Otot bahu aku urut perlahan. Ini semua salah Thiara kalau dia tak ajak aku keluar mesti tak sakit. Tapi salah aku juga pergi ikut dia.
Okay salah aku. Puas?
"Kenapa ni Cupcake?"
Aku memandang Daddy meraih simpati supaya Daddy menolong urutkan aku. Sumpah macam dah nak terkeluar dah tangan aku. Lengoh dia tu tak boleh bawa bincang.
"Dhia sakit bahulah Daddy." Saja aku membuat mata anak kucing acah comel.
Tapi aku memang comel pun tambah segak pula siapa nak dm :)
"Mummy!"
Daddy terus beredar dari bilik aku. Ceh Daddy ni disuruh Mummy pula.
Setelah beberapa minit menunggu, Mummy pun datang dengan sebotol minyak.
"Itulah kamu, Mummy suruh duduk rumah nak juga keluar." Mummy urut aku lembut.
"Alaa Mummy ni. Dhia dah lama duduk rumahlah nak juga keluar tengok dunia."
"Menjawab-menjawab. Kalau duduk rumah tolong Mummy sekali sekala tak apalah juga. Ini tidak kerja terbongkang saja dalam bilik."
Ha dah nak start dah. Haih inilah sebab kenapa aku meraih simpati Daddy tadi. Mummy bukan saja tangan yang jalan, percuma sekali pakej mulut.
"Ye Mummy."
"Ni ambil ni. Esok sapu lagi. Jangan pandai-pandai nak lari." Botol minyak kini bertukar tangan.
Mummy bangun dari duduk di atas katil lalu keluar dari bilik. Tiba-tiba sahaja keluhan dilepaskan.
--
"Awak jangan kasar sangat dengan anak kita tu. Kesian saya tengok dia." Tengku Dhenial Shah menegur Tengku Shiela yang merangkap isterinya.
"Saya bukan apa, saya cuma tegas sedikit dengan Dhia tu yelah awak bagi muka sangat dekat dia." Tengku Shiela mengurut bahu suaminya perlahan.
"Saya buat semua tu sebab sayang Dhia."
"Habis awak ingat saya tak sayang anak sayalah?" Tengku Dhenial Shah ketawa.
"Saya tak cakap pun yang awak tak sayang anak kita tu. Sudahlah saya tidur dulu."
"Eh awak ni saya tak habis cakap lagi." Tengku Shiela menutup lampu lalu keluar dari bilik.
Kebiasaannya, sebelum tidur Tengku Shiela akan pastikan anak kesayangannya tidur dengan selamat. Selepas itu, barulah dia akan masuk tidur di biliknya.
--
Tit! Tit! Tit! Tit!
Abaikan je Dhia.
Tit! Tit! Tit! Tit!
Ish aku tauk juga kau kang jam. Aku mendengus perlahan menahan sabar. Aku bukan boleh orang kacau aku tidur ni dan-dan jadi mentel.
"Nasib aku sayang je kau ni kalau tak dah lama kau dalam tong pink aku ni."
"Cupcake bangun! Jom sahur!"
Anak dara jenis apakah ini. Langsung tidak berguna di rumah ini. Bukan tak tolong Mummy langsung aku tolonglah juga.
"Nae!" Terjebak dengan k-drama gais!
YOU ARE READING
Dhiadora [SU]
Romance"Kau dah gila ke? Aku masih suci !" -Dhiadora "Astaghfirullahhalazim ! Aku tunjal kepala engkau kang fikir lain pula. Kau nak hidup lama ke tak ni?" -Arash Mikael Aku tak tahu nak buat description macam mana jadi have fun !