3: Excident

9 0 0
                                    

Pagi itu Ayla bangun seperti biasa. Setelah siap membersihkan diri dan mengenakan pakaian, dia memeriksa telefonnya. Mesej yang dihantarnya semalam masih tidak berbalas. Masih tidurkah dia?

Ayla turun untuk bersarapan bersama mama dan adiknya. Sampai sahaja di meja makan, Puan Hani melihatnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"kenapa ma ?" tanya Ayla kehairanan. Ada apa yang dia tidak tahukah ?

"sayang, tadi mama dapat call dari ibu Qalis..." kata Puan Hani terhenti disitu. Raut wajahnya seperti berat untuk menyatakan sesuatu.

"kenapa ma ? Kenapa Aunty Jun call ? Kenapa dengan Qalis ?" soal Ayla bertubi-tubi. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk menimpa Qalis dari pandangan mata mamanya itu.

"Qalis excident semalam semasa otw datang sini"

Terasa terhenti jantungnya saat ini. Air mata mula mengalir. Dia terkejut dengan berita yang baru didengarinya itu. Bukankah dia selalu berpesan kepada Qalis supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu ataupun menunggang. Qalis tidak ingatkah pesanannya itu ?

Puan Hani memeluk anaknya yang sedang menangis teresak-esak itu. Belakang badan anaknya digosok-gosok bagi menenangkan emosinya.

"mama, jom ma. Kita pergi lawat Qalis. Teruk ke keadaan dia? Dia kat hospital mana ma ?" ajak Ayla sambil menangis.

"Ayla sayang. Kita breakfast dulu ya ? Lepastu kita pergi lawat Qalis ye sayang ?"pujuk Puan Hani.

Ayla hanya mengangguk. Dia menjamah sedikit nasi goreng buatan mamanya itu. Seleranya hilang selepas tahu Qalis terlibat dalam kemalangan. Fikirannya sekarang hanya tertumpu kepada Qalis.

Di hospital Ayla berlari mendapatkan Puan Jun, ibu Qalis. Dia ingin tahu bagaimana keadaan Qalis.

"aunty, Qalis macam mana aunty. Teruk ke keadaan dia ? Mana dia aunty ? Ayla nak tengok dia" tanya Ayla sambil memeluk erat tubuh Puan Jun. Wanita itu turut membalas pelukan Ayla. Dia sebagai seorang ibu amat memahami kesedihan yang dialami Ayla kerana dia turut merasakan itu.

"Qalis masih tak sedarkan diri sayang. Buat masa ni doktor tak benarkan sesiapa jenguk dia sehingga keadaan dia stabil"

Saat itu, pelbagai perasaan yang menerjah ke jiwanya. Ayla menangis tersedu-sedan. Menangis tanpa henti. Dia melepaskan peluakannya dan berlari anak menuju kearah pintu wad.

Melalui cermin dari pintu kayu, dia dapat lihat keadaan Qalis yang dipenuhi dengan wayar dan balutan luka dibadannya. Wajah Qalis tidak dapat dilihat kerana terlindung dengan alat bantuan pernafasan. Kepalanya juga berbalut.

Ayla sebak menahan pilu dihati. Betapa sedih dan hancurnya perasaannya melihat keadaan Qalis saat ini. Qalis yang dahulunya sentiasa kuat kini tampak lemah. Qalis yang dahulunya selalu menyapu air matanya kini langsung tidak sedarkan diri. Qalis, saya harap ini hanyalah mimpi buruk. Tolong kejutkan saya dari mimpi ini Qalis, tolong.

"macam mana boleh excident Jun?" tanya Puan Hani. Sekali sekala matanya melihat kearah anaknya yang sedang melihat Qalis dari cermin kecil.

"saya pun tak tahu cerita sebenar Hani, tapi pihak polis cakap kereta depan nak masuk lorong tak bagi signal. Lepastu kereta Qalis ni terbabas dan masuk line orang dan bertembung dengan lori" cerita Puan Jun dengan nada sedikit sebak.

"ya Allah, Qalis. Habis tu macam mana keadaan dia sekarang?" tanya Puan Hani simpati.

"doktor kata dia banyak hilang darah. Dan ada serpihan kaca masuk dalam dada dia. Semalam dah operate buang serpihan kaca tu. Dan sekarang keadaan dia 50-50" terang Puan Jun. Air matanya kembali membasahi pipi. Semalam setelah tahu anaknya kemalangan dirinya hampir pitam. Dirinya tak henti-henti menangis.

"sama-sama kita doa..." belum sempat Puan Hani menghabiskan ayatnya, Ayla sudah memotong.

"apa aunty? 50-50 ?" tanya Ayla diiringi air mata yang lebih laju dari tadi. Lajunya mungkin mengalahkan laju air terjun.

Puan Hani memeluk anaknya bagi menenangkannya. Dia juga turut bersedih akan berita yang didengarnya sebentar tadi. Dia tahu anaknya begitu sayang kepada Qalis. Apatah lagi Qalis sudah menemaninya sejak dia kecil lagi. Hubungan cinta yang mereka jalinkan sudahpun berusia 4 tahun.
Semestinya Ayla sangat terkesan dengan berita buruk itu.
.
.
.
Next chapter🔔









You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gadis Sedingin AylaWhere stories live. Discover now