03. Euw

8 3 0
                                    

"Pergi ke kedai beli ikan yu, hye apa khabar you?" Buat kali keberapa entah aku mengulingkan mata ke atas.

"Kau nak apa? Bukan ke aku kata jangan rapat dengan Tengku?!" Terpaksa aku kepitkan sedikit suara supaya yang lain tak dengar.

Tengku Shiela yang merangkap ibu aku memaksa aku dengan menjegilkan matanya supaya aku bersihkan segala pinggan mangkuk.

Entah kenapa mamat ni boleh sesat dekat dapur sedangkan yang lain di ruang tamu.

"Bapak kau yang call aku suruh datang sini. Kau ingat aku hamak sangat ke nak hadap muka kau? Sudahlah tak lawa!"

Ei sakit pula hati aku! Ya Allah jika jenayah itu tidak berdosa pasti dialah orang pertama yang aku nak bunuh dahulu!

Sepi kembali apabila masing-masing mendiamkan diri. Yang bunyi hanyalah pinggang mangkuk serta cawan yang berlaga antara satu sama lain.

"Dah bisu ke? Bukan selalunya kepoh?" Sabar Dhiadora sabar. Dia saja nak sakitkan hati kau.

"Hmm kalau dah bisu baguslah. Tak adalah aku kena bebel lagi." Ei dia ni! Diam Dhia diam! Aku takkan menyerah kalah dengan Arash Mikael!

"Kau dah lama singlekan?" Tak ada soalan lain ke nak ditanya? Perlukah soalan ini juga?

Apabila tiada sebarang respon dariku Arash Mikael membuka mulut.

"Oi aku cakap dengan manusia bukannya tunggul!" Keluhan dilepaskan. Aku dah malas nak bertekar dengan mamat ni buat habis air liur saja.

Aku berura-ura untuk pergi bilik lantas dia memanggil nama aku dengan panggilan Dora -_-*

"Kau nak apa lagi sia?" Aku menjeling tajam kearah Arash Mikael. Kalau dengan mamat ni memang aku tak boleh berlembut sebab aku pun tak pasti kenapa.

"Amboi cantik bahasa Dhia?" Mummy mencekak pinggang memandang aku dan Arash Mikael silih berganti.

"Ni buat aku berdua-duaan dekat dapur? Tahu tak ada orang ketiga diantara kamu berdua?" Mummy menggeleng saat aku dan Arash Mikael mendiamkan diri.

"Sudah pergi naik solat." Aku terus pergi tanpa sebarang bantahan. Sempat lagi aku jeling dia dan dia menjelirkan lidah. Ei sepak juga mamat ni kang.

"Ouh sekarang ni kau geram dekat Arashlah?" Thiara ketawakan aku setelah selesai mendengar luahan hati yang dipendam. Ei bukan cinta okay ini geram.

"Kau boleh tak jangan tambahkan sakit hati aku?" Thiara sambung ketawa sehingga pin di tudungnya terkeluar. Gelabah dibuatnya mencari pin tudung tak jumpa-jumpa.

"Alah benda hal lah tu. Kau ni suka ambil serius." Pin tudung di dalam almari kecil milik aku dibuka olehnya. Sah nak mencuri ni.

Kenapa dengan Thiara ni? Aku tahulah kau dah jatuh hati dengan Taqriz tu tapi janganlah sampai kawan Taqriz pun kau nak bela juga. Habis aku ni? Dipinggirkan begitu saja :)

"Kau tahu tak dia tu annoying nak mampos! Ei meluat pula tengok muka dia lama-lama!" Thiara melepaskan tawa setelah selesai memasang pin pada tudungnya.

"Tengku Dhiadora kalau kau nak tahu kalau meluat makin lama makin sayang tahu?" Erk istilah zaman kuno apa kau guna ni? Sayang? Ew geli anak tekak aku dengar perkataan itu.

"Kau tak tahu jalan balik rumah ke yang duduk sini saja." Niat memang nak menghalau sebab nanti ada sahaja ayat yang menyakitkan hati.

