Bab 1

27 1 0
                                    


' It's not love , it's just an attraction '

Ya , salah satu prinsip yang digunakan dalam kehidupannya . Cinta ? tidak wujud . Hanya perasaan suka .

Mata dikerling sekilas memandang seseorang lelaki yang mendapat perhatiannya . Hatinya mula terbit rasa suka . Perasaan itu juga akan pudar dan mula berpindah ke gerangan lain pula .

Rakannya , Suhana cukup masak dengan perangai selamba Ardel . Kadang hari ini , mulutnya becok bercerita tentang lelaki yang kulit sawo matang . Di esok harinya pula , tajuk berpindah ke lelaki yang kulit putih dengan berbaju melayu . Perasaan kawannya ini seperti mengalami kehidupan nomad .

Tetapi , Suhana tahu yang Ardel tidak percaya dengan cinta mempunyai alasan yang tersendiri . Jadi , dia terpaksa turutkan apa sahaja yang rakannya itu buat .

-

Ardel seperti biasa , berjalan ke kafe untuk membeli makanan sebagai alas perut . Perut yang berkeroncong diusap perlahan .

Ramai pelajar yang masih berada di kafe memandangkan masa rehat yang diberi kepada pelajar sebelum kelas bermula . Bising kafeteria dengan suara - suara pelajar di sana sini .

Meja di sudut kafeteria dituju , Suhana meletakkan buku bersama beg yang digalas di atas meja . Dia mengambil tempat di salah satu kerusi di meja tersebut . Ardel pula duduk berhadapan dengannya .

" Kau nak apa ? Aku belikan untuk kau . Ramai orang ni . Takut ada orang ambil tempat kita pula . " ujar Ardel , tudung yang sudah senget dibetulkan kedudukannya dengan melihat pancaran muka di telefonnya .

" Belikan aku air mineral dengan nasi lemak aje . Terima kasih Del . " balas Suhana , dia menjeling sekilas satu figura yang berdiri di hadapan pintu masuk kafeteria . Hensem ..

Ardel bangun dari duduknya dan kaki di bawa ke kaunter makanan untuk membeli makanan . Dompet yang diisi duit dikepit kemas jarinya . Dia melihat sekeliling kafeteria .

Pandangan dijatuhkan pada lelaki yang sedang duduk bersama rakan - rakannya . Lelaki itu sedang sibuk bermain telefon , tidak mengendahkan keadaan sekeliling . Senyuman di bibir terbit apabila dia melihat balasan dari orang sana .

Kerutan di dahi Ardel muncul . Mesej dengan siapa tu . Dia mendengus kasar . Hati jangan kau jeles dengan perkara yang remeh . Kau perlu dijaga dengan baik . Tahu ?

" Makcik , kita nak nasi lemak dua . Air mineral satu dengan air milo ais satu . " pesan Ardel . Dia mengeluarkan not 20 ringgit dari dompetnya dan dihulurkan ke makcik itu .

Suhana memandang pelik melihat muka Ardel yang masam mencuka . Dia mengambil makanannya dari dulang yang dibawa Ardel , " Kau kenapa ? Kena buli ke ? "

" Kenapa apa ? " ringkas dijawab . Mulutnya disua dengan sudu yang diisi dengan nasi lemak . Perut yang kosong kena diisi sebelum gastrik muncul . Sakit tak tertahan woo ...

" Tak lah , muka kau tu macam kena telan dengan asam . Masam mencuka . Cuba senyum sikit . Orang lain tengok pun seram . "

Ardel mengangkat wajahnya dan memandang Suhana yang berkedudukan dihadapannya . " Aku nampak dia . "

" Kalau kau nampak dia . Kau mesti senyum lepastu mulut tak berhenti bercakap pasal dia . So , apa jadi ? " , tangan memeluk tubuh , lagak bos yang bertanya kepada pekerja . Kening dijongket , mempersoalkan Ardel .

" Tak ada apa jadi " Ardel mengukir senyuman paksa . Malas dia nak bercerita , lagi bagus makan , makan dan makan . Biar sampai kenyang .

