Suasana di situ sunyi, seolah dirinya seperti di dalam mimpi.
Dengan perlahan, lelaki itu berjalan ke arah tembok rooftop tersebut. Dan melihat ke bawah.
Dia terpaku melihat seseorang yang sangat dia kenal terbaring bersimbah darah di kepala nya.
"Ti.. Tidak" gumamnya. Serta merta air mata nya mengalir. Dan tak lama itu, kepala nya terasa di hentam sesuatu yang keras.
BUK!
"TAEHYUNG!! "
...................
"HAH! "
Taehyung terbangun dari tidur nya dengan nafas yang tercungap. Sesekali dia mengusap kasar wajahnya yang di banjiri dengan peluh nya.
"Mimpi tu. Kenapa selalu muncul? Siapa lelaki tu? " gumamnya. Sesekali dia menghela nafas panjang. Sejak dua menjak ni, Taehyung sering bermimpi yang sama. Bangunan, rooftop, lelaki yang jatuh dari bangunan. Dan lelaki yang berkod hitam dengan topi.
Siapa mereka? Desis hatinya.
Tak lama itu, pintu biliknya di ketuk.
"Taehyung -ah! Bangun! Dah pukul berapa ni. Ketua Kim nak jumpa semua! " panggil seseorang dari luar bilik nya. Membuatkan diri nya tersentak dari lamunan nya.
"Nae! Aku mandi sekejap! " tak nak tunggu lama, Taehyung mencapai tuala di ampaian lalu menuju ke bilik air.
.............
Taehyung turun dari biliknya dengan berpakaian lengkap polis. Terlihat seorang yang dia kenal sedang menikmati sarapan. Lalu dia menapak ke arah nya.
"Selamat pagi, " ucapnya. Lelaki itu berpaling menghadap Taehyung sekilas.
"Hmm, pagi" jawab nya lalu menyambung sarapannya. Taehyung terlihat seperti mencari orang.
"Jimin, yang lain mana? " tanya Taehyung.
"Dah pergi, tunggu kau lama. Selalu bersiap macam perempuan " ujar lelaki bernama Jimin itu dengan santai. Taehyung menjeling Jimin sekilas.
"Kau pun sama. Dah, jom pergi" ajak Taehyung dan menarik tangan Jimin.
"Eh eh, kejap la, aku tak habis sarapan lagi ni" kesal nya.
"Ambil, makan dalam kereta. Kita dah lambat! Khaja! " terus dia menarik tangan Jimin lagi membuatkan lelaki itu hanya pasrah saja.
....
Tak ambil masa yang lama, mereka berdua dah pun sampai di balai. Dan tanpa membuang masa, mereka terus ke ruangan Ketua Kim..
Sesampai sahaja di sana. Terdapat 5 orang lelaki sedang berbincang.
"Maafkan kami, sebab lambat" ucap Taehyung dan Jimin dan menundukkan dirinya. Ketua Kim hanya mengangguk.
"tak apa. Lagipun saya baru mula" ujar Ketua Kim. Dan mereka berdua pun mengambil tempat. Ketua Kim menyambung semula perbincangan tadi.
............
"Dia masih hidup bos" ujar seorang lelaki yang di yakini orang suruhan kepada lelaki yang sedang duduk di kerusi dengan angkuh nya. Wajahnya selalu menampakkan sinis sahaja.
"aku tau, tak apa kita tengok sampai bila dia boleh bersembunyi dari aku" ujar nya sinis.
..............
"Haaaa, penat la macam ni, tau tak, ni adalah ke yang ke seribu kes dadah tapi still tak habis habis " keluh Jung Hoseok. Sambil itu, dia bersandar di kerusi nya.
Sekarang ni mereka berenam telah pun pergi ke meja masing masing.
"Kau ingat kes dadah ni sikit? Manusia kat dunia ni banyak tau, bukan nye sikit"ujat lelaki berkulit putih pucat itu, Min Yoongi. Sambil itu dia seperti menaip sesuatu di komputer nya.
