Bab 4

1.5K 178 9
                                    

toktoktok

"Reen , Ibu ni . Reen tak nak makan tengahhari ke ?"

"Reen tak lapar! " jerit Reen dari dalam biliknya

"Reen , Reen tak makan apa apa dari semalam . Nanti Reen gastrik"

"Takpe , Reen okay je ibu" kata Reen

Reen berasa buntu . Dia tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri pada umur 17 tahun . Setelah penat berfikir , akhirnya Reen tertidur

toktoktok

"Reen , Reen tak nak makan malam ke ? along boleh belanja Reen kalau Reen nak makan ape ape " kata along

"tak , Reen tak nak . Reen tak nak makan apa apa"

"along , boleh tak along tolong carikan Feez . Reen nak kahwin dengan Feez juga"

"Reen , Reen kena ingat . Kalau jodoh , tak kemana"

"tapi along , Reen dh nak kahwin dh ni"

"kalau macamtu , along nak adik along ni stay positive . Reen kena redha Amierul tu jodoh Reen"

"hmm yelah along . Pegilah , Reen nak tenangkan diri"

Aryan pun mengeluh , dia tak tahu apa yang patut dia lakukan agar Reen menjadi seorang yang ceria seperti sebelum ini .

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Pada hari Isnin , Reen pun pergi sekolah pada awal pagi dengan wajahnya yang pucat . The Princess segera mendekati Reen yang kelihatan tidak bermaya itu sebelum pergi ke dewan untuk perhimpunan .

"Reen kau okay tak?" tanya Misha

"Aku okay je , korang tak perlu risau" jawab Reen

"Reen kau tak nak pergi bilik rawatan ke ? muka kau dh pucat dh ni" ujar Ayu

Reen terasa kepalanya berat lalu menjawab "tak , aku taknak....."dan penglihatannya terus gelap

"REENN" " WEH REEN BANGUN " ketika The Princess sedang risau tentang Reen , The Boys pun mula menghampiri mereka

"Kenapa dengan Reen ni" tanya Tengku Adam

"kitaorang tak tahu , muka Reen nampak pucat waktu dia sampai sekolah tadi" ujar Fiqah

"Korang masuk dalam dewan sekarang , aku akan bawa Reen pergi ke bilik rawatan" ujar Mirul

Amierul mengangkat Reen dengan gaya bride dan membawanya ke bilik rawatan

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

3 jam kemudian ...

Reen mula terjaga dan melihat keadaan sekelilingnya . Dia ternampak Mirul yang tertidur di sebelah katilnya . Dia berasa haus dan ingin mengambil air yang berada disebelah katilnya

prakk

gelas kaca yang dipegang oleh Reen terjatuh ke lantai dan menyebabkan Mirul terjaga

"sorry aku nak minum tadi , haus"

"Reen , kau okay tak?"

"aku ada bawakan roti dengan air untuk kau ni"

"doktor kata kau stress dan gastrik"
kata mirul

"kau tak perlu nak risau pasal aku lah , aku boleh jaga diri aku sendiri" kata Reen

"Kau ni degil la , dh la aku nak cau . Oh sebelum tu , aku nak cakap ni aku setuju kahwin dengan kau" kata mirul lalu keluar dari bilik rawatan .

Reen terfikir kata kata amierul sebentar tadi 'aku setuju kahwin dengan kau' dan termenung...

The princess melihat Amierul yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan segera masuk kedalam bilik itu .

"Reen , kau okay tak ?" tanya Misha

"Reen" kata Fiqah
"WOI REEN , KITAORANG TENGAH RISAU BOLEH PULA DIA TERMENUNG" kata Ayu

dan membuatkan Reen tersedar dari termenungnya

"ye ye , aku okay . Aku gastrik dengan stress sikit je "kata Reen

"kalau sikit je tak sampai pengsan Reen" kata Ayu

"guys , macam mana aku boleh ada dekat sini?" tanya Reen sambil memandang muka The Princess

"Erkk , sebenarnya tadi Mirul yang angkat kau dan bawa masuk ke sini" kata Fiqah

"HAHHHH !! DIA ANGKAT AKU ?!"kata Reen

"dah kau tak perlu nak menjerit bagai , sekarang ni kau hutang kami satu explaination , apa yang jadi dekat kau sampai kau boleh gastrik ni " kata Misha

"aku ada benda nak cakap , tapi korang jangan beritahu sesiapa ye" kata Reen

"okay ni jadi rahsia kitaorang ye"kata The Princess

"sebenarnya... ibu dan ayah aku nak aku kahwin" kata Reen

"Wah kahwin muda laa" kata Ayu

"tapi , siapa bakal suami kau tu" kata Fiqah

Reen menarik nafasnya lalu menyebut "Tengku Amierul Hafeez"

The princess sudah terlopong mendengar nama yang disebut dari mulut Reen sebentar tadi

"untung lah kau , kahwin dengan abang Headprefect kita" usik Misha

"dh la korang , jom balik kelas"kata Reen

Reen pun berjalan kembali ke kelas setelah 3 jam berada di bilik rawatan .

kringggggggg~

Reen pun pulang ke rumahnya

"Along , Angah , Ibu , Ayah . Reen nak cakap sesuatu ni " kata Reen

"apa adik nak cakap ni" kata along

"Reen nak minta maaf dekat ibu dengan ayah . Reen terima . Reen akan berkahwin dengan mirul "

"betul ka ni Reen?" kata Ayah

"kamu yakin ke Reen ?"kata angah

" ye , Reen yakin . Mungkin dah jodoh Reen dengan Mirul" Reen redha

"Ya Allah . Terima kasih kerana menerima Amierul , Reen . Ibu yakin dia adalah lelaki yang terbaik untuk Reen" Kata Ibu

Reen hanya mengangguk sebagai tanda setuju






jangan lupa tekan '🌟'





🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Headprefect Itu Milikku Where stories live. Discover now