chapter 23

36 2 0
                                    

Pada awalnya, BBB's takut untuk keluar. Alah, tau-tau lah yang diorang tu femes.. Ramai yang kejar. Namun nampaknya kali ini seorang manusia hatta haiwan sekalipun tidak berani mendekati mereka. Hanya mampu melihat dari jauh.

Mana taknya, semua takut dengan aura membunuh yang sedang mengelilingi Violet pada kala ini. Tengoklah muka Violet yang serupa jembalang tu! Jembalang pun takut!

Hanya Daun sahaja yang berani membuat jenaka hambar dari tadi. Sedaya upaya ingin menceriakan Violet. Namun Violet masih lagi dalam badmoodnya. Sepatah kata langsung tidak keluar dari sepasang bibirnya.

Hali yang melihatnya pula sudah panas hati. Kelat saja mukanya dari tadi.

"Tadi kata nak pegi makan. Ni kenapa sesat kat funfair pulak ni?" Taufan bersuara setelah berdiam diri dari tadi. Perutnya sudah lapar, Daun pula bagi fake hope.

"Ala, tak apalah. Pegi sini lagi best!" Jawab Daun dengan riangnya sambil tangannya yang menggenggam tangan Violet dihayun-hayun mirip kanak-kanak ribena. Daun membuka langkah pergi ke bahagian roller coaster bersama Violet.

"Hali, sabar weh. Hisy Daun ni! Taulah nanti aku buat apa!" Solar membebel sambil bercekak pinggang. Kesian dia melihat Hali yang menahan cemburu dari tadi.

"Aku okey lah. Kau ni kenapa? Tak ada masalah pun kalau Daun nak bermesra dengan vio." Hali cuba mengcover perasaan cemburunya. Padahal dah jelas tertampal di mukanya yang dia sedang cemburu.

BBB's yang lain tersenyum nakal melihat Hali. Naik gelabah Hali dibuatnya.

"Dah la tu! Jom, kita follow diorang berdua." Hali terus menonong ke hadapan. Tak sanggup dia menjadi bahan adik-beradiknya! Nanti dia yang malu sendiri.

Bermacam-macam permainan yang dimainkan oleh mereka semua. Semuanya seronok belaka. Violet sudah sedikit reda. Namun dia seperti langsung tidak menikmati hangout mereka hari itu.

"Daun!" Solar menarik tangan Daun yang leka bermesra dengan Violet tanpa memikirkan perasaan Hali yang sudah berapi-api di belakang. Solar tahu yang Daun tidak sedar, namun dia tidak mahu sampai gaduh adik-beradik hanya disebabkan oleh Violet.

"Kenapa ni?" Tanya Daun polos. Solar memaut bahu Daun dan Ice.

"Aku dengan Daun dengan Ice nak pegi rumah hantu! Haa.. chow lu!" Sebaik sahaja berkata begitu, solar terus berlari laju sambil mengheret dua orang tu. Terpinga-pinga BBB's yang lain. Tang mana rumah hantu siang-siang macam ni? Alasan tak logik langsung!

"Ha! Baru aku ingat. Aku, Gempa dengan Taufan nak pegi Kat buaian pusing-pusing tadi! Uuu.. tak puas main tadi. Kau dengan Vio je eh Hali?" Blaze menepuk bahu Hali Dan terus pergi bersama Gempa dan Taufan.

Hali menjadi gelabah secara tiba-tiba. Dia nak buat apa ni? Dia melirik kepada Violet yang sedang termenung seperti patung.

Hali berdehem perlahan.

"Jom?" Ajak Hali. Violet menangguk Dan menurut langkah Hali.

***************

Sekarang ini, Hali dan Violet sedang berada di atas menara yang ada di funfair itu. Menikmati angin yang cukup nyaman. Suasana itu membuatkan Hali tak senang duduk.

Mana nak senangnya kalau hati dari tadi berdum dum dum? Hohoho..

"Harini birthday aku." Hali tersentak apabila Violet memecah suasana.

"Yeke? Maaf, aku tak tau." Perasaan bersalah menyerbu Hali. Dalam hati memaki diri sendiri. Suka dia tapi tak ingat besday dia! Tiba-tiba Hali malu sendiri memikirkan dirinya yang sudah jatuh suka pada gadis ini.

Entah dari bila dia suka pun dia tidak tahu. Selama ini dia tidak pernah jatuh suka pada mana-mana gadis walaupun ramai dayang yang cantik belaka di istana nya.

"Urm.. Selamat Hari Jadi." Violet tergelak kecil dengan ucapan Hali.

"Thanks, Hali." Kata Violet sambil memandang muka Hali. Hali tersenyum apabila Violet sudah ceria semula.

"Kenapa sebenarnya awak badmood dari tadi? Sebab kitorang tak tau harini besday kau ke?" Tanya Hali berhati-hati. Takut mood Violet keruh kembali.

"Tak adalah. Kalau korang tak tau aku okey je. Yelah, sebab Kita pun baru berapa Hari kenal kan?" Kata Violet sambil menjamu matanya dengan pemandangan cantik dari atas sini. Dia berasa selesa dengan keberadaan Hali di sisinya.

"Aku cuma terkilan sebab..." Ayat Violet terhenti.

"Sebab apa?" Tanya Hali.

"Mama dengan Papa tak wish birthday aku. Selalunya diorang lah orang pertama yang akan wish birthday aku." Violet mengeluh kecil. Macam budak-budak pun ada, nak merajuk bagai.

Tapi korang kena faham, selama Violet hidup tidak pernah sekali pun mama dan papa lupa hari jadinya. Walau sesibuk manapun mereka.

Yang buat dia lebih sedih, mama dan papanya tak Ada di mana-mana pun. Batang hidung mereka berdua langsung dia tidak nampak dari pagi.

"Tapi nampaknya, harini kau yang wish aku first. Aku gembira sangat. Terima kasih, Hali." Mata Violet dan Hali bertembung, lama. Masing-masing tidak mahu melepaskan pandangan itu dengan rasa 'suka' yang semakin mekar di hati.

***********

"Tengoklah dua orang tu. Bukan main suwit lagi." Blaze tersenyum. Sebenarnya mereka semua sedang seronok menonton Hali dan Violet yang dilamun cinta di atas sana.

"Ish, jelesnye tengok!" Kata Taufan sambil turut tersenyum. Dia gembira kerana Hali nampak gembira. Kalau tak asyik ketaaatt je muka. Sejak kenal dengan Vio la ni!

"Habislah Hali... Aku bahan dia habis-habisan lepas ni!" Seloroh Solar membuatkan mereka semua gelak terbahak-bahak.

"Eh, perempuan tu dah tak ada lah!"

"KYAAAAAAA~"

BBB'S menjadi cemas melihat gerombolan perempuan yang sedang menuju ke arah mereka. Apa lagi, mestilah nak dinotice oleh BBB's!

Tunggu apa lagi? Terus BBB's cabut lari!

*************

Walaweh! Nampaknya Hali Dan Violet dah dilamun cinta! Siapa jeles? HHAHAHAA..

Stay tune for the next chapter! Love you guys!!!!!

8 Power From 7 Kingdom(Boboiboy)Where stories live. Discover now