~ Before Reading ~
Notes : Cerita ni tiada unsur-unsur T.A.P.O.P.S. , alien , power sfera , Superhero , jam kuasa dan seumpamanya . Just normal , okay ? 😂👌🏻
Dan lagi satu , anggaplah cerita dalam buku ni tiada P.K.P. dan Corona Virus . 😂
SIMBOL :
- Kalau tulisan macam ini , maksudnya dialog .
- Kalau tulisan macam ini , maksudnya monolog .
WARNING ! :
- OOC (Out Of Character) .
~ Start Reading ~
~ 5 Hari Dahulu ~
Sebuah kereta mahal berwarna merah jambu , bernombor plat : "YAY 333" dan berjenama Lamborgini Aventador milik seorang wanita itu sedang memecut laju di jalan raya dan sedang menuju ke simpang tiga Jalan Rintis untuk pergi ke destinasi yang dikehendakinya , iaitu rumahnya . (Saya reka jer nama jalan tu 😂)
Wanita tersebut memandu keretanya sambil menangis teresak-esak dan tersendu-sendu .
Tolong maafkan aku ..... Aku tahu aku ada banyak dosa dengan kau ! Ya Allah , tolonglah bagi aku satu jer peluang untuk aku perbaiki diriku ..... Aku tak nak jadi isteri yang derhaka lagi ..... Aku nak tebus balik dosa aku !
Ketika wanita itu sedang memasuki simpang tiga Jalan Rintis , tiba-tiba , sebuah kereta berjenama Perodua Myvi dan berwarna ungu datang dari arah yang bertentangan dengan pecutan halaju yang sangat tinggi .
(Jangan tanya kenapa kereta tu takde pemandu dan nombor plat 😂)
Bunyi tayar kereta yang bergeser di jalan tar akibat berhenti secara tiba-tiba kerana pedal brek ditekan kedengaran sangat nyaring .
SSSSSKKKKKRRRRREEEEETTTTT !!!!!
Pemilik kereta Perodua Myvi itu sempat mengelak dan berhenti di tepi jalan . Tetapi , wanita yang memandu kereta Lamborgini Aventador itu tidak sempat membrek dan akhirnya dia terlanggar penghadang jalan lalu menghasilkan bunyi dentuman yang sangat kuat .
DDDDEEEETTTTUUUUMMMM !!!!!
Kereta Lamborgini Aventador tersebut melayang dan tertunggang balik sebanyak tiga kali .
(Anggaplah itu kereta Lamborgini Aventador dan tiada orang di situ 😂)
Walaupun kereta wanita itu dalam keadaan yang tunggang langgang , dia masih tetap berusaha untuk keluar daripada keretanya . Namun , darah merah yang mengalir dari kepalanya telah melemahkan dirinya . Airbag kereta yang terkeluar selepas keretanya terlanggar penghadang jalan itu tadi pun tidak berjaya untuk melindunginya terutama sekali di bahagian kepalanya . Malah , airbag tersebut mengganggu usahanya yang ingin keluar daripada kereta itu kerana ia memakan ruang yang agak besar . Setelah menggunakan segala tenaga dan kudrat yang tersisa , wanita tersebut berjaya membuka tali keledarnya dan merangkak keluar perlahan-lahan melalui tingkap pintu kereta yang sudah pecah dengan penuh berhati-hati agar tangan dan kakinya tidak terkena mana-mana serpihan kaca yang tajam itu . Setelah berjaya keluar , wanita tersebut terus rebah di atas jalan tar dan terbaring di sebelah keretanya . Dia cuba untuk bangun dan menjerit meminta tolong agar bantuan segera tiba untuk menolongnya tetapi dia sudah tidak berdaya lagi . Dia merasakan seolah-olah masanya untuk 'kembali' kepada Allah S.W.T. sudah tiba , maka dia melafazkan dua kalimah syahadah .....
"La ila haillallah ..... Muhammadul rasullullah ....."
Ya Allah , kau ampunilah segala dosa-dosaku yang kecil dan besar .....
Air mata jernih mula mengalir bercucuran ke pipinya yang berlumuran dengan darah itu .
Penglihatannya semakin lama , semakin kabur . Kelopak matanya juga sudah mulai terasa berat untuk dibuka luas lagi . Sebelum dia menutupkan matanya , dia melihat susuk tubuh seorang wanita yang hampir sebaya dengannya sedang menghampirinya . Dia tidak dapat mengecam wajah wanita itu kerana air matanya sudah mengaburi matanya . Dia juga tidak pasti sama ada wanita tersebut betul-betul ada ataupun itu hanyalah imaginasinya sahaja . Suara wanita tersebut sayup-sayup kedengaran di telinganya .
"Ya ..... All ..... Say ..... Min ..... Maa ....."
Wanita itu sedang mengatakan sesuatu tetapi dia tidak boleh mendengarinya dengan baik kerana gegendang telinganya asyik berdengung sejak tadi selepas dia mengalami hentakan yang kuat di kepalanya .
Susuk tubuh wanita itu mula menjauhinya .....
Dan akhirnya .....
Kelopak matanya pun tertutup .....
..... ~ BERSAMBUNG ~ .....
594 WORDS !
T.Y.S.M. 4 reading ~ ! :-)
Please vote , comment and share ~ ! (•‿•)
Bye ~ ! (●♡∀♡)
Jumpa lagi ~ ! ⊂((・▽・))⊃
YOU ARE READING
AMNESIA
FanfikceYaya sama sekali tidak pernah membayangkan bahawa hidupnya akan berubah dalam sekelip mata sahaja . Namun , itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari . Kemunculan Boboiboy yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan...