Bab 4

15 1 0
                                    

" Tak payah lah , muncung bagai . Buruk mukanya aku tengok . Nah air " dihulur air kotak milo di hadapan Ardel .

Basikal mereka sandarkan pada tiang di laluan susur gajah . Mereka berdua mengambil tempat di hadapan perpustakaan memandangkan keadaan lengang . Peluh di dahi dilap dengan hujung lengan baju .

" Mana ada , kau ni . Aku malas nak fikir . Lagipun , dia bukannya sesiapa . Dah la tukar topik . " air kotak dibuka , diminum rakus oleh Ardel . Suhana meneguk liur melihat Ardel di hadapannya .

" Oh ya , aku lupa nak cakap . Sebenarnya aku dengar ada budak course business ada buat satu projek ni tau . Nama projek tu tak silap aku , ‘ Mind to tell us ? ' " ujar Suhana , dia melihat sekeliling .

Nampaknya ramai pelajar sudah mula berpusu - pusu keluar , mungkin  outing memandangkan jam sudah ke angka 10 pagi dan hari ini jumaat .

" Jadi , apa motif kau bagitahu aku . " soal Ardel , ditoleh ke kasutnya . Tali kasut terbuka membuatkan kakinya diangkat ke bangku , tali kasut diikat kemas .

" Budak kelas Haikal dengan Daniel yang buat " ringkas Suhana menjawab . Kejap ! Kenapa dia petik nama Daniel ? Aduh .... Mulutnya ditepuk sedikit setelah mengiringkan badannya ke kanan . Lari dari pandangan Ardel .

Ardel tersenyum sinis , macam ada yang tak kena . " Kau nak suruh aku buat apa sebenarnya ni ? " nama yang disebut oleh rakannya tadi diendahkan . Malas nak amik port  .

" Ehem .. " Suhana mendehem , " Kalau kau tak kisah . Kau bagitahu aje dekat Haikal yang kau suka dia . Tak susah kan . Just kena tulis dalam surat aje . Lepastu budak kelas diaorang akan past dekat orang yang dituju dalam surat . Kau tak nak tulis nama pun tak apa . "

" Patut ke aku buat macam tu ? " Ardel memandang Suhana , pada dirinya sekarang . Pelajaran benda utama . Lagipun , tadi mata dia dah tertangkap dengan adegan tak berapa nak manis di padang kolej .

" Tak tahu . Kalau kau rasa perlu . Lagipun kita kan dah nak habis belajar . Tak susah pun .  Bukannya dia tahu siapa pun . " bersungguh Suhana , dia tak nak kawannya yang seorang ini menyesal .

Ardel memutar kotak minuman milo di atas meja . Dia melepaskan nafas . Haih ..... simpan ke tak nak ? Fikirannya melayang ke arah mak dan ayahnya .

" Nope . " muktamad keputusan yang terkeluar dari bibirnya . Dia tidak akan sesekali memberitahu isi hati nya .

Jangan risau , dia pasti yang selepas waktu study tamat . Hatinya mula akan terpaut dengan muka kacak orang lain pula . Dia tidak akan sesekali mengejar orang yang sudah berpunya .

Dari standard crush , akhirnya Haikal sudah pun turun ke anak tangga kedua dalam hati Ardel . Iaitu standard ' X ' crush . Yang lepas , biarkan ia berlalu . Lagi bagus untuk Ardel , supaya dia boleh fokus dengan pembelajarannya .

Lepas beberapa minit mereka berbual , Ardel berpendapat supaya mereka memulangkan semula basikal ke stor sebelum makan tengahari . Takut dikenakan cas bayaran yang tinggi apabila lambat pulangkan basikal yang disewa .

" So , kau dengan Daniel ada apa - apa yang perlu aku tahu ke ?  "

-

Najwa memandang silih ganti antara Ardel dan Suhana di dalam biliknya . Tadi baru sahaja Suhana dipanggil Ardel untuk datang ke bilik dengan segera .

