Kepala yang masih berdenyut-denyut dari tadi aku picit perlahan. Kenapa sejak dua menjak ni aku selalu sakit kepala?
Laci aku meja di hujung katil aku tarik mencari ubat sakit kepala. Mana pula ubatnya ni!
Disebabkan stres mencari ubat tak jumpa-jumpa, aku kuatkan diri untuk pergi ke dapur mencari ubat.
"Dhia cari apa?" Aku urut dada akibat terkejut melihat ibuku berada di belakangku.
"Cari ubat sakit kepala, Mummy."
Tangan aku masih lincah mencari ubat dalam sebuah balang besar. Jangan tanya aku ini ubat siapa sebab aku pun tidak tahu datang dari mana semua ubat-ubat ni.
Setelah jumpa ubat sakit kepala, aku terus menelan sebiji daripadanya lalu pergi ke bilik. Maaf kalau ada yang kata aku ni biadap dengan Mummy ke apa.
Kepala aku memang betul-betul sakit seperti hendak pecah. Seharian aku tidak bermain sosial media.
Apalah yang berlaku dengan instagram aku. Mesti followers aku rindukan aku !
Ting!
Sudahlah telefon aku berada di sofa sana. Jarak dia bagai Kedah dan Johor !
Ting!
Okay biar saja dia tunggu kau balas esok.Ting!
Aku tak kesah !Ting!
Ting!
Ting!Ini memang kurang ajar. Manusia mana yang berani menganggu ketenteraman aku malam-malam ni. Dasar dengki betul.
Dengan malasnya aku bangun dari baringan lalu menuju ke sofa bagi mendapatkan telefon. Sakit kepala aku semakin okay setelah mengambil ubat.
Ting!
Ish tak sabar-sabar betul manusia ni ! Kasi lah aku duduk dulu kalau ye pun. Aku baring seketika di sofa kerana kepenatan menghabiskan tenaga semata-mata untuk membalas mesej manusia itu.
Thiara 🐨💜
Dhia weyh |
Woi |
Woi on lah mangkuk |
Dhiadorassssss !!! |
Dhia |
Dora the explore |Kurang ajar punya member! Nasib sayang je minah ni.
| Woi salam mana salam?Ops lupa Assalamualaikum |
| Waalaikumusalam. Ha dah kenapa takkan dah rindu aku baru sehari tak jumpa kot >_<
Tengkorak engkau aku rindu uweks |
Esok ikut aku takde bantahan |Baru sahaja ingin balas mesej, Thiara tidak lagi online. Ceh tadi kalut sangat spam aku padahal suruh ajak keluar je.
Telefon aku biarkan di atas sofa yang penting aku nak tidur awal supaya kulit aku kekal cantik ahaks.
Fakta: Aku memang semula jadi cantik ahaks !
--
Seperti yang tidak dijanjikan, aku dipaksa keluar dengan Thiara. Pada awalnya memang aku malas nak ikut, tapi minah ni lebih awal bertindak dari aku.
YOU ARE READING
Dhiadora [SU]
Romance"Kau dah gila ke? Aku masih suci !" -Dhiadora "Astaghfirullahhalazim ! Aku tunjal kepala engkau kang fikir lain pula. Kau nak hidup lama ke tak ni?" -Arash Mikael Aku tak tahu nak buat description macam mana jadi have fun !