chapter 22

41 2 0
                                    

Hakim menoleh ke belakang apabila seseorang memasuki makmal rahsianya.

"Lyana. Ada apa?" Mata Hakim mengekori langkah Lyana yang sudah duduk di atas kerusi sambil menopang dagunya di atas meja yang penuh dengan kertas-kertas yang berselerak. Wajah Lyana nampak sayu.

"Betul ke apa yang kita buat?" Lyana bersuara lemah. Hakim mendekati Lyana lalu turut duduk di hadapannya. Keningnya berkerut dengan soalan Lyana.

"Buat apa Lyana?" Hakim bersuara lembut.

Lyana memandang mata hakim dengan mata yang sayu. Hakim sedikit terkejut dengan reaksi Lyana. Apa yang mengganggu fikiran Lyana?

" Awak nak teruskan rancangan kita ke?" Lyana bersuara lirih. Air mata hampir keluar dari tubir mata. Hakim mula faham akan kegalauan yang melanda hati Lyana. Dia tahu yang Lyana tidak mahu meneruskan rancangan in.

"Kita terpaksa Lyana. Ini arahan yang mesti diikut." Kata Hakim dengan serius. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Awak tak sayangkan vio ke? Awak tak anggap dia macam anak kita?" Soalan Lyana menyentakkan Hakim. Hakim menundukkan wajahnya menghadap meja.

"Tapi Lyana, awak tau kan ini misi kita? Awak nak ingkar arahan RAJA??" Hakim teragak-agak bersuara. Cuba untuk tidak mengguris hati Lyana.

" Tak boleh ke kita ingkar Hakim? For vio's sake? You love me or not??" Lyana Mula mengalirkan air mata. Kepalanya berat, sarat dengan pelbagai fikiran.

Dia tidak sanggup meneruskan 'misi' mereka. Lyana sudah terlalu menyayangi Violet.

" No, Lyana. Kita tak boleh buat macam tu.. Kita mesti selesaikan juga misi ini." Kata Hakim tegas. Dia perlu menyedarkan Lyana siapa mereka. Nampaknya Lyana sudah terleka dan terlalu hanyut jauh dari misi asal mereka.

" Awak memang takde perikemanusiaan ke Hakim? Vio tu anak kita! Takde manusia yang nak korbankan anak!! Awak kejam!" Lyana menjerit marah dengan air Mata yang sudah membasahi mukanya. Matanya memerah akibat rasa marah yang melampau.

BIIP!! BIIP!! BIIP!!

Sebuah panggilan masuk ke dalam sistem komunikasi mereka.

Hakim bangun dan ingin menjawab panggilan tersebut namun tangannya direntap oleh Lyana.

"Jangan Hakim! Jangan angkat!" Kata Lyana tegas. Hakim menarik tangannya dan menolak Lyana supaya menjauhkan diri darinya.

"Saya kena angkat, Lyana."

BZZZZTT!!!

*************

Violet duduk di atas sofa dengan muka yang memerah. Bukan sebab malu, tapi sebab geram.

BBB's memandang sesama sendiri dengan pandangan tertanya-tanya. Dah kenapa Violet ni? Tiba-tiba sahaja masuk ke rumah mereka lepastu tak cakap apa-apa.

Solar menolak Hali ke hadapan Violet. Hali pusing ke arah Solar dengan pandangan, 'siap kau nanti'. Solar hanya tersengih.

"V..vio, kenapa ni?" Tanya Hali perlahan. Violet memandang Hali tajam kemudian menjeling dan mengalihkan muka ke arah lain. Sesekali kedengaran dengusan kecil dari violet.

Hali menggaru kepala. Nak buat apa ni? Dia mengundur ke belakang dan mereka mula membentuk bulatan.

 Nak buat apa ni? Dia mengundur ke belakang dan mereka mula membentuk bulatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Vio tu kenapa?" Hali membisik.

"Entah. Tapi biasa la tu, perempuan..." Mereka semua mengangguk-angguk. Ada betul juga kata Blaze.

"Habistu kita nak buat apa ni? Aku seram.. Tengoklah muka dia. Macam singa!" Kata Taufan dengan suara ketakutan. Kalaulah dia diberi pilihan sama ada duduk di sini atau di kandang singa, dia lebih rela memilih kandang singa!

"Kita kena pujuk dia. Dia tengah geram la tu. Tapi ingat! Jangan sesekali tanya kenapa. Biar dia cerita sendiri nanti." Gempa pula memberi cadangan. BBB's menganggukkan kepala. Bernas juga cadangan gempa.

Mereka bersurai dari kumpulan. Sekarang, mereka sedang berdiri di hadapan Violet.

Violet memandang BBB'S dengan pandangan tajam. Kecut perut mereka dibuatnya. Masing-masing saling menolak antara satu sama lain.

Daun melihat mereka dengan pandangan tertanya-tanya. Kenapa main tolak-tolak ni? Apa yang takut sangat?

Tanpa menunggu lama, Daun melangkah ke hadapan membuatkan BBB's terkejut dengan tindakan Daun. Daun tersenyum innocent di hadapan Violet yang sedang merenungnya bagai singa lapar.

"Violet, jom makan kat luar!" Ajak Daun. BBB's menghembus nafas lega. Mati-mati mereka fikir Daun akan buat benda bodoh yang akan membuatkan mereka dikerjakan hidup-hidup. Good job Daun! Good job...

Violet tidak menjawab, namun dia bangun dan terus menarik tangan Daun. Tanda bersetuju.

Daun menoleh ke arah mereka sambil menjongket-jongketkan keningnya sambil tersenyum sumbing. Tangannya yang dipegang oleh Violet ditunjuk-tunjuk bangga.

BBB's memandang Hali yang sudah tak senang duduk.

"Sabar bro. Jangan bunuh Daun dulu. Yang penting Vio dah okey!" Blaze menenangkan Hali.

Hali pun saboo je lah....

*******

Insyaallah lepasni ada hapdet lagi. Mungkin malam ni, takpun esok.

Terima kasih sebab ada yang masih sudi baca. Titew terharuuuuu....

8 Power From 7 Kingdom(Boboiboy)Where stories live. Discover now