"Fine " kasar bunyi nya . Mereka berdua diam setelah itu dan cepat menghabiskan makanan . Mata dikerling ke jam di pergelangan tangan , masih ada 10 minit sebelum kelas bermula .

Ardel mengajak Suhana untuk pergi ke dewan kuliah . Takut mereka masuk lambat , dicekup pula oleh pensyarah yang garang .

Sampai di pintu masuk , mereka mengambil tempat di belakang dewan kuliah memandangkan semua tempat di bahagian depan sudah dipenuhi pelajar . Pelik ? jangan pelik . Arahan pensyarah sendiri supaya kedudukan di hadapan dipenuhi oleh pelajar lelaki .

" Thankyou class for your attention . Esok kita jumpa lagi ya . Class dismiss " pantas Ardel dan Suhana mengemas semua buku kuliah .

" Petang ada test , malam ada kelas lagi . Argh ! Penat nya . " keluh Ardel kasar . Cahaya matahari yang terik membuatkan Ardel melipat sedikit hujung lengan baju kurungnya . Tangan dikipaskan mukanya .

Suhana tersengih melihat rakannya . Dia pun sudah letih . Al maklum lah mereka sudah hampir ke penghujungnya . Makin banyak kelas tambahan yang dibuat oleh pensyarah , katanya ganti kelas untuk awal semester yang tertangguh .

" Aku pun sama juga , nanti petang kau makan maggi atau makan di kafeteria ? " soal Suhana , matanya dikerdipkan kerana silau dengan cahaya matahari .

Ardel senyum menampakkan giginys yang tersusun rapi bersama besi yang dipasang . " Makan maggi . Malas la nak turun . Lagipun sekarang dah hujung - hujung . "

" Ya lah Ardel . Hujung bulan pun , perut tu jaga . Kau dah la ada gastrik . Sibuk tak makan nasi . Perut kau bukannya macam orang lain , boleh makan nasi sehari sekali aje . "

Nasihat Suhana didengari . Tapi hanya masuk telinga kanan , keluar celah telinga kiri . Dia tahu akan perihal itu .

-

" Kau nak pergi mana ? " Najwa , teman sebiliknya baru sahaja masuk ke dalam bilik setelah siap mandi . Baldi yang diisi sabun mandian diletakkan di tepi katil . Dia mengambil tempat di hujung katil .

" Aku ada kelas malam ni . " ujar Ardel , dia meletakkan telekung yang dilipat di penyangkut pakaian .

Ardel bersiap ala kadar , mencapai tudung shawl hitam dililit kemas di kepalanya tanpa sebarang pin bersama hoodie hitam untuk mengahalangnya dari kesejukan angin malam .

" Kau dah makan belum ? Nanti jangan lupa beli makanan . Perut kau sakit pula malam nanti . "

Ardel mendehem kecil . Hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh teman sebiliknya . " Aku tahu , nanti aku beli burger . Kau nak sekali tak ? " matanya dikerling sekilas ke arah Najwa yang sedang bersiap untuk solat .

" Boleh juga . Nanti aku temankan kau makan . Alang - alang ajak Su datang sini sekali . " kata Najwa sambil tersengih , keakraban mereka sudah seperti adik-beradik . Walaupun mereka berdua mengambil course yang berlainan .

Ardel mengangguk perlahan , lantas mencapai beg yang diisi dengan buku latihan . Dia mencapai stokin bersama sandal nya . Kaki menuju ke tingkat bawah , dilihat Suhana sedang sibuk membelek telefonnya di atas satu bangku yang tersedia di hadapan blok wanita .

" Jom " kehadiran Ardel yang lagak pencuri itu mengejutkan Suhana . Pantas disimpan kemas telefon di poket seluarnya .

Dia menarik lengan Ardel lalu mereka bergerak ke kelas malam di bilik tutorial .

Nasib baik dia tak nampak , desis hati kecil Suhana sambil melayankan Ardel dengan pendapatnya tentang drama korea Crash Landing On You .

xrushWhere stories live. Discover now