2: Happy birthday Ayla

13 0 0
                                    

   Ayla menutup pintu biliknya. Beg dan fail-fail ditangan diletakkan diatas meja belajar. Dia merebahkan diri diatas katil. Kepalanya dipicit-picit perlahan. Matanya merenung siling bilik. Fikirannya sudah terbang jauh.

Ayla mengeluarkan rantai yang disembunyikan dari dalam bajunya. Rantai yang sentiasa menemani dia setiap waktu. Di rantai itu tertulis nama QAYLA. Memorinya kembali terimbas ke masa lampau.

FLASHBACK.

4 April 2013

Ayla melihat jam ditangannya. Ianya sudah menunjukkan pukul 10.36 pm. Bermakna sudah satu jam setengah majlis hari jadinya bermula tetapi kelibat Qalis masih lagi tidak dilihatnya. Tidak mungkin Qalis lupa akan hari istimewanya itu.

Dirinya tidak henti-henti  menelefon lelaki dari tadi. Tetapi hanya operator yang menjawab panggilannya itu.

Kemanakah lelaki yang dicintainya itu pergi. Tidak pernah dia selewat ini kerana dia seorang yang sangat menjaga masanya.

Jiwa Ayla dilanda gundah. Pelbagai persoalan bermain di benaknya. Dan dia juga terfikirkan benda yang negatif. Adakah Qalis tidak mencintainya lagi ? Adakah Qalis ada teman wanita baru ? Ah, itu tidak mungkin. Dia kenal Qalis. Teman lelakinya bukan orang seperti itu. Teman lelakinya amat sayang akan dirinya.

"Qalis tak jawab call lagi sayang ?" tanya Puan Hani, ibu kepada Ayla.
Ayla menggeleng perlahan.

"hm..mungkin dia ada hal penting dan tak sempat untuk beritahu Ayla" kata Puan Hani cuba memujuk anak perempuannya itu.

Ayla berfikir sejenak. Ada betulnya juga cakap mama. Kenapa aku perlu bersangka buruk pada Qalis sedangkan aku tidak tahu apa yang sedang dihadapi oleh dia sekarang.

Ayla mengangguk tanda setuju dengan andaian Puan Hani. Wajahnya yang tadi penuh keresahan dan kerisauan telah mengukir senyuman. Puan Hani juga tersenyum melihat perubahan pada wajah anaknya itu.

"dah, jom potong kek. Kawan-kawan Ayla dah lama tunggu tu" ajak Puan Hani.

Ayla mengangguk dan mengikuti langkah Puan Hani masuk kedalam rumah.

"happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Ayla..happy birthday to you"

Semua rakan-rakannya yang hadir pada malam itu menyanyi lagu itu sambil menepuk tangan. Begitu juga dengan Puan Hani dan adiknya, Ayra.

Ayla hanya tersenyum mendengar nyanyian itu. Tetapi ada satu rasa yang bertandang dihatinya. Rasa tidak lengkap. Majlisnya tidak lengkap tanpa kehadiran Qalis.

"what your wish Ayla ?" tanya salah seorang daripada rakannya. Ayla tersenyum memandang semua rakan-rakannya.

'saya harap semoga kita akan sentiasa bersama, Qalis' ucap Ayla didalam hati. Setelah itu dia meniup lilin yang dicucuk pada kek sambil diiringi tepukan daripada rakan-rakannya yang hadir.

"happy sixteen my bestfriend" ucap Wina, salah seorang rakan Ayla dan merupakan teman terdekatnya.

"thankyou my sweetie. Enjoy it" balas Ayla ramah sambil menghulurkan potongan kek pertama kepada Wina.

Malam semakin sepi. Semua tetamu yang hadir untuk meraikan majlisnya itu sudah pun pulang satu jam yang lepas.

Jam sudah menunjukkan 12.22 am. Tetapi matanya masih tidak mahu tidur. Sudah puas dia melelapkan matanya tetapi gagal.

Dia melihat skrin telefonnya. Masih lagi tiada khabar dari Qalis. Sudah tidurkah dia? Biasanya Qalis akan ucapkan selamat malam sebelum tidur. Mesej yang dihantarnya langsung tidak dibalas.

"selamat malam Qalis. Saya rindu awak" ucap Ayla diiringi air mata. Matanya dipaksa untuk tidur. Sungguh malam ini terasa sangat pelik. Sangat sunyi. Sangat rindu.
.
.
.
Next chapter🔔

Gadis Sedingin AylaWhere stories live. Discover now