chapter 21

54 5 0
                                    

Setelah 3 tahun tidak menghapdet buku yini, akhirnya terhapdet jua..

Boleh tak author nak tukar cara penulisan??😳

Maafkan daku yang mengada-ngada ini..

______________________

"Violet, kau cedera tak tadi?" Hali mendekati violet yang sedang duduk termenung. Entah apa yang dimenungkan, Hali tidak tahu.

Violet tersedar dari lamunan. Di dalam fikirannya sedang memikirkan sesuatu.... yang dia sendiri kurang jelas.

" Violet?"

"Aku okey Hali. Kau dan adik-adik cedera? Ada sesiapa yang patah apa-apa ke?" Hali mengerutkan dahi. Berasa sedikit pelik dengan reaksi violet.

Bukan apa, violet bertanya tanpa memandang dirinya. Macam bercakap dengan batu yang berada di depan mereka ni. Batu tu lagi hensem dari dirinya ke??

Hali mengeluh perlahan dan memandang ke arah matahari yang sedang terbenam. Matanya terpukau dengan kecantikan itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

"Kau rindu ibu dan ayah kau tak?" Secara tiba-tiba violet bersuara perlahan. Hali menoleh kepada violet sekilas Dan menoleh ke depan semula.

" Rindu. Aku dah lama tak jumpa diorang." Hali tersenyum apabila teringatkan wajah dua insan yang dia sayang. Namun TUHAN lebih sayang mereka.

"Diorang sayang kitorang sangat-sangat. Sampai satu nyamuk tak pernah gigit kami...." Mata violet terkebil-kebil menahan air Mata.

"Aku tak boleh bayang kalau mama papa aku takde. Apalah aku ni kalau diorang takde. Baik aku mati je kan?" Kata violet dengan suara yang sebak. Tiba-tiba sahaja dia menjadi emosional. Air matanya bertakung.

"Kenapa pulak??" Tanya Hali yang agak kurang senang dengan pernyataan violet.

" Ye la, takde sebab dah aku nak hidup. Macam siput yang takde cengkerang? Kalau cengkerang tercabut, siput tak boleh hidup."
"Tapi cengkerang tu boleh tumbuh balik. Boleh diganti." Violet mengerutkan keningnya. Apa Hali merepek ni?

"Ibu bapa tiada gantinya Hali. Kau pun tau kan? Memang cengkerang boleh tumbuh semula, tapi itu cuma ibubapa angkat. Takkan sama kasih sayang yang dicurahkan." Violet berkata tegas.

"Aku tak cakap tentang ibubapa angkat vio." Hali memandang mata violet.

"Habistu??" Tanya violet gugup. Gugup akibat panahan mata Hali yang lain macam. Suasana sudah berubah. Daripada sedih kepada tidak keruan!

"Masih ada lagi orang yang menyayangi kau. Mungkin tak setanding, tapi masih boleh buat kau bahagia." Wajah Hali serius. Violet tidak nampak tanda-tanda Hali main-main. Makin gugup dibuatnya.

"S-siapa?" Waktu itu violet berasa ingin menampar-nampar mulutnya. Kenapa dia bertanya begitu? Ah, kau memang cari pasal vio!

"Aku." Darah panas menyerbu muka vio. Hali pun baru tersedar dengan ketelanjurannya. Dia menoleh ke depan dengan wajah seperti udang panggang. Terdiam Hali dibuatnya.

Kedangaran bunyi tepukan gemuruh tidak jauh dari mereka berdua. Pantas mereka menoleh kebelakang.

"Woooooo suwit tahap ijazah sarjana muda!!!!!!! WAHAHAHA." Jerit blaze sambil tertawa besar. BBB yang lain turut tertawa.

Violet berasa sangat malu. Terus dia bangun lari masuk ke dalam SYRONIC.

"K-korang dengar ke?" Tanya Hali dengan wajah membahang. BBB mengangguk-angguk sambil tersengih nakal.

"A-aku tak maksudkannya pun. Korang jangan salah anggap pulak!" BBB yang lain masih tersengih-sengih. Taufan mendekati Hali sambil menepuk-nepuk bahu Hali.

"Takpe Hali. Kitorang boleh tolong kau."

*************

Alalala pendeknya chapter ni. Takpe kan??😀

Thank you for your support. It means a lot to me😆.





8 Power From 7 Kingdom(Boboiboy)Where stories live. Discover now