DV - 8

8 4 0
                                    

Jeju Memorial Park


Jam pada ketika itu menunjukkan pukul 9 malam. Angin malam meniup lembut sehingga terasa seperti menusuk ke seluruh badan.

Jooheo dan Jessica berjalan ke arah satu destinasi yang telah mempertemukan mereka berdua pada satu ketika dahulu, dan juga merupakan destinasi terakhir mereka.

Namun sebelum itu, mereka berhenti dibawah pohon sakura yang berbunga lebat dan mempunyai dahan yang agak besar.

"Kita buat apa kat sini?" Soal Jessica hairan.

Jooheon hanya diam membisu dan tiba tiba sahaja melepaskan tangan Jessica daripada genggaman nya. Sejurus itu dia berlalu pergi meninggalkan Jessica keseorangan dalam keadaan yang terpinga pinga.

"Jooheon-ah, awak nak pergi mana?!"

Namun tidak lama selepas itu, dia kembali berpatah balik dan menuju kearah Jessica.

"Apahal awak ni? bermain macam tak kena tem-"

Baru sahaja Jessica ingin membebel, bibirnya dicium sekilas oleh Jooheon. Selepas mencium sekilas bibir milik Jessica, Jooheon melutut dan mengeluarkan sebuah cincin dari poket seluar nya.

"A..apa ni?" Soal Jessica gagap.

Jooheon tersenyum manis. "Awak sayangkan saya?"

Soalan pertama hanya dibalas anggukan. 

"Walaupun nanti akan terjadi benda yang sepatutnya hubungan kita tak akan lalui ?"

Jessica hanya mengangguk untuk soalan kedua itu.

"Dan di masa akan datang?"

"Yah! Apa yang awak buat ni? bangun, malulah orang tengok nanti!" Bebel Jessica.

"Jessica Kim..."

"Bersaksikan pokok sakura ini, bulan dan bintang yang menghiasi langit malam, sudi kah awak menjadi sebahagian daripada diri saya? Bersama sama saya walaupun di dalam keadaan yang susah mahupun senang? Dan hanya maut yang menentukan perpisahan  kita?"

Jessica kaku tanpa sebarang ayat. Dia berasa terharu.

"Sudi kah awak?"

Lama juga Jessica mendiamkan diri kerana dia seolah olah tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Jooheon itu. Disaat dia kembali ke alam realiti, dia menggangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

Akhirnya, cincin disarung perlahan dan bibir pun bercantum lembut, hanya mereka berdua dan tuhan sahaja yang tahu betapa indahnya malam itu.

Tetapi, dalam bahagia, akan ada derita yang menantikan mereka..

🌹End 🌹

Deja Vu - Short FF (LJH)✓Where stories live. Discover now