Areum POV
Aku membuka mataku perlahan-lahan dan aku terpandang Hao sedang memandu kereta.Dingin saja mukanya.Pandang aku pun tidak,mungkin dia tak perasan aku dah terjaga.
"Hao?Saya pengsan ke tadi?"Tanyaku takut-takut.
"Yes."Balas Hao,matanya masih fokus memandang jalan raya.Satu patah perkataan itu saja yang mampu dia katakan padaku.Aku hairan,kenapa dia dingin sangat ni?Pagi tadi okay saja mood dia.
Aku hanya mengangguk.Malas mahu bertanya lagi,nanti makin teruk pula dingin dia dengan aku.
(1 jam kemudian)
Kereta Hao diparkirkan di garaj rumah banglo mewah miliknya.Aku terpegun melihat rumahnya yang sebesar alam itu.Untunglah,muda-muda lagi dah kaya raya.
"Sampai bila kau nak pandang rumah aku macam tu?Taknak turun ke?Nak tidur dalam kereta ni?"Soal Hao bertalu-talu.Amboi dia ni,dingin benar menanya.
Aku memandangnya sekilas kemudia cepat-cepat membuka pintu kereta dan keluar dari situ.Tak sanggup nak tengok muka dia yang macam nak telan aku hidup-hidup itu.Aku pandang sekeliling kawasan halaman rumahnya.Cantik dan tenang.
"Jom masuk."Kata Hao yang sudah berada di depan pintu rumahnya.Aku masih lagi berdiri macam 'Statue Of Liberty' dekat tepi kereta ni.Nampak sangat dari tadi aku mengelamun.
Aku berlari anak ke arah Hao.Dia hanya memandang kosong wajahku.Terasa juga,aku tahu dia tak cintakan aku dan mood dia pun tak okay sekarang ni.Tapi,cuba senyum bila pandang muka aku ni.
Selepas pintu rumahnya dibuka,dia masuk ke dalam diikuti dengan aku dari belakang.
Sampai saja di ruang tamu.Hao terus melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil mengeluh dan menggeliatkan tubuhnya.Penat agaknya.Aku duduk di sebelahnya.Tapi tidak terlalu rapat dengannya.Aku masih segan dengan dia walaupun kami sudah bergelar suami isteri yang sah sekarang.
"Ara,ni rumah kau sekarang.Hope you like it."Kata Hao sambil memandang wajahku.
"Saya suka rumah ni.Cantik."Kataku sambil tersenyum manis kepada Hao.
Hao hanya mengangguk dan menunjukkan segaris senyuman.
"Awak memang tinggal sorang dekat rumah besar ni?"Tanyaku inginkan kepastian.
"Yup.Dulu aku tinggal dengan mama dan papa kat rumah ni.Tapi lepas diorang meninggal,aku sorang je la tinggal sini."Jelas Hao.Aku hanya mampu mengangguk.
"Jom,aku tunjuk bilik kau."Hao berdiri dan terus berjalan menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas rumah ini.
Aku terkedu dan tertanya-tanya.'Bilik kau'?Maknanya kami tak tinggal sebilik?Aku redha.Apa boleh aku buat,dah dia taknak sebilik dengan aku,takkan aku nak paksa.Lagipun ni rumah dia.
"Kau nak aku jerit nama kau dengan mic ke,Kim Areum?Dah 5 kali aku panggil kau ni,sini cepat!"Agak tinggi nada suaranya kali ini.Salah aku juga,termenung dari tadi.Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni.
"Nae!"Terburu-buru aku bangun dan berjalan sambil mengheret luggage yang terisi pakaian dan barang-barangku itu.
Hao hanya menggeleng dan meneruskan langkah untuk ke bilik aku.Aku hanya tersengih kekok.
Hao membuka pintu bilikku dan masuk ke dalam.Aku juga berjalan masuk ke dalam bilik itu.Aku memandang setiap sudut bilik itu dengan satu senyuman terukir di bibir.I like it so much.
"Kau suka?"Hao bertanya.
"Suka sangat."Kataku sambil tersenyum riang.
"Good.Sekarang kau pergi siap,kejap lagi kita keluar makan."Arah Hao.Dia berjalan keluar dari bilikku.
YOU ARE READING
Our Faith{SU}
Fanfiction"Kau bukan ditakdirkan untuk aku,Kim Areum."-Minghao "Saya rindu awak,Hao.Kenapa takdir pisahkan kita macam ni?"-Areum Read me,please!🙌 Jangan lupa follow akaun wattpad sis❤