"Ufairah! Tunggu aku!" Adawiyah menyarung kasutnya dan bergegas meninggalkan perkarangan surau.
"Alah kau ni Adawiyah! Cepatlah! Lamanya baca Qur'an," Ufairah merungut. Hehe, kesian jugak Ufairah ni, dah setengah jam dia tunggu aku baca.
"Dah tahu nak revise pelajaran sama-sama, lagi dia baca lama-lama," rungut Ufairah sendirian. "Macamlah nanti tak boleh baca."
"Aku baca Qur'an lah. Takkan tu pun nak marah," balas Adawiyah. Dia dah masak sangat dengan perangai Ufairah. Semua mesti punctual, tak boleh lambat seminit pun. Kalau nak berjumpa pun memang begitu. Janji pukul sepuluh, pukul sepuluh juga mesti dah sampai. Kalau tidak, siap kau! Haha, iyelah, Ufairah ni, nampak aje baik, tapi kalau dah datang angin dia, habis semua orang kena marah.
Cakap macam dah pernah experience je.. memang pernah! Hehe, masa tu datang lima minit lambat sebab tolong mak beli barang dulu, baru jumpa Ufairah. Hukuman yang diberikan; belanja makan. Kalau order makanan yang murah tak mengapa juga, ini tidak, dengan dessert sekali dia pesan. Waktu itu memang kalau nangis berdarah-darah pun, Ufairah memang tak peduli, sebab dia kalau nak hukum, dia akan pastikan yang orang itu dapat hukuman yang setimpal juga! Ibarat pepatah Inggeris, an eye for an eye, a tooth for a tooth! Mesti kena hukum!
"Kau baca je lah kat rumah."
"Apa-apa sajalah. Jom balik rumah aku."
~*~*~
"Hish, panasnya!" rungut Ufairah. Sudah berapa kali dia merungut tentang benda yang sama. Adawiyah hanya sekadar mengangguk sahaja. Sinaran mentari yang memancar terik pada tengah hari itu membuatkan perjalanan mereka terasa amat jauh walaupun jarak antara rumah Adawiyah dan surau agak dekat.
Ufairah dan Adawiyah yang sedang berbasikal berhenti dengan serta-merta apabila seorang budak lelaki menghalang perjalanan mereka.
Zubair. Kacang hantu ni memang suka ganggu orang, tak kira di mana, pukul berapa, dengan siapa yang dikacau. Tempat di mana, tu pun dia tak kesah. Tapi dalam banyak-banyak hamba Allah yang ada di permukaan muka bumi ini, orang yang paling favourite dia kacau, tak lain tak bukan, Puan Ufairah Wafiyyah.
"Ufairah, kau simpan lagi basikal buruk tu? Tricycle adik kau lagi lawa." Sindir Zubair. Eee, dia kelip mata kat aku! Geli ... Geram pun ada! Sedap aje mulut nak kutuk basikal kawan aku. Bukan apa, basikal tu aku yang hadiahkan pada Ufairah masa hari jadi dia tahun lepas.
Dan kalau perhatikan betul-betul, basikal tu masih lawa tau. Walaupun dah beratus kali kena repair. Tu pun sebab Ufairah yang cuai sangat. Cet. Salahkan kawan pula. Hehe, sebenarnya banyak kali rosak sebab aku juga. Aku memang suka tumpang basikal Ufairah sebab selalu malas nak bawa basikal sendiri. Basikal ni pula, tak boleh tahan berat badan kita dua yang macam gajah. Tu yang tayar selalu pancit. Hehe. Tapi aku sayang sangat kat Ufairah sebab walau berapa banyak kali tayar pancit, dia tak pernah salahkan aku atau serik nak tumpangkan aku. Kawan macam ni memang best.
"Sekurang-kurangnya tak buruk macam muka kau. Muka tembok!" balas Ufairah dengan nada geram. "Macam tayar pancit basikal aku pun ada!"
"Kurang ajar kau eh! Berani kau cakap aku macam tu?!" Zubair menjerit. Ufairah terus menjelirkan lidahnya.
Ni dua kalau jumpa, memang gaduh punya ... sampai Subuh pun tak habis!
Aku terus menarik tangan Ufairah. "Rah, balik jom. Tak perlu lah nak layan mamat ni."
"Kau jangan kacau aku boleh tak? Hal aku dengan dia belum settle lagi, kau dah nak blah!"
Pegangan aku dengan tangan Ufairah terus terlepas. Dia kembali bertikam lidah dengan Fadli.
Aku buntu. Nak buat apa sekarang? Pergi minta tolong? Tinggalkan Ufairah dengan lelaki ini?
Ish, menyusahkan betul!
~*~*~
"Zubair, apa yang kau buat ni?"
Eh, ni siapa pula? Aku toleh ke belakang. Oh, Ameer rupanya.
Eh?! AMEER?!!
Cepat-cepat aku kemaskan lipatan tudung aku yang dah semakin tak senonoh. Ish, malunya! Haish, Ameer, masa macam ni lah yang awak nak muncul!
"Kenapa ni gaduh-gaduh? Zubair, kau tak kacau orang tak boleh ke? Dah sudah lah tu. Kau kalau tak nak berhenti juga, aku bilang bapa kau." ugutnya.
"Kau ingat aku takut sangat ke? Macam kau berani nak bilang bapa aku."
"Kau kena ingat Zubair, kau sepupu aku. Bapa kau tu pakcik aku. Buat apa aku takut?" tanya Ameer. "Dan lagi satu; kau kena ingat kenapa bapa kau hantar kau ke sini. Aku kena tengok-tengokkan kau. Jadi sekiranya kau buat hal lagi, aku takkan teragak-agak nak beritahu bapa kau."
Zubair terdiam seketika. Kacau daun betul mamat ni! Lebih baik aku pergi sekarang. Takpa, hari ini hari kau, Ufairah. Zubair terus menunggang basikalnya lalu pergi jauh dari situ.
"Erm, saya meminta maaf bagi pihak sepupu saya. Saya tahu dia tu, memang biadap. Tu sebab ayah dia hantar dia ke rumah keluarga saya. Dia memang harap sangat yang ayah saya boleh bantu pulihkan akhlaq anak dia. Kalau dia ada kacau lagi, tolong beritahu, iye?" ujar Ameer. "Saya minta diri dulu. Assalamualaikum!"
Ameer menunggang basikalnya lalu pergi. Aku hanya mampu mengikuti segala pergerakannya dengan lirikan mataku sahaja.
"Kau okey tak? Lain macam aje cara kau tengok dia," soal Ufairah. Eh, lain ke? "Kau suka dia kan?"
"Ada orang yang nak kena tinggal jugak ni." Aku berkata, lantas terus mencapai basikalku dan mengayuh sekuat hati. Eee, merah merona pipi aku ni!
"Adawiyah! Tunggu aku!" Padan muka. Usik aku asal?
YOU ARE READING
Antara Aku Dan Mereka
Teen FictionDengan hati yang berat, Adawiyah telah memutuskan untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, setelah mendapat tahu bahawa orang yang dia cintai setelah sekian lama - Muhammad Ameer - telah menjadi tunangan orang. Lebih menyedihkan baginya...