur dengan perasaan yang sebak dan air mata yang mengalir secara tidak sengaja
Keesokkan Hari...
"Adik, barang semua dah ambil?" Tanya abah yang sibuk memasukkan barangan yang perlu dibawa Qira untuk masuk ke dalam tempat baru.
"Cuba check semula. Takut ada yang tinggal. Nanti payah pulak nak pergi hantar. Bukan dekat. Tu sana tu kat belah Utara sana." Tambah Puan Anita setelah melihat anak bongsu En Azahar hanya mendiamkan diri. Walaupun hanya anak tiri, Puan Anita tetap menganggap Qira macam anak sendiri. Arwah ibu Qira merupakan kawan baiknya satu ketika dahulu. Jadi sekarang dia mengambil tugas yang telah diamanahkan oleh kawan baiknya untuk menjaga Qira dan kakaknya dengan baik memandangkan anak sulung En Azahar juga sudahpun meninggal setahun yang lalu.
"Dah abah, ma, InsyaAllah tak ada apa-apa yang tertinggal." Jawapnya yakin. Entah kenapa dia sendiri pun tak tahu tetapi hatinya terasa sangat sayu. 'Allah, tenangkan lah hati ini. Semoga keputusan ini terbaik untukku' dia nya dalam hati.
"okey lah kalau macam tu. Jom bertolak.nak singgah ambik ayah cik ngan makcik pulak ni."
"Ajommmmm!!!!" sahut aku dan anak buahku Adam.
Di dalam kereta...
"abah, boleh tak kita singgah kubur jap. Dah lama tak jenguk rumah baru mak ngan rumah abang." Ujar Qira secara tiba-tiba setelah agak lama mendiamkan diri. Walaupun matanya tertumpu ke arah telefon bimbit dan telinganya disumbat dengan earphone, telinganya masih terpasang elok mendengar omelan abah dan mamanya berkenaan dirinya. Dia hanya tersenyum mendengarkannya. Permintaan Qira tadi menyebabkan riak wajah En Azahar berubah. Mungkin khilafnya tidak membawa Qira ke pusara ibu dan abangnya kerana dia sendiri sangat sibuk dengan kerja sehingga tiada masa melawat pusara isteri dan anak sulungnya itu. En Azahar mengangguk dan terus membelok ke kawasan perkuburan orang Islam di tempat mereka.
Selesai membaca doa dan disedekahkan kepada arwah abang dan ibunya, Qira meminta agar abah dan mamanya meninggalkan dia berseorangan buat sekejap masa sahaja di pusara ibunya. En Azahar hanya menurut sahaja. Dia tahu akan kegalauan yang mendatangi anaknya dan dia juga tahu bahawa anaknya itu amat merindu ibunya.
Apabila memastikan bahawa hanya dirinya sahaja yang berada di kawasan perkuburan itu, apa yang ditahannya akhirnya jatuh ke bumi. Ya, air mata yang sekian lama ditahan akhirnya tertumpah jua.
"Assalamualaikum mak, adik datang ni. Mak apa khabar? Sihat? Adik kat sini sihat aja mak. Mak, adik rindu mak. Rindu sangat-sangat. Adik minta maaf sebab dah lama tak jenguk mak. Baru hari ni adik dapat datang melawat. Mak, adik dapat sambung belajar tau. Tapi kan mak, lepas ni adik dah jauh dari mak. Jauh sangat mak. Adik dah lagi jarang nak melawat mak. Tapi mak jangan risau. Adik selalu ingat kat mak. Adik selalu rindukan mak walaupun adik jauh. Sebab adik sayang sangat kat mak. Kat sana, mak doakan adik ye. Mak, adik dah nak pergi dulu ni, mak jaga diri elok-elok ye. Nanti adik balik adik datang lagi tau. Adik sayang mak. Assalamualaikum mak." Luahan tersebut terungkap seperti dia betul-betul berbual dengan ibunya.
Disebalik pepohon rendang, terdapat sepasang mata yang sedari tadi memerhatikannya. Ya, ia adalah ayahnya. Melihat perlaku anak bongsunya, akhirnya jatuh juga air mata lelakinya. Ayah mana yang tidak sayu di hati apabila mendengar ungkapan rindu yang terpancul dari mulut seorang anak. Dia perasan bahawa perilaku anaknya berubah sejak ibunya meninggalkan mereka. Anak yang dulunya ceria kini lebih banyak mendiaman diri dan termenung. Jika berjenaka, hanya depan keluarganya sahaja dia tersenyum akan tetapi tatkala bersendirian dia banyak menangis. En Azahar tahu bahawa keputusan Qira melanjutkn pelajarannya ke Perak adalah untuk berdikari dan memujuk hatinya yang lara.
"Adik, jom kita pergi. Nanti takut sesak pulak. Nak ambik ayah cik ngan makcik lagi. Takut sampai gelap nanti susah abah nak Nampak jalan." Ujar En Azahar apabila mengenangkan perjalanan mereka masih jauh. Tak betah dia berlama di sini kerana bimbang ia akan memudaratkan anaknya sepertimana yang pernah berlaku seminggu selepas isterinya pergi. Itulah peristiwa yang tidak ingin berlaku lagi dan itulah kerisauan yang bersarang di dalam hatinya.
Qira hanya mengangguk faham. Dia sedar bahawa masanya sudah tiba untuk dia berangkat. Dia mesti merasa sedih akan keputusan ini tetapi inilah keputusan penting yang telah dibuatnya.
Perjalan yang memakan masa dalam lingkungan 6 jam itu sangat memenatkan. Sepanjang perjalanan, hanya keluarganya sahaja yang bercakap. Qira lebih suka mendiamkan diri. Perasan akan dirinya diperhati, dia kerap kali menghadiahkan senyum buat semua yang berada dalam kereta itu. Sesampainya di Perak, keluarganya singgah di rumah sepupunya untuk melepaskan lelah kerana menempuh perjalanan yang sangat panjang. Sepanjang malam, Qira susah melelapkan matanya. Otaknya ligat berfikir berkenaan kejadian esok hari. Hatinya tidak berhenti berdoa agar segala usahanya esok akan dipermudahkan. Oleh kerana terlalu banyak berfikir, matanya kian memberat dan akhirnya terhanyut dalam pelayaran dalam bahtera mimpi di samudera.
YOU ARE READING
SAHABAT 3 BENUA
Randommengisahkan seorang gadis yang mempunyai tubuh gempal yang telah mendapat peluang menyambung pengajiannya di sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kemahiran. terdapat banyak peristiwa yang dia telah lalui. akan tetapi dia menghadap segalany...