T U J U H '7'

78 14 10
                                    

Kelas

Lisa POV

"ok class, you may go for your recess and dont forget to submit your work to me before school end thank you"

Terang Sir Namjoon dan segera meninggalkan kelas.

Lapar la tu.

Aku memandang ke arah meja guru.

Aish dia lupa barang dia lagi.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

Nanti Chanyeol la jadi kuli hantar, kesian.

Aku pandang sebelahku.

Haih dia ni tido je keje.

Aku yang sudah tak sabar nak rehat mengejutkan jisoo.

Yelah mana taknya, dari awal sampai habis sir namjoon ajar dia tido je.

Nasib baik sir namjoon tu lupa bawak cermin mata dia.

Kalau tak kena sembur la dia.

Aku menggoncang-goncang badan Jisoo kuat.

Tapi Jisoo sikit pun tak gerak.

Eleh macam la aku tak tau dia buat buat tido.

"yahh! Kim Jisoo! Ireonaa!"

Aku menjerit di telinga Jisoo.

Amik kau tula buat buat tido lagi.

Jisoo yang terkejut menggosok-gosok telinga dia. Bingit!

"yahhh!! Michisseo?!"

Aku memandangnya geram.

"baegopa!"

Aku menghentak-hentak kakiku seperti budak kecil sambil membuat muka kesian.

Jisoo bangun dari tido.

Aku tersenyum.

Dia tido balik.

"ala jomlah rehat harini makanan favourite kau ada tteokbokki"

Aku cuba memujuk. Entah kenapa dia ni bad mood je dari pagi.

Jisoo dengan rela bangun dari kerusi dan menuju ke kantin.

Dia pun lapar sebenarnya, tapi tulah bila ingat kena belanja suga, malas pulak.

Aip aip! Tak baik mungkir janji.

Aku yang teruja berlari ke arah jisoo dan memeluk tangannya.

🌼🌼🌼🌼

Kantin

Sampai sahaja di kantin, barisan pelajar untuk membeli tteokbokki punyalah panjang.

Macam Ular! Maklumlah 2 minggu sekali.

Kalau hari hari nanti sakit perut pulak, pedas.

Jisoo yang baru sampai kecewa.

Tak dapatlah dia beli lagi harini haih.

Lisa di sebelah cuba memujuk.

"alah weh tak pelah takde rezeki, takpe harini biar aku belanja. Kau nak makan apa?"

Jisoo menunjuk ke arah barisan mihun sup.

Lisa mengeluarkan beberapa keping wang kertas dan memberikan kepada Jisoo.

ᴵʳʳⁱᵗᵃᵗᵉᵈ ᴸᵒᵛᵉ | ᴷᵀᴴ  [Slow Update] Where stories live. Discover now