So here I am. Brunei.. Semoga tempat nie jadi tempat terakhir aku pindah dan tak payah lagi pindah-pindah ke tempat lain.
"Bu, kita tengah tunggu orang ke? Kenapa tak naik teksi saja?" Tanyaku ke ibu.
"Ally ingat tak anak Uncle Hisyam, kawan ayah tu. Dia yang akan ambil kita nanti" oh. Rupanya..
Boring lah. Mana ni. dah satu jam aku tunggu, tak juga sampai-sampai anak uncle Hisyam ni
"Sorry dik, saya tak sengaja" ala.. Leceh betul lah mamat ni. Tumpah minuman dia kat aku.
"Its okay." Aku jawab sambil mencari tisu di begku untuk melap bajuku yang tertumpah minumanku kerana di terlanggar aku. Nasib baik kau hensem, kalau tak.. Hmmm.. Tapi cute jugak lelaki tu. Comel sangat-sangat.
"Ni anak ayah ni kenapa tengok-tengok muka Saiful ni. Hensem sangat ke?" Ayah menegurku.. Eh.. Buat malu je lah..
Wait.. saiful.. Budak hensem tu Saiful??? saiful tu kan anak Al Marhum Uncle Hisyam.
Aku tengok lelaki yang meliaht aku disebelah ku.. Lelaki ni lah yang langgar ku tadi. Takkan ni Saiful. No way.. Saiful yang aku kenal tak sopan macam ni.. Dan Saiful yang aku kenal tu.. 8 lebih tua dari aku. Takkan lah budak comel macam nie umur 25.. No way.
Aku tunduk muka aku lihat lantai sambil terkenangkan masa lalu.. Waktu first time aku datang Brunei bagi majlis Tahlil kawan ayah.
FLASHBACK-
"Eh.. Perempuan.. Kau tak yah lah nak nangis-nangis di sini. Muka dah lah buruk. Yang meninggal tu ayah aku, yang kau over sangat nie kenapa?" Saiful meliahtku dengan pandangannya yang tajam.
Aku menangis sebab Uncle Hisyam ni dah macam ayah aku juga. Since ayah takde adik beradik, so uncle ni dah macam adik ayah sendiri, merangkap uncle angkat aku, lah kot..
"Awak sibuk kenapa.. Suka hati aku lah nak meraung ke, menangis je.. Aku punya pasal" bentak ku ke Saiful.
Aku masih ingat waktu tu aku 10 tahun dan dia 17 tahun.. Kerana aku bercakap seperti orang tua, dan dikirakan cukup kurang ajar kerana Saiful sepatutnya aku panggil abang, ayah menghukumku dengan menyuruhku pulang ke England tanpa ibu ayahku.
Atuk ketika itu ada mesyuarat di Beijing jadi hanya aku dan mujur ada Mak Cik Timah, pembantu rumahku mendampingi ku selama ibu dan ayahku seminggu di Brunei menguruskan majlis tahlil Uncle Hisyam.
Sejak dari hari itu, aku, budak yang suka membantah, free-spirit, happy go lucky sudah bertukar menjadi budak pendiam, tidak banyak bercakap dan suka meluangkan masa membaca buku atau novel..
Ayah berkata mungkin disebabkan faktor usia.. Yalah.. Aku kan perempuan.. Wajarlah kalau aku bersifat lebih keperempuanan(?).. Tetapi mereka silap.. Alu berubah, bukan kerana puberty atau apa.. Aku berubah kerana aku benci dengan apa yang ayah dan ibuku buat padaku.. Hanya kerana aku bersikap kurang ajar kepada Saiful yang kurang ajar kepada ku, mereka meninggalkan ku bersendirian di rumah besar kami di England.
Dari hari itu, aku memutuskan supaya kurangkan bercakap supaya aku tidak lagi dihukum.
Kesudahannya, aku kini seorang yang terlalu pendiam.. dan aku lebih suka memendamkan rasa..
NOW-
Aku angkut begku dan membawanya ke kereta Saiful. Ayah dan ibu memberitahu ku bahawa kami akan tinggal dirumah bersebelahan dengan rumahnya.
Argh... Malas lah aku nak fikirkan.. Lebih baik aku sambung tidur...
*****
So hope kornag suka.. Sorry for the awkward malay.. And yes I'm a Bruneian so I'm not used to speaking standard Malay.. Macam apa usulku ah..
YOU ARE READING
I Don't Hate You
RomanceNamaku Aliya. Orang selalu panggil aku Ally. Aku budak baru di Sekolah Menengah Sarjana Tinggi. Nama sekolahku memang pelik tapi ini lah sekolah baruku. Walaupun pada awalnya aku tidak bersetuju dengan rancangan ayahku untuk pindah ke sini kerana ak...