AUTUMN : Apabila jarak menghalangkan kita

14 1 0
                                    

Sep 2019

Aku mula busy dengan gerak kerja kelab dakwah di Uni sebab kelab kami akan mengadakan Projek Mega Dakwah yang merupakan program tahunan terbesar kelab ini, so banyak nak kena prepare..

Aku dah start tak terurus walau pun baru mula sem, kerja-kerja kelab dah bertimbun menggunung untuk disetelkan..

Boleh dikatakan hari-hari kena ada meeting dengan jawatan kuasa kelab dan ahli kelab yang terpilih menjadi Pengarah Program bagi Projek Mega Dakwah.

Alhamdulillah, kesihatan aku pun makin baik berbanding semester lepas, aku sudah kurang kerap demam. Tetapi, masih kena berkejar ke hospital untuk appoinment berkaitan kesihatan aku.

Dalam keadaan aku stress dengan kerja, belajar, aku masih mampu membahagikan masa untuk kerja dan masa persoanl untuk keluarga dan mengenali hati budi Syazwan.

Aku mula membincangkan hal yang serius tentang kami. Aku nak dia juga serius memikirkan perancangan seterusnya supaya hubungan ini terpandu dan terarah dengan baik.

Aku memberikan nombor telefon abang aku kepada Syazwan untuk memudahkan dia contact dan sekaligus mengenali peribadi abang aku merangkap wali aku.

Yerlahh kan, kalau nak dapatkan gadis tu, kena lah kamceng dengan wali si perempuan tu kan. Nak-nak Syazwan dengan abang aku duduk di Kelantan. So, aku expect itu akan memudahkan dia bertemu abang aku untuk next stage.

Tidak kurang itu juga, aku banyak juga menceritakan perihal usrah dan gerak kerja dakwah aku kepada Syazwan untuk memberikan dia sedikit gambaran tentang bagaimana fikrah aku dan siapa diri aku.

Aku juga kadang melaporkan masalah aku dengan Presiden a.k.a Mr.Tiger yang selalu garang dan menyusahkan kehidupan aku. Ada saja perkara yang membuatkan aku benci dengan dia.

Tetapi, ada cerita yang tidak aku cerita kepada Syazwan tentang Presiden aku.

Lately, aku selalu share dengan Atul perihal dua orang lelaki ni.

Aku bercerita dengan Atul, pada suatu pagi tu dekat Mcd,

"Atul, aku ada benda nak story dengan kau berkaitan Pres", kata aku kepada Atul lepas kami dapat tempat duduk.

Aku dengan Atul stay up sepanjang malam itu di perpustakaan untuk menyiapkan assignment kami. Dan pagi itu, kami plan tak nak tidur sampai tengahari. So, kitorang plan untuk breakfast dekat Mcd.

"Haaa.. cerita lahh.. aku dengar ni", kata Atul dengan mulut penuh dengan burger Mcd.

"Hmm aku tak tahu nak mula dari mana.. tapi aku rasa ada sesuatu yang dia sorokkan daripada aku. Kau tahu, bila aku dekat sesuatu tempat yang ada dia sekali, aku perasan dia akan curi-curi tengok aku. Bila aku pandang dia, dia pandang tempat lain. Tapi, ada beberapa kali tu, dia terkantoi tengok aku, aku jeling dia balik... Kau rasa benda ni normal tak weh ?", luah aku pada Atul. Atul orang yang pertama aku ceritakan benda ini, aku tahu aku mungkin dianggap perasan sebab Pres aku tu dah lah fames dan hensem dan bercirikan lelaki diminati wanita malaya..

(uwekkkk) .. nak muntah pula puji dia banyak- banyak ni..

"Ha... serius ke weh ? Aku masa gerak kerja dengan dia masa pimpinan lepas, dia selalu mengelak kalau jumpa aku. Kadang aku rasa, dia ni benci aku ke. Ke kau rasa, dia pandang kau sebab dia ada apa-apa dekat kau ? wahhhhh kelas kau beb ! Presiden tu .. ramai giler kot syok kat dia jugak kalau dia tak pendek la.. haahhahha",

Atul menghabiskan ayat dia dengan gelak.

Fizikall Afiq memang kecil dan agak rendah.

Tetapi, dia sama tinggi dengan aku .

Syahadah Cinta IlahiWhere stories live. Discover now