Chapter 4❤

17 3 19
                                    

Esok adalah hari perkahwinan Minghao dan Areum.Jadi,harini Areum perlu mengemas segala keperluannya untuk dibawa ke rumah bakal suaminya itu nanti.Sambil Areum tengah mengemas luggage dusty pinknya itu,handphonenya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk.Nombor yang mendailnya itu sama sekali tak dikenali.Namun,diangkat saja mana tahu ada perkara urgent.

"Hello?"Kata Areum selepas melekapkan handphonenya itu di telinga.Tangannya masih sibuk melipat baju.

"Hai,sweetheart."Kata orang di dalam talian itu.Siapa lagi kalau bukan Minghao.Lagipun minghao saja yang memanggilnya 'sweetheart'.

"Hao?Mana awak dapat number saya ni?"Tanya Areum pelik.Tangannya berhenti melipat baju dan dia keluar ke balkoni di biliknya untuk bercakap dengan Minghao.

"Secret."Jawab Minghao sepatah.Saja ingin Areum tertanya-tanya.Sebenarnya dia mendapatkan nombor Areum ini daripada Jun.Jun meminta nombor telefon Areum kepada Seungkwan ketika di mall tempoh hari.

Areum hanya mengangguk.

"Aku ambil kau petang ni ye,Ara.Pack all your things."Kata Minghao.'Alahai lembutnya suara dia' getus hati Areum,cair dengan kelembutan Minghao itu.

"Okay,Hao."Itu saja yang keluar dari mulut Areum,mungkin dia masih segan dengan Minghao.Maklumlah,dia belum kenal sepenuhnya lagi dengan Minghao.

"Good girl.I gotta go,bye sweetheart.See ya!"Kata Minghao.Laju saja meletak panggilan.Sibuk agaknya.

Areum mengalihkan handphone dari telinganya dan merenung nombor telefon Minghao tersebut,kemudian dia tersenyum.

Dia pasti yang dia benar-benar cintakan Minghao.Tapi,dia tahu Minghao tak cintakan dia.Dia mengharapkan Minghao akan mencintainya satu hari nanti.

Skip🖤

Minghao datang untuk menjemput Areum.Sebelum melangkah keluar dari rumah ini,Areum ingin juga memeluk appanya.Tapi,dia mampu simpan saja niat itu di hati,sebab Tuan Kim tidak mahu ada apa-apa body contact dengan anak perempuannya itu.Jijik mungkin.Sedih hati Areum akan sikap appa kesayangannya itu.

"Appa,Areum pergi dulu ya.Appa jaga diri baik-baik.Jangan lupa datang ke majlis perkahwinan kami esok."Kata Areum kepada Tuan Kim.Sebak juga dia ingin meninggalkan appanya dan rumah yang penuh dengan kenangan pahit dan manis mereka sekeluarga ini.Dia hanya mampu menahan air mata.

"Pergi jelah,tak payah nak bagitahu aku."Cukup selamba Tuan Kim melepaskan ayat tersebut dari mulutnya tanpa memikirkan hati dan perasaan Areum.

Pedih rasanya hati gadis tersebut apabila mendengar ayat sebegitu yang keluar dari mulut appanya.Areum tak berkata apa-apa dan cuma tersenyum palsu.

"Kami pergi dulu,kau kena datang esok."Minghao berkata kepada Tuan Kim.Sebelah tangannya,memegang tangan Areum,dan sebelah lagi mengheret luggage gadis itu untuk keluar dari rumah tersebut.

Areum hanya membiarkan tangannya ditarik,dan dia sempat menoleh ke belakang untuk melihat appanya.Tuan Kim hanya menonton televisyen tanpa melihat anak dan bakal menantunya itu.Sampai begitu begitu tahap tidak kisahnya terhadap Areum.

Skip🖤

Areum POV

"Saya tinggal kat hotel ni malam ni?"Tanyaku kepada Minghao sambil mataku melihat bangunan hotel 5 bintang itu.

"Kita tinggal sini malam ni."Saja Hao menekankan perkataan 'kita'.Dia tersenyum sinis apabila melihatku menelan kasar air liur dan mukaku yang sudah merah padam itu.Malu, takut,berdebar.Bercampur baur perasaanku sekarang.

"Aku bukan terdesak sampai macam tu okay?Siku kang ha.Aku bilik lain,kau bilik lain la.Kita stay sini sampai pagi esok,sebelum kita kahwin."Kata Hao sambil ketawa.'Comelnya giggle dia ni.Nak kena gigit ke?Future hubby siapa lah ni,haih.'Aku berfangirling di dalam hati.

Our Faith{SU}Where stories live. Discover now