1: I like you

12 0 0
                                    

Ayla menapak keluar dari dewan kuliah setelah kelas tamat. Gayanya biasa sahaja seperti hari-hari yang lain tetapi tampak menarik dimata pelajar yang lain.

Mungkin kerana rambut bewarna perang dan cermin mata hitam yang tak lepas dari wajahnya membuatkan dia kelihatan anggun dan mewah.

Di bahunya tersangkut beg sandang manakala di tangannya terdapat fail-fail nipis.

Seorang lelaki sedang mengejarnya dari belakang sambil memanggil-manggil nama gadis itu berkali-kali. Tetapi Ayla tetap dengan langkahnya dan beriak biasa seperti tidak mendengar namanya dipanggil.

"Ayla stop" arah lelaki sambil memegang lengan Ayla untuk menghentikan langkahnya.

"yes ?" tanya Ayla sambil menurunkan sedikit cermin matanya keparas hidung. Matanya bertentangan dengan anak mata coklat yang sedang memegang erat lengannya.

"you looked beautiful yesterday. But you look more beautiful today" kata Nazrin lembut sambil merenung anak mata Ayla.

"i know" kata Ayla seperti tidak terkesan dengan kata-kata manis Nazrin. Dia menaikkan semula cermin matanya itu. Mungkin tidak sanggup untuk bertentang mata dengan lelaki itu lagi.

"you have a perfect face.." kata Nazrin lagi dengan suara menggoda yang boleh membuat wanita pengsan setelah mendengarnya.

"i know" Ayla masih lagi memberikan respond yang sama. Telinga sudah berkali-kali mendengar pujian itu.

"sexy eyes and sexy lips" sambung Nazrin lagi. Nada lembut dan menggoda masih lagi dikekalkan.

"i know"

"all about you is perfect except your attitude. Why you are so arrogant Ayla ?" soal Nazrin. Anak matanya tajam menikam anak mata Ayla yang tersembunyi di sebalik cermin mata hitam itu.

Ayla hanya mendiamkan diri. Bukan terasa dengan kata-kata Nazrin cuma dia tidak ingin untuk mengatakan apa-apa. Selain mendengar pujian orang lain kepada dirinya, dia juga turut mendengar cemuhan yang mengatakan dia sombong. Dan dia sudah lali tentang itu.

"but don't worry, i'm still like you Ayla" ucap Nazrin setelah perasan Ayla hanya mendiamkan diri. Adakah Ayla terasa akan kata-katanya ?

Ayla tersenyum sinis. Lelaki di hadapannya ini tidak pernah berputus asa untuk mengejarnya. Orang pertama yang dia kenal semasa memasuki kolej ini adalah Nazrin. Jejaka tampan yang digilai ramai. Dia mengenali Nazrin bukan kerana dia juga turut menyukai Nazrin tetapi lelaki ini yang tak henti-henti mengganggunya.

"but i don't like you" kata Ayla sinis dan meneruskan langkah meninggalkan lelaki itu.

"you will like me soon Alya" jerit Nazrin kepada Ayla yang sudah beberapa langkah jauh daripadanya.
Dan kau akan jadi milik aku Ayla.
.
.
.
Next chapter🔔










Gadis Sedingin AylaWhere stories live. Discover now