1

28 5 0
                                    

"Bye korang." ucap Zya kepada rakan-rakannya lantas meninggalkan kelas selepas loceng berbunyi.

'Arghh habis pun kelas. Penat gila harini.' gumam Zya.

Kaki terus melangkah ke surau untuk menunaikan solat fardu Zuhur berjemaah. Rutin yang sama setiap hari kecuali hari Jumaat. Yela,takkanla lelaki tak pergi solat Jumaat kan. Dari jauh terdengar bunyi bising dari surau. Memang zaman sekarang ni akhlak makin nipis toll.

"Haih,bilala nak aman surau ni kalau setiap hari macam ni." kata Zya yang hampir tiba di surau.

1 langkah

2 langkah

3 langkah

Pusing

Zya hanya memandang kosong sahaja pelajar - pelajar yang berada di situ. Surau yang tadinya bising kini sunyi tanpa ada satu suara sekalipun. Memang semua pelajar takut dengan Zya. Bukan sebab dia jahat. Perwatakan Zya juga menunjukkan dia seorang yang baik namun don't judge a book by its cover lah kan.

"Zya!" jerit hana.

'Ish,sapa pulak panggil aku ni' gumam Zya.

Hana yang memanggil Zya terus mendekatinya dan menarik dia ke tempat yang lebih jauh supaya tiada orang yang mendengar perbualannya nanti.

"Weyh, tadi ada orang bagi surat kat kau. Aku kan baik hati so aku bacakanla." senyum Hana , tahu kawan baik dia tak akan marah dia kalau dia baca surat dari secret admirer sekalipun.

Zya hanya diam dan menganggukkan sahaja. Dia tak kesah pun kawan baik dia baca.

"Kat surat tu tulis yang ada orang nak jumpa kau kat pagar belakang pukul tiga petang." sambung Hana.

Wajah pelik ditayangkan sambil mengangkat kening sebelah. Pelik! Tak pernah lagi dia dapat surat macam ni.

"Sapa? Aku kenal ke?" soal Zya.

"Hmm..aku rasa kau tak payahla jumpa orang tu. Kau tak pelik ke dahla nak jumpa kat belakang. Kalau buatnya dia culik kau camna. Apa aku nak jawab ngan cikgu."

"Ermm.. Tak pela aku jumpa jela nanti. Tak baik buruk sangka. Kita kena husnuzon."

"If aku kena culik, kau diam je tau buat tak tahu" sambungnya lagi.

"Kau gila ke apa. Takkan aku nak diam je sedangkan aku tahu!." marah Hana sambil memeluk diri. Acah - acah merajuk la tu.

"Tak pe, aku pandai jaga diri. Jangan risaula. Bukannya sekali aku kena culik. Dah lapan kali dah. Kau pun tahu tu." jawab Zya sambil memeluk Hana dari belakang.

Hana memang seorang yang manja. Tapi manja - manja Hana jangan berani cabar dirinya. Pernah ada seorang lelaki dengan beraninya menyuruh Hana belikan air di kantin tapi Hana tak nak. Lelaki tu pun menarik tudung Hana sampai tercabut. Pelajar lain yang memandang sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Dahla kat kantin ,ramai orang pulak tu. Hana bangun dan melempang pipi lelaki tersebut lantas memakai semula tudungnya itu. Bukan itu sahaja, habis disepak perut lelaki tersebut sampai menjerit memohon maaf namun tidak diendahkan Hana. Namun begitu, Hana masih tidak puas hati lantas memegang tie lelaki tu namun pergerakannya di halang oleh Zya. Zya menarik tangannya dan pergi dari kantin itu. Pelajar lain semua terdiam. Ada yang terlopong mulut dan ada yang dah jadi patung.

Teringatkan peristiwa itu membuatkan Zya tergelak . Hana yang memandang Zya terus berhenti merajuk.

"Kau asal gelak tetiba ni?" soal Hana.

"Tak la , aku teringatkan pasal kau gaduh ngan jantan tu. Terus pindah dia dari sekolah ni." jawab Zya sambil ketawa.

"Hek, kau sedar sikit eh, aku rasa kalau kau kat tempat aku , memang dah mati jantan tu."

Terdiam Zya mendengar kata - kata Hana itu. Terus dia berjalan ke surau meninggalkan kawan baiknya itu ambil tersenyum.

'betul jugak kata kau Hana' kata Zya dalam hati.

MISS ZYAWhere stories live. Discover now