"Eh lupa nak bagitahu yang aku tidur sini sebab ibu dan ayah aku balik kampung ada apa entah malas ambil tahu." Aku tayang muka poker face.

Sampai malas ambil port langsung pasal family kalau pasal encik crush laju saja nak tahu. Thiara tak pernah berubah.

——

Jam loceng di meja bersebelahan katil berbunyi. Sudahlah aku mimpikan encik jodoh tadi baru sahaja si dia nak sebut namanya habis segalanya.

Tangan kiri menutup jam loceng sambil itu tangan kanan bergerak kejutkan Thiara yang tidur mati. Semalaman aku tak tidur sebab Thiara tidur agak berdengkur.

"Woi Thiara bangunlah! Sahur sahur!" Paha Thiara aku tampar kuat memandangkan dia tidak bergerak. Ei minah ni aku sebat kang.

"Eiii takyah kacau aku la Dhia! Aku ngantuk ni!" Ditendang-tendang tangan aku supaya jauhkan diri darinya.

Main kasar nampak kau ni. Jaga kau.

"KALAU KAU TAK BANGUN AKU BAGITAHU TAQRIZ YANG KAU TIDUR BERDENGKUR!" Ini Dhialah! Heh kau main lagi dengan aku.

"Woi nama Taqriz takyah main. Ei kau ni asyik kacau hidup aku je." Bibir dimuncungkan lalu masuk ke bilik air.

Macam aku tak tahu yang Thiara on crush dekat Taqriz tapi itulah kesian tepuk sebelah tangan. Aku geleng kepala perlahan melihat kerenah Thiara yang manja itu.

Aku harap suami Thiara dapat jaga dia dengan baik. Tiber rasa sedih melanda.

Kalau betullah takdir Thiara kahwin dulu dari aku, macam mana aku nak jalani harian aku tanpa Thiara?

Walaupun kami tinggal berasingan, kami masih lagi boleh bervideo call bagai. Ya aku tahu yang dia boleh call aku nanti tapi cuma korang fikir.

Suami si Thiara tu akan okay ke kalau Thaira setiap hari call? Korang rasa suami Thiara akan suka ke?

"Woi termenung." Sengih Thiara perlahan.

"Ha baguslah dua anak dara ni. Nak dekat azan baru turun." Mummy membebel sambil menyeduk nasi ke pinggan.

Inilah salah satu sebab kenapa korang boleh panggil aku dan Thiara kembar. Perangai kami boleh dikira agak sama. Kecuali perasaan.

Thiara 10 kali ganda lebih gatal dari aku . HAHA

"Kitakan kena lewatkan sahur. Dapat pahala lebih Mummy." Gigi yang sepatutnya aku jadi duta safi ditayang kepada Mummy.

"Menjawab-menjawab. Ada saja nak dijawabkan. Kamu berdua nanti tolong Mummy basuh semua ni lepastu Dhia, kain dalam mesin jangan lupa sidai."

"Awak ni kalau ye pun bagilah diorang kenyang dulu." Tengku Dhenial Shah bersuara.

Auch Daddy jantung anakku berdegupan saat engkau membelaku. Aaaa sebab ni aku sayang Daddy sangat-sangat.

"Awak jangan layankan sangat perangai mereka ni." Thiara disebelah aku diam senyap tidak berbunyi. Hanya ni makanannya. Sah kecut dengan Mummy.

"Ye Mummy ye kami buat."

"Buat, buat nama sahaja anak dara tapi kerja rumah pun Mummy yang suruh." Aduh dia nak mula dah :)

"Eee ni salah kau lani. Kalau kau rajinkan senang kerja aku. Ini tak asyik makan tidur makan tidur !"

Amboi cakap aku dia pun sama saja -_-*


Ost : Surrender by Natalie Taylor

Sorry sebab idea aku lost pasal part puasa tu. Aku tulis ni time sebelum puasa lagi so aku macam excited gituw. Aku tak sangka aku publish lepas raya HAHAHA sorry again 🙏🏻

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dhiadora [SU]Where stories live. Discover now