Alunan merdu Surah Yassin mengingatkan Aireen bahawa hidup dan mati itu ditangan Allah . Perit bagi Aireen untuk menerima kenyataan bahawa kedua ibu bapanya sudah tiada lagi . Dirinya seperti seseorang yang hilang arah .
Aireen termenung melihat kubur ayah dan ibunya
'Kenapa cepat sangat ibu dan ayah pergi dari hidup Reen ? Reen sudah terlambat . Reen terlambat untuk membalas jasa ibu dan ayah' Monolog Aireen . Airmatanya keluar lagi setitis
"Reen , jomlah kita balik" pujuk Amierul
"Taknak , Reen taknak balik . Reen nak duduk dekat sini"
"Reen , sampai bila Reen nak macam ni ? Reen kena redha dengan semua ni . Ibu dan ayah pasti tak suka melihat Reen macam ni "
"Kita balik ye sayang" kata Amierul lalu menarik tangan Aireen keluar dari tanah perkuburan Islam tersebut
"Reen pergi dulu Ibu , Ayah . Nanti Reen melawat lagi . Assalamualaikum"
Aireen dan Amierul pun berlalu pergi
[ 💘]
Ketika dirumah
"Reen , Reen nak makan ?"
"Taknak . Reen taknak makan"
"Reen , Reen kena redha " dan Amierul pun memeluk Aireen
"Abang , Reen nak makan ais krim oreo boleh?"
"Ais krim oreo ? nanti abang belikan Reen "
"Taknak , Reen nak sekarang"
"Tapi sekarang kan hujan"
"Reen nak makan ais krim oreo sekaraaanggggg" suara Aireen meleret
"Yelahh , abang pergi beli kejap "
[💘]
Amierul cuba menghidupkan keretanya , namun tidak dapat . Dia tidak mempunyai pilihan lain , dia harus menggunakan motor untuk membeli ais krim untuk Aireen .
Amierul merempuhi hujan demi membeli ais krim . Selepas membeli ais krim , hujan yang turun masih belum reda . Amierul terpaksa meneruskan perjalanannya .
Dalam perjalanan balik ke rumah , Amierul dilanggar oleh sebuah kereta dan menyebabkan kepala Amierul pecah .
"Maafkan pakcik , nak . Pakcik tak sengaja terlanggar kamu "
"Err takpelah pakcik " Amierul hendak berlalu pergi tetapi dihalang oleh lelaki tu
"Nak , biarlah pakcik menghantar kamu pergi ke hospital sebagai tanda minta maaf"
"Ehh , tak payah susah susah pun pakcik . Sikit je ni" Amierul menolak lagi
"Ikut sahaja nak , kepala kamu berdarah . Nanti kamu kekurangan darah , susah pula " pujuk lelaki itu
"Baiklah pakcik"
Ketika dihospital , kepala Amierul dijahit dan dibalut . Amierul memandang jam didinding yang menunjukkan pukul 1 pagi , dia terus bergegas balik ke rumah
"Kamu nak kemana ni" tanya lelaki yang melanggar Amierul itu
"Pakcik , saya nak balik . Isteri saya sedang menunggu kepulangan saya"
"Maafkan pakcik , ais krim kamu sudah cair"
"Takpelah pakcik , saya pergi dulu ya"
Ketika dirumah
Amierul ternampak Aireen yang sedang tertidur di sofa
"Hmm Reen nampak penat sangat ni"
ketika Amierul menghampiri Aireen , Aireen terjaga
YOU ARE READING
Headprefect Itu Milikku
Romancenice cover by : sakuraa Tengku Aireen Najihah telahpun berkawan rapat dengan Tengku Amierul Hafeez ketika mereka berumur 10 tahun . Namun kerana masalah keluarga , Tengku Aireen Najihah telahpun berpisah dengan Tengku Amierul Hafeez dan berpindah...