DV - 6

8 4 0
                                    

12 : 35 p.m.,

Jeju Mini Funfair

Setelah beberapa jam menghabiskan masa bersama, pada waktu inilah Jessica mulai menerima kehadiran Jooheon menjadi sebahagian daripada dirinya.

Walaupun pada awalnya, sukar untuk dia menerima kerana dia berasa bagai didalam mimpi, tetapi dia perlu membuang perkara negatif yang dia fikirkan tentang lelaki itu dan menerimanya dengan sepenuh hati.

"Awak taknak gula gula kapas?" Soal Jooheon sambil mengeratkan lagi genggaman tangan Jessica dan memasukkan nya kedalam poket hoodie nya.

Jessica tersenyum manis. "saya nak gula gula kapas! tapi, kita kongsi tau! sebab saya takut saya membazir." dan Jooheon hanya mengangguk.

Usai sahaja membeli gula gula kapas di kedai berdekatan, mereka sambung berjalan menghabiskan masa di taman tema tersebut.

"So, lepas ni awak nak pergi mana?" Soal Jessica sambil menjamah gula gula kapasnya.

Jooheon dengan senang hati menggigit gula gula kapas di kawasan yang tidak mengganggu Jessica sibuk menjamah gula gula kapas tersebut.

"Kita makan lah. Saya lapar. Awak tak lapar?"

Soalan Jooheon dibalas anggukan laju.

"Hmph! Saya lapar! Nak makan!" Kata Jessica gembira.

Jooheon tertawa kuat tatkala melihat wajah Jessica yang tidak sabar untuk makan.

"Oke, kita makan steak harini. Saya belanja."

"YEAY, JOM !!" Kata Jessica teruja.

🌹 End 🌹

Deja Vu - Short FF (LJH)✓Where stories live. Discover now