Bab 2

3 0 0
                                    


Hari yang ditunggu sudahpun tiba. Debaran di hati kian menjadi-jadi lebih-lebih lagi apabila masuk ke dalam Politeknik yang terkenal di Malaysia, Politeknik Ungku Omar (PUO). Sebelum masuk ke dalam dewan, pelbagai doa yang terlintas dalam fikirannya dibaca. Takutnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Semasa pendaftaran dibuat di Dewan Jubli, kebanyakkan berjalan dengan lancar kecuali pembayaran yuran dan beberapa borang yang tidak lengkap. Dia diberi masa sehingga sebelum peperiksaan akhir berlangsung. Hatinya mula tenang setelah yuran selesai dibayar. Kunci bilik telahpun diserahkan untuk penetapan sepanjang 2 sem pembelajaran. Selepas itu, terpulang kepada pelajar mahu menetap di kamsis lama ataupun menyewa rumah sewa yang teah disediakan berhampiran dengan Politeknik.

Kini tibalah masa untuk melawat ke Kolej kediaman atau dikenali sebagai kamsis baru. Abah, mama dan bapa saudara membantu Qira mengangkat barang-barang yang telah dibawa. Banyak jugak barang yang dia bawa. Sebagai keselamatan katanya. Entah dia sendiri pun tidak mengetahui apa yang dibawa. Semasa sibuk mencari bilik menurut kunci yang di beri, Qira terserempak denga seorang gadis, ' mungkin budak sekali dengan aku ni kot?' detik Qira dalam hati. Gadis itu memberikan senyuman manis kepadanya. Cayaq baq ang. Qira membalas senyum tersebut.

" Bilik mana?" Tanya En Azahar kepada gadis genit itu.

"Aras 3 bilik 16 pak cik" balas gadis itu. Sopan dengan senyum yang masih tidak lekang dari bibir. Melihat kesopanan yang ditunjukkan oleh gadis itu, dia berharap agar dia akan duduk satu bilik dengan gadis itu.

"Owh..sama la dengan anak pakcik" balas En Azahar. Alamak. Qira lupa akan perkara itu. Dia melihat semula kunci bilik yang telah diberi oleh AJK tadi. 'haah lah,,satu bilik. Macam mana la aku boleh tak perasan? Adeh,,sungguh pelupa betul kau ni Qira' monolog Qira lagi dalam hati. Akalnya mengutuk kelemah dirinya yang satu itu.

Sesampainya dia di dalam bilik dan stelah dia meneroka bilik tersebut, dia mengambil keputusan untuk duduk di katil ke 2 berdekatan dengan pintu. Bukan apa, jika apa-apa jadi, dia terus sahaja lari menggunakan pintu tersebut. Faktor keselamatan katanya. Padahal kerisauan yang lebih membebani fikirannya pada ketika itu adalah perkara lain. Di sebelah tingkap sebelah sana, terdapat seorang gadis yang sedang duduk bersama keluarganya. ' Owh, da ada 2 orang la dalam bilik ni. Semoga la diaorang jenis yang masuk air macam aku.' Doa itu tak pernah hilang dalam hati Qira. Air liurnya ditelan seperti ada pasir memikirkan perkara itu. Setelah selesai meletakkan barang, mama dan abah Qira mengajak mereka untuk keluar sebentar magi membeli barangan yang tidak cukup.

Jam menunjukkan 3.00 petang. Sudah tiba masanya keluarga yang hadir pulang ke rumah. Begitu juga dengan keluarga Qira. Walaupun dalam keadaan berat hati mahu melepaskan mereka pulang, tapi dia harus merelakannya. Tiba masanya dia belajar berdikari sendiri. Dia ingin membuktikan bahawa dia juga boleh melanjutkan pelajaran dan ingin juga membuktikan bahawa anak bongsu bukanlah anak manja yang hanya tahu meminta tapi juga mampu memperoleh sesuatu sendiri.

Qira menghantar pemergian keluarganya pulang dengan lambaian kesedihan sehingga kereta yang keluarganya naiki hilang dari pandangan. Qira berjalan perlahan menaiki tangga menuju ke biliknya yang berada di tingkat tiga kamsis delima. Ramai yang sudahpun mendapat kawan baharu. Dia bila lagi. Doanya tidak putus-putus agar dia dapat kawan yang satu kepalanya dengannya. Kalau tidak, maka Qira akan lebih memilih menyendiri daripada berusaha melakukan suatu yang bodoh dan menjadi badut semata untuk mendapatkan seorang kawan.

