Chapter 3❤

12 2 6
                                    

Harini Areum dan Seungkwan bercadang untuk ke kedai buku.Memandangkan Areum seorang bakal lawyer,jadi dia ingin membeli buku tentang undang-undang.Dia perlu study lebih lagi untuk menjadi seorang lawyer yang bagus dan bertanggungjawab seperti omma dan oppanya,Mingyu.

Areum menunggu Seungkwan di tempat biasa,bus stop.Selepas 5 minit,kereta Seungkwan berhenti di hadapannya.Areum masuk ke perut kereta dan ia terus meluncur laju ke destinasi mereka,Time Square Mall.

Sepanjang perjalanan,mereka berbual rancak bagai sudah bertahun tak berjumpa,padahal baru 3 hari lepas mereka berjumpa dan melepak bersama Danny.

Skip🖤

[Time Square Mall]

Seungkwan mengajak Areum untuk makan tengah hari dulu sebelum pergi ke kedai buku.

"Jom pergi makan dulu?Aku dah kebulur tahap tak makan seminggu dah ni."Kata Seungkwan sambil memegang perutnya.

"Kalau kau belanja,aku on je."Kata Areum selamba.Kemudian, dia memandang Seungkwan dengan muka cutenya itu.

"Haih kau ni.Sabar jelah ada member kaki pau macam ni.Yelah,aku belanja."Kata Seungkwan sambil menjeling Areum dan membuat muka 'annoying'.

"Yes!Sebab ni aku sayang kau,Boo Seungkwan."Kata Areum sambil mencubit pipi puffy Seungkwan itu.

"Yah,sakitlah,gila!"Kata Seungkwan sambil melihat Areum yang sudah melarikan diri itu.Terkedek-kedek dia mengejar sahabatnya itu.Macam budak-budak mereka berdua ini,orang disekeliling yang sedang memerhati tidak dihiraukan sama sekali.Dua sahabat ini terlalu mudah hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Selesai makan tengah hari,mereka berdua terus menuju ke kedai buku berdekatan dengan food court di mall itu.

[Aladin Bookstore]

Seungkwan dan Areum berpisah di dalam kedai buku tersebut untuk mencari kemahuan masing-masing.Areum ke bahagian buku undang-undang,manakala Seungkwan ke bahagian buku kesihatan kanak-kanak.

Selepas Areum selesai memilih buku yang sesuai untuknya,dia pergi ke rak buku tulis.Pandangannya terarah kepada satu diari tebal berwarna pink pastel.Tatkala itu,dia teringat kepada Minghao,bakal suaminya itu.Dia membelek sebentar buku itu dan membuat keputusan untuk membelinya.Entah mengapa dia tertarik pula untuk menulis tentang kisah hidupnya bersama Minghao apabila mereka sudah berkahwin nanti.

Selepas itu,dia terus pergi mencari Seungkwan.Terasa lama pula si anak Boo itu memilih buku.

"Kau ni lambat betul.Pilih buku ke pilih bini?"Tanya Areum yang sudah berdiri dihadapan Seungkwan yang sedang memilih buku itu.

"Kau sabar boleh tak?Aku tak jumpa lagi buku yang aku minat ni."Kata Seungkwan.Matanya tidak lepas dari melihat satu persatu buku yang berada disitu.

"Aku pergi bayar dulu la,lepastu aku tunggu kau kat luar."Areum yang sudah penat menunggu itu berkata sambil mengeluh.

Seusai Areum membayar buku-buku yang dibeli tadi,dia terus keluar dan berdiri di sebelah kedai buku tersebut untuk menunggu Seungkwan.Dia mengeluarkan IPhone 7 miliknya untuk membuka social media.Tak lama selepas itu,Seungkwan keluar dengan membawa plastik yang berisi buku.

"Ha keluar pun kau,ingat nak tinggal sini."Areum saja memerli Seungkwan.

"Diamlah.Jom balik."Seungkwan mengajak Areum balik.

"Relax la,Seungkwan.Jom la lepak-lepak dulu kat sini,bukan selalu kita datang mall."Sekali lagi Areum membuat muka comel.

Seungkwan akur saja dengan permintaan Areum itu.Nanti kalau tidak dituruti,merajuk sampai 5 hari tak mahu bercakap dengan dia.Jenuh dia nanti nak memujuk si Kim Areum.Seungkwan sudah 'masak' dengan perangai si Areum ini.

Our Faith{SU}Where stories live. Discover now