Selesai sahaja solat Zya dan Hana terus ke dewan makan untuk makan petang. Itulah rutin pelajar asrama setiap hari. Kalau tak makan lapar nanti.
Sewaktu beratur, Hana sempat usha crush dia sambil tersengih - sengih. Zya yang memandang hanya senyum sahaja. Tahu sangat sapa yang dipandang Hana tak lain tak bukan Iqram. Iqram tu pun satu duk tersengih - sengih macam kerang busuk.Hana yang perasan Zya tersenyum - senyum memandangnya terus menanyakan soalan kepadanya.
"Errr..kau jadi ke nak pergi Zya?" tanya Hanna.
"Hmm jadi kot"
"Kalau jadi apa - apa camna?"
"Kau kenalkan aku macam mana. Kau rilek je. Aku okay." jawab Zya tenang. Mukanya meyakinkan Hana. Hana mengeluh. Kalau dah Zya Hazrina kata yes , then yes la.
"Okay."
Jam dikerling. Dah pukul 2:55 petang.
"Hana aku pergi dulu. Bye!" laung Zya dari luar bilik prep.
"Ha, ye ye. Hati - hati." jawab Hana yang sedang menyiapkan kerja sekolah.
Langkah terus dituju ke pagar belakang sekolah. Ntah kenapa dia rasa okay je. Selalunya dia akan rasa risau sebelum dia kena culik. Yela dah lapan kali kena culik mestila tahukan perasaannya camna.
'Tak kena culik kot' gumam Zya.
Langkah terus terhenti apabila dia merasakan seseorang sedang memerhatinya.
'Takkan kena culik lagi kot. Orang yang culik aku sebelum - sebelum ni dah mati. Sapa pulak eh.' fikir Zya.
Prakk ! Bunyi ranting pokok dipijak. Belum sempat dia menoleh ke belakang, kepalanya terus dihentak dengan kayu menyebabkan dia pengsan. Zya yang hanya separuh sedar hanya membiarkan dirinya diikat sebelum di bawa masuk ke dalam van buruk.
Hana mengerling jam yang menunjukkan pukul 3.30 petang.
'Eh mana minah ni' gumam Hana. Langkah diayunkan menuju ke pagar belakang. Alangkah terkejut dia apabila terlihat sebelah selipar Zya di tengah ii jalan.
'Takkan kena culik lagi' fikir Hana.
"Ya Allah, kau jagalah kawan baik aku ,Zya Hazrina daripada orang - orang yang jahat. Berikanlah dia kekuatan untuk menempuhinya. Sesungguhnya engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi." lancar mulut Hana mendoakan kawan baiknya selamat daripada bahaya. Dia sangat menyayangi Zya. Kalau bukan kerana Zya menyelamatkan dia daripada perogol mungkin sudah lama dia tak wujud di dunia ini.
YOU ARE READING
MISS ZYA
Romance"Hey perempuan, kau memang tak takut ke dengan kitorang ni." - Zack "Takut? For what?" - Zya "Hek perempuan macam kau ni sepatutnya tanya something. Bukannya buat bodoh je kat sini!" - Zack "Aku nak tanya apa?" - Zya "Kau tak nak tanya ke kenapa...