"Abang , jangan ambik duit saya bang. Ni je lah tinggal harta saya untuk sara si Aisyah adik beradik bang. Tolonglah abang." , rayu ummi sambil melutut dan memeluk erat kaki ayah.
"Asiyah kau dengar sini , elok-elok aku datang mintak duit. Baik kau bagi je. Kejap lagi ah long datang , aku jual si Aisyah ni , kau nak hah?!" , tengking ayah sambil menyepak kasar ummi.
Aku sangat terkejut dengan tindakan ayah yang sanggup meyepak ummi yang hampir tersungkur. Namun sempat abang sulungku mendakap ummi dalam pelukannya.
Malahan aku jua terkesima dengan kata-kata ayah , ayah ingin menjualku? Sungguhkah?
"Asiyah kau dengar , kau tak berhak atas semua dalam rumah ni. Aku yang berhak. Jadi , kau tak dapat halang aku nak jual apa yang aku nak jual." , kata ayah sambil berlalu ke pintu utam rumah dan memecut laju kereta miliknya.
"Ummi. Ummi bangun ummi !! " , jerit abanglong sambil menggoncang kuat tubuh ummi yang masih berbaring di atas lantai.
"Aisyah!! Cepat telefon ambulans!! Ummi tak sedarkan diri !! "
Aku yang masih berdiri kaku , lantas ditolak bahuku yang membuatkan aku terjatuh ditepi sofa kami. Angah pantas bertindak menelefon ambulans.
Tidak lama kemudian , kami mendengar bunyi siren ambulans yang sangat kuat menghampiri kawasan perumahan kami. Mungkin tercari-cari alamat rumah kami.
Aku bangkit dan terus mencapai tudung 'instant' ummiku. Aku menuju ke luar rumah dan melambai kereta ambulans untuk memberitahu bahawa kami yang menelefon sebentar tadi.
"Assalammualaikum dik , ni ke rumah Puan Siti NurAsiyah Abdul Rahman?" , tanya seorang petugas yang membawa ambulans tersebut.
"Ya. Ummi saya pengsan. Cepat masuk masuk. " , aku membuka luas pagar rumah untuk memberi laluan petugas membawa ummi masuk kedalam kereta ambulans.
"Maaf ya , tapi kena ada seorang dalam ambulans kami." , kata seorang petugas.
"Oh ya tak apa nanti adik saya temankan ummi. Adik , masuk cepat. Nanti along dengan yang lain ikut dari belakang ya" , kata abang long lagi.
"silakan." , pelawa petugas tersebut.
2:20 PAGI , HOSPITAL LIM.
"Assalammualaikum. Maaf mengganggu tapi ni penjaga kepada Puan Siti NurAsiyah Abdul Rahman?" , tanya seorang lelaki berpakaian kemeja berwarna putih berseluar hitam sambil membawa steteskop di tangan kirinya. Doktor rasanya.
"Ya saya." , jawabku selamba.
"Seorang sahaja?" , tanya doktor lagi.
Belum sempat aku menjawab soalan doktor tersebut , abanglong sudah berada dibelakangku sambil membawa barang yang diperlukan.
"Doktor , macam mana keadaan ummi kami? Dia kena masuk wad ke?", tanya abanglong sambil tunduk hormat kepada doktor bertugas.
"Encik?"
"Oh saya anak kepada Puan Asiyah. Saya Adam. " , jawab abanglong. Macam tahu sahaja doktor sedang keliru siapa pulak datang selambe dek aje ni kan.
"Oh macam ni sebenarnya. Puan Asiyah sebenarnya nampak sahaja baik baik. Tapi sebenarnya Puan Asiyah ada kecederaan dibahagian kepala. Mungkin sebelum ni dia ada terhantuk dekat kerusi , kita tak tahu kan. Lepas mak kamu sedar , saya akan soal la apa yang patut ya. Buat sementara waktu ni , Puan Asiyah memang perlu dimasukkan ke dalam wad." , panjang lebar doktor menjelaskan kepada kami.
"Mashaallah subhanallah betul ke doktor? Tapi ummi macam sihat aja. Saya fikirkan dia pengsan sebab terkejut." , balas angah sambil meraup mukanya kegelisahan.
"Tak apa jangan risau. Kami akan tengok dulu perkembangan Puan Asiyah. Buat sementara waktu ni , Puan Asiyah memang belum sedar. Kita kena banyakkan berdoa juga"
Sempat lagi aku menjeling ke arah nametag milik doktor yang dalam lingkungan 40-an itu. Fuad Lim. Chinese ke? Tapi cakap macam Islam melayu. Ke ada mix? Muka pun macam umur ummi.
"Maksudnya ummi saya masih dalam Koma ke , doktor?" , tanya ku kepada doktor tadi.
Angguk. Maksudnya ya. Allahu.
.
.
.Selepas beberapa minggu , ummi sedar dari koma. Syukur ke hadrat Ilahi. Ummi tetap dimasukkan ke dalam wad , doktor masih belum membenarkan ummi pulang ke rumah. Hal ini atas sebab tertentu.
Macam selalu , kami akan bergilir menjaga ummi diwad. Biasanya aku dan angah akan menjaga ummi bersama pada waktu pagi. Abanglong pulak akan jaga ummi pada waktu malam. Abang chik pula pada waktu petang sahaja. Kami ada 4 adik beradik sahaja. 2 perempuan 2 lelaki.
Pit pittt
Pittt pittt"Dik. Siapa yang hon berkali-kali tu? Cuba kamu tengok. Man tau poslaju yang hantar barang abang."
Aku yang tadi tengah membancuh kopi untuk abang-abangku kemudian menuju kearah pintu utama. Aku mengintai dari tingkap hadapan.
Blurbb.
Kereta honda city hitam. Milik ayah.
"Siapa tu dik?" , tanya abang chik pulak.
"Aaa.. Aaa.. Aayaah llaa bangg." , kataku gagap.
"Ayah?!" , kata abanglong dengan suara agak tinggi.
"
YOU ARE READING
Seindah Takdir Kita
Romance" Akan tiba satu saat kau akan berterima kasih pada masa lalu. Mungkin dahulu pedih tetapi itulah yang mengajar kau untuk berdiri diatas kaki sendiri " Itu adalah kata-kata Aisyah Humairah yang disemat dalam hidupnya dahulu dan kini. Kehidupan seor...