Mata dibuka perlahan - lahan. Kaki diturunkan ke sisi katil. Remote dicapai dan suhu aircond di tinggikan. Sejuk sangat. Bilik air dituju. Zya membersihkan badannya dan mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh. Keluar saja dari bilik air dia terus mencari sejadah dan telekung untuk dipakai.
"Ha jumpa pun." ucap Zya sebaik sahaja telekung yang berlipat di capai. Sejadah dibentangkan dan Zya terus menunaikan solat.
Salam diberi lalu Zya menadah tangan untuk berdoa.
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon perlindungan dari Mu Ya Allah. Jauhilah aku dari orang - orang yang berniat jahat ke atas diriku. Kuatkanlah imanku,tabahkanlah hatiku Ya Allah dalam menempuhi ujian - ujian dari Mu. Ya Allah, aku adalah hamba Mu yang sangat lemah. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala galanya. Ya Allah, Engkau tempatkanlah ibu dan ayah ku di kalangan orang - orang yang beriman. Jauhi mereka dari neraka jahannam Mu Ya Allah................................................. Rabbana atinafiddunyahasanah wafil akhiroti hasanah wakina azabannar." doa Zya dengan sepenuh perasaan sambil matanya tidak berhenti mengalirkan air mata. Tiba - tiba pintu bilik diketuk. Zya terus menyeka air matanya lantas membuka pintu. Dengan keadannya yang masih bertelekung dibiarkan sahaja.
"Ye nak apa." soal Zya yang cuba mengawal suaranya.
"Zack panggil suruh turun sekarang." kata Leo. Dapat dilihat mata Zya merah seperti baru sahaja menangis. Sewaktu Zya berdoa tadi,Leo sempat merakam doanya tadi dan telah di send kepada Zack. Hatinya tersentuh dengan doa Zya. Dia Islam tapi, ambil wuduk pun tak pandai. Terbit rasa malu dalam dirinya sendiri.
"Okay tunggu sekejap." jawab Zya lantas menutup pintu biliknya dan air mata kembali mengalir deras.
'Aku tak leh menangis camni. Aku kena kuat.' gumam Zya.
Baju tshirt berwarna biru lembut dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam dipakai. Dibelek - belek lagi tubuhnya itu, takut menampakkan aurat. Tudung berwarna hitam disarung ke kepala. Entah dari mana dia dapat keberanian untuk menggunakan baju dan seluar dalam almari tu. Tudung pun ada. Alang - alang ada pakai jela kan.
Pintu bilik di buka dan langkah terus menuju ke tangga. Lee yang di arahkan menjadi pengikut Zya terpegun melihat kecantikan Zya. Baru dia perasan Zya ni seorang yang cantik dan pandai menjaga aurat.
"Dah habis tenung aku?" tegur Zya sebab dia tak selesa dengan Lee yang memandangnya tak berkelip.
"Eh dah - dah. I rasa kan kalau Zack pandang U pun dia tak berkelip. Percayalah." ujar Lee sambil tersenyum - senyum. Zya malas nak melayan. Tangga dituruni perlahan - lahan. Rumah ni memang 3 tingkat tapi, besar dia macam luas hotel dah.
'Haih macam manala aku nak kemas nanti.' risau Zya dengan tugasnya itu.
Zack menunggu dengan penuh sabar di ruang tamu. Jam dikerling.
"Baru 10 minit lewat. Tak pe Zack. Kau pernah tunggu Raisya dua jam baru habis shopping boleh." kata Zack memberikan semangat kepada dirinya sendiri. Raisya ni kekasih Zack. Dia dan Raisya dah dekat 5 tahun couple tapi still tak kahwin - kahwin. Puas Raisya pujuk Zack untuk berkahwin tapi Zack still tak nak. Dia dapat rasakan Raisya bukan jodohnya. Sedang Zack membelek - belek majalah di atas meja tiba - tiba dia terdengar seseorang menuruni tangga.
"Eh seriously. How come? Cepatnya dia turun." terkedu Zack melihat Zya yang sedang menuruni tangga.
"Cantik." ucap Zack perlahan. Dalam tak sedar Zack memuji kecantikan Zya selain masa yang diambil Zya untuk bersiap. Zya memandangnya sambil tersenyum. Zack membalas senyumannya. Tiba - tiba Lee dan Leo ketawa berdekah. Macam tak pernah gelak. Muka kembali serious. Zya menaikkan keningnya sebelah. Pelik dengan situasi sekarang ni. Lee terus mendapatkan Leo yang sedang menahan ketawanya. Takut dimarahi Zackla katakan. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Zack. Tiba - tiba,
"HAHHHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH." ketawa Leo dan Lee bersama - sama.
"Eh korang nyah dari pandangan aku sekarang!" marah Zack. Merah mukanya memandang Leo dan Lee. Disebabkan Zack dah marah, Lee dan Leo terus mengangkat kaki dari situ sambil ketawa.
"Erm kenapa ngan diorang tu? soal Zya.
YOU ARE READING
MISS ZYA
Romance"Hey perempuan, kau memang tak takut ke dengan kitorang ni." - Zack "Takut? For what?" - Zya "Hek perempuan macam kau ni sepatutnya tanya something. Bukannya buat bodoh je kat sini!" - Zack "Aku nak tanya apa?" - Zya "Kau tak nak tanya ke kenapa...