Sesampainya dia di bilik, dia terus sahaja mengemaskan ala kadar bajunya kerana dia ingin membersihkan dirinya dulu sebelum menyambung kerjanya. Dia memerhati sekeliling melihat gelagat rakan sebiliknya. Tiada langsung niat untuk dia bertegur dan bertanya apa-apa. Dia terus sahaja berlalu ke bilik mandi. Selesai sahaja dia menyegarkan diri, dia hanya berbaring sahaja di dalam bilik sambil bermain telefon bimbitnya memandangkan pada mala mini dia tidak mempunyai apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh kampusnya. Pada malam ini dan mungkin beberapa malam yang akan datang dia akan tidur berseorangan memandangkan di katil sebelahnya masih tiada penghuni. Tengah asyik baring di atas katil yang disediakan oleh pihak kamsis, kedengaran ketukan di luar pintu. Mereka yang berada di dalam bilik tersebut bergegas membuka pintu termasuk dirinya, tapi dia hanya mengintai dari sebalik dinding memandang kedudukan katilnya tidak jauh dari pintu masuk bilik.

Terdapat seorang ahli jawatan kuasa kamsis di hadapan pintu yang bertanyakan bilangan pelajar yang menetap di dalam bilik mereka. Mereka mengaku hanya mereka berempat yang menghuni bilik tersebut sedangkan itulah kenyataanya. Beredarnya AJK tadi, tidak semena mereka memandang antara satu sama lain dan terus ketawa. Apa yang ditertawakan pun tidak pula diketahui. Daripada kejadian itu, mereka terus berkumpul di satu ruangan yang berada di tengah bilik. Di situ mereka memulakan pengenalan diri mereka.

"Eh, nama korang apa?" Tanya salah seorang dari mereka bagi memulakan bicara.

"Nama Nurul Hasanah Binti Hafifi. Panggil Hasanah boleh, Nana pon boleh. Tapi selalunya orang panggil Hasanah. Cuma orang yang rapat je panggil Nana. Asal KL. Course automotif." Jawab seorang gadis yang kedudukannya di hujung dan berhanpiran dengan tingkap.

"Huuuu~~~ orang KL. Hahahaa" Ujar Qira spontan. Tindakannya telah mencetuskan ketawa seisi bilik. 'Aduh kau ni Qira, tak boleh relax la. Simpan sikit seriau kau. Bukan diaorang nak tanya pasal kau punya kesalahan masa kat sekolah pun. Diaorang just nak tau nama ja. Kau buat relax sudah lah.' Kan dah kena marah dengan naluri sendiri. Padan muka.

"Yang ni nama apa?" Tanya Qira bagi mnutup malunya tadi.

"Nama Nur Fadhlina Binti Abdul Kahari. Panggil Fadh, asai Penang. Course automotif."jawab gadis genit yang Qira mula-mula jumpa sebelum ni.

"owhh orang utara.. Dekat noh" sekali lagi bilik itu dihinggari dengan ilia mereka berempat.

"Yang ni pulak nama apa" perbualan diteruskan lagi dengan sesi soal jawap.

"Nama kita Nabila. Panggil kita Bella, course geometik asal Selangor." Jawap seorang lagi rakan sebiliknya dengan suara kecik. Comel gitu. Dan tibalah masanya untuk Qira memperkenalkan diri.

"ok, hurm, Nama diberi Fakhira Binti Azahar. Boleh panggil Qira, course DDT asal Pahang. Hehehehee." Qira memperkenalkan dirinya sebaik mungkin. Apabila dilihat nampaknya rakan sebiliknya semua baik. Cuma ragu-ragu masih bersarang dalam hati. 'Semoga mereka ni boleh terima aku kat sini sampai habis sem.' DOA Qira dalam hatinya. Entah mengapa walaupun mereka baru kenal, serasa seperti mereka sudah lama berkenalan. Kemesraan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga rakan sebiliknya membuatkan dia rasa selesa. Mereka meneruskan perbualan mereka dengan pelbagai topic. Dari satu topic, seterusnya ke topic yang lain sehinggalah ke larut malam. Apabila teringatkan mereka perlu bangun awal pagi esok kerana terdapatnya program dipanggil Minggu Suai Kenal (MSK) mereka pun bersurai ke tempat tidur masing- masing.

Keesokan harinya, bermulalah yang dikatakan sebagai minggu penyiksaan bagi pelajar-pelajar yang baru diserap masuk ke dalam mana-mana IPT. Mereka pada mulanya diajar menyanyikan lagu Politeknik Malaysia, Politeknik Ungku Omar dan Nyanyian Lagu Negeri Perak kerana bukan semua yang belajar di PUO adalah asalnya daripada Negeri Perak ini. Waktu menjejakkan kaki ke dalam Dewan Jubli ini Qira rasa sungguh kagum dengan bilangan pelajar baru pada ketika itu yang mencecah tiga ribu orang. Sungguh sehingga ada setengah pelajar yabf terpaksa duduk berhimpit di bahagian belakang, kiri dan kanan atas dewan. Minggu suai kenal ini sebenarnya hanyalah untuk memperkenalkan majlis tertinggi PUO.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAHABAT 3 BENUAWhere stories live. Discover now