18 july 2020
Dah dekat 2 minggu Sana menghilang tanpa kabar berita.
Nayeon seperti biasa macam kucing kehilangan anak.
Satu sekolah kecoh pasal kes kehilangan Sana.
Merata polis cari tapi tak jumpa.
Mak ayah Sana pun dah balik Korea semula.
Nenek Sana pulak masuk hospital kena serangan jantung bila dengar berita pasal Sana.
Semua orang hampir berputus asa tapi kata Nayeon mereka masih ada harapan.
Dan terus menerus mencari Sana tanpa henti.
Kes kehilangan Sana juga telah menggegarkan semua media dan masyarakat di Korea.
Pelbagai persoalan timbul tapi tak terjawab dan hanya menemui jalan mati.
Sebulan kemudian
Namja itu membuka televison di rumahnya dan mendengar berita pada pagi itu.
"Berita pagi ini, mayat seorang gadis berusia 18 tahun yang dikatakan telah hilang hampir sebulan yang lalu telah dijumpai oleh polis pada malam tadi dekat sebuah banglo terbiar di busan, Korea"
Dia tersenyum lebar.
Rancangannya berjaya.
"HAHAHAHAHAHA"
Gembira sungguh dia bila teringat jeritan Sana pada hari itu.
Sungguh merdu sekali bagaikan lagu klasik.
Jeritan Sana juga telah menjadi alarm untuk kejutkan dia setiap pagi.
Dia membawa air yang dibancuhnya tadi dan menonton berita tadi berulang-ulang kali.
Dia mahu pastikan yang Sana tu dah betul-betul mati.
Kesian bila teringatkan Sana yang tak curiga apa-apa pun padanya.
Dan hanya makan makanan yang dibuatnya dengan berselera.
Okaylah tu,dapat makan sedap-sedap sebelum mati.
Tulah senang betul percaya orang.
🌼🌼🌼🌼
Restoran
Kes Sana masih jadi tanda tanya semua pihak.
Tapi apa boleh buat, yang hidup kena teruskan hidup.
"Weh kau dengar tak pasal kes pelajar kita kena bunuh tu?"
Jisoo memulakan bicara.
Dia tertanya juga siapa pelajar itu,tali identitinya masih belum dikenalpasti sebab mukanya yang hancur berkecai.
Dan ibu jarinya juga telah dipotong.
"Aku ada dengar jugak, tapi seramlah orang kata dia keta tikam banyak kali,hancur jugak muka dia sebab kena pukul dengan tukul besi"
Tiba-tiba Rosè merasa seram sejuk, dia memeluk tubuh jisoo.
"Lepas ni aku dah takut nak balik sorang-sorang"
Sambung Jisoo lagi.
Jisoo menongkatkan dagunya di meja.
"Kalau macam tu,kau bolehla balik dengan pakwe kau"
Jennie yang sepertinya tidak menunjukkan sebarang minat tadi, tiba-tiba mencelah.
YOU ARE READING
ᴵʳʳⁱᵗᵃᵗᵉᵈ ᴸᵒᵛᵉ | ᴷᵀᴴ [Slow Update]
FanfictionSemuanya berubah setelah kejadian itu. Ya kejadian hitam yang tak dapat lagi dia ingat sekarang. Hanya Taehyung, lisa dan keluarganya tahu. Siapa Taehyung? Apa sebenarnya terjadi antara mereka sebelum ni? "kenapa awak tinggalkan saya? Saya tak...