Ardel masih duduk di hujung katil . Mereka berdua hanya diam berkutik tanpa kata . Ada apa yang tak kena ni ? Pelik dibuatnya . Najwa mengambil tempat , bersandar di almari Ardel .

" Korang ni ada world war III ke ? "tangan dikemaskan di dada . Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala . Masih tidak mendapat balasan dari mereka berdua . Hanya mata Ardel yang menikam tajam , manakala Suhana seperti banduan memandang ke lantai . Apa yang menarik di atas lantai pun tak tahu .

" Kau tahu dia ada boyfriend ? " kini pandangannya dikalihkan pada Najwa . Terhenti perbuatan mengeringkan rambut . Suhana mengangkat wajahnya , memandang Najwa . Jari telunjuk dilekatkan di bibir . Tanda suruh diam .

Najwa berbalik ke katilnya , telefon dicapai . Earphone juga diambil ura - ura mahu dipasang ke telinganya . " Tak tahu " jawab Najwa tanpa nada , dia memandang Suhana di tubir mata .

" Alah Ardel , jangan lah marah aku . Aku tiada niat pun nak rahsia dari kau . Aku just .. hm . Alah , Ardel aku minta maaf banyak - banyak . Kau kan kawan aku . Teman sehidup semati aku . Tolong la Ardel " rayu Suhana .

" Asal tak bagitahu aku . Kau tak tahu ke , aku ni kawan kau tau . Buatnya si Daniel tu cari masalah , curang ke . Aku ada untuk kau . Aku boleh tolong kau tibai mamat tu . Kau ni benda simple pun nak berahsia . Aku ni dah lama kawan dengan kau tau . Sampai hati kau buat aku macam ni " lirih Ardel , bebelannya dipandang sepi oleh Najwa dengan Suhana .

Faham yang rakannya seorang ini pantang marah , mulut tidak berhenti bercakap . Katanya lebih baik dikeluarkan daripada pendam . Nanti makan hati .

" Iya , aku tahu . Sebab tu aku bagitahu kau tadi . Kiranya kau tahu lah kan sekarang . Alah , Ardel jangan lah marah aku lagi . Kau kata , kau sayang aku . "

Najwa yang melihat adegan itu , timbul rasa kesian dalam dirinya , mood backup on ; " Haah Ardel , kau maafkan aje Su . Bukannya dia tak bagitahu kau langsung . Dia tak ada niat pun nak rahsiakan hubungan dia dengan Daniel "

" Eeh , macam mana kau tahu ? " celah Ardel , matanya mencerlung pandang Najwa yang terpaku seketika . Aduh ! Kantoi lagi .

" Alah Ardel , sorry lah "

" Sudah lah , layan kan korang . Punggung pun naik kematu . Aku nak pergi tenang kan hati . Cari aiskrim kejap malam - malam ni . " kata Ardel , berjauh hati dengan dua sahabatnya . Dia orang rahsia dengan kita tak apa , kita rahsia dengan dia orang . Tak leh ! Semua tak leh !

Ardel berlalu , kaki disarungkan dengan selipar . Telefon dipegang kemas di tangan . Koop dituju untuk membeli aiskrim . Peti sejuk yang berisi ais krim , Ardel menekur memandangkan aiskrim pelbagai perisa . Alang - alang belikan untuk kawannya sekali . Tanda maaf .

" Lama betul  tengok . Nak beli ke tak ? " kedengaran suara garau dari belakang tubuhnya . Pantas dikalih memberi ruang sedikit ke lelaki itu . Kepala diangguk perlahan dengan kata maaf terucap di bibir , " maaf "

Aiskrim mickey mouse tiga dicapai , lalu terus ke kaunter pembayaran . Koop mula sesak apabila lepas solat isyak . Kelihatan ramai juga pelajar yang sedang duduk melepak di hadapan koop . Mengambil udara malam .

" Cantik tapi sayang kuat berangan . "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 26, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

xrushWhere stories live. Discover now