Ada satu soalan dari pembaca di ruangan komen yang bertanyakan, "apa contoh benda yang dihancurkan selain hati?"
Jawapan saya, contoh fizikal macam bangunan, hutan. Kalau dari segi maksud tersiratnya kadang kadang kita kena buang dendam, tabiat lama, harapan, semua perkara yang tak realistik tetapi kita masih berpegang.
Ada kalanya kita kena belajar bila untuk berhenti juga dari meneruskan.
Tapi quotes ni sebenarnya ada lagi maksud yang tersirat yang lain, iaitu perbuatan membina itu sendiri.
Bila sesuatu itu hancur, jangan pernah kita give up dan terus membina sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.
Sesuatu yang kita bina itu kadangkala bukanlah tujuan akhir kita, tetapi proses membina itu sendiri sebenarnya yang bermakna.
Sama seperti hidup, kita akan menghadapi pelbagai kegagalan (kehancuran), patah hati dan putus asa. Tetapi dari semua itu kita akan terus bergerak ke hadapan, membina usaha yang baru untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.
Sekian. Harap manfaat kepada semua.
Untuk Naauraa & semua yang memerlukan. :)
YOU ARE READING
Quotes
PoetryQuotes compilation. Kompilasi pertama, 2020. Nota penulis : kalau sempat, daily update. Btw, komen le sikit. Bosan tau