"Betul. Ni baru sikit wey. Belum lagi luar dari Seoul ataupon Korea ni" sambung Kim Seok Jin pula. Hoseok menghela nafas kesal.
"Ye, aku tau. Aku cuma cakap je kan" keluh nya.
"Kau tau, kalau kau cakap benda yang kau akan tau jawapan nya, ni akibatnya dibebel oleh dua orang tua. Hahahahahahah" ujar seorang lagi. Iaitu Jeon Jungkook. Dia la yang paling muda antara mereka. Dan dengan pantas Seok Jin dan Yoongi memandangnya tajam membuatkan dirinya tersedak biskut yang sedang dia makan itu.
"Padan muka kau. Tu la, kalau nak cakap tengok kiri kanan" ujar Hoseok lalu dia mengambil satu fail dan menyambung kerja yang tergendala itu. Jungkook memandang Yoongi dan Jin sambil tersengih. Setelah itu, dia menyambung kerja nya.
Lain pula dengan dua orang lagi tu. Seorang termenung, seorang lagi memandang kawan nya itu.
"Kau okey, Tae? " Jimin menegur. Taehyung tersentak kecil.
"Aku okey" jawab nya.
"Ye ke? Macam tak je. Kau ada masalah ke? Kalau ada cerita la dekat aku" ujar Jimin. Taehyung terdiam sejenak. Lalu dia tersenyum.
"Ye, aku okey. Dah la sambung kerja kau. Nanti Ketua Kim mengamuk habis kita. Kau macam tak kenal pulak ketua kita tu " ujar Taehyung membuatkan Jimin tertawa kecil.
"Ye la. " dan Jimin pun menyambung kerja nya yang tergendala. Manakala Taehyung memandang Jimin diam.
"belum masa nya aku bercerita Jimin. Aku takut kau tak percaya "
...........
Di sebuah restoran , terlihat 7orang lelaki sedang menikmati makan tengah hari mereka .
"So, korang ada tak cadangan untuk kes ni? " ujar Namjoon. Ketua polis. Yang lain memandang Namjoon.
"Kita buat serbuan? Atau pun penyamaran?" cadang Hoseok.
"Boleh jugak tu"
"haaaa, tak nak la. Ingat tak dulu kita buat penyamaran jadi perempuan, masuk kelab malam hanya nak cari ketua mereka? Apa jadi? Kita ni kena culik kau tau" ujar Jungkook. Jin yang ada kat sebelah nya mengetuk kepalanya pelan.
"Tak payah la jadi perempuan. Kau nak ke jadi perempuan? Aigoo kau ni" kesal Jin membuatkan Jungkook tersengih.
"Alaaa kau ni, tak payah la nak ketuk. Kau ingat tak sakit ke? "
"tak"
"Ya! "
"Sudah! Haish bergaduh pulak korang ni" kesal Yoongi pulak. Mereka berdua automatik terdiam.
"Okay. Tak ada cadangan lain, kita buat penyamaran la kalau macam tu " ujar Namjoon. Dan tiba tiba dia memandang Taehyung. Terlihat lelaki itu seperti memikirkan sesuatu.
"Kim Taehyung " dengan cepat dia memandang Namjoon dengan wajah terkejut.
"Nae? "
"Kau ada masalah ke? Dari tadi aku tengok kau termenung " ujar nya. Taehyung memandang rakan rakan nya yang lain. Mereka semua memandang Taehyung.
"Hmm, hyung. Aku nak tanya,boleh?"
"Sila kan"
"Sebelum aku hilang ingatan, aku ada berkawan rapat dengan seseorang selain Jimin ke? " soalan itu membuatkan mereka terdiam. Dan memandang satu sama lain.
............
TBC....
Sekian untuk hari ini. Terima kasih 😁😀
YOU ARE READING
(COMPLETE) The Inspektor ✔
AksiDia? siapa dia? Start Writing : 14/4/2020 End : 30/4/2020