T E N '10'

59 13 12
                                    

Hospital

Dari tadi lagi Suga mundar-mandir di depan wad Jisoo.

Risau sangat nampaknya.

Jihyo, Rose, Jennie dan Lisa duduk lemah di tempat menunggu.

Taehyung pula terduduk di depan wad Jisoo.

Semua dah macam orang tak betul.

Sana dan Nayeon di kantin Hospital.
Sempat lagi makan sambil gelak-gelak.

Lisa memandang Suga yang macam takde tanda nak berhenti dari berjalan ke kiri ke kanan dari tadi.

"kau boleh berhenti tak? Peninglah tengok kau ni"

Suara ditinggikan sedikit.

Suga berhenti.

"aku risaulah!"

Suga menengking Lisa lalu menyerabutkan rambutnya.

Bahu lisa terangkat sedikit.

Tak sempat dia nak balas kata-kata Suga Jennie memotongnya.

"keman! Janganlah gaduh kat sini"

Air mata Jennie menitis. Dia menekup mukanya dari dilihat orang.

Rose dan Jihyo memujuknya.

Tiba-tiba Wad Jisoo terbuka.

Semua menuju di hadapan nurse yang bertugas.

"jangan risau, kepala Jisoo tak teruk sangat, kami dah jahit. Sekarang dia tengah tidur"

Nurse tu terus pergi dari situ.

Semua menarik nafas lega.

Taehyung berlari masuk ke dalam wad Jisoo sempat dia menolak Jihyo dan Rose yang menghalang laluannya.

🌼🌼🌼🌼

Kantin Hospital

Sebaik sahaja mereka melawat Jisoo tadi, Jin abang Jisoo menyuruh mereka pergi makan dahulu.

Sebab semua macam dah tak bernyawa.

Risau pulak pengsan nanti.

Masing-masing membeli makanan dan duduk satu meja.

Jihyo sebelah Rose.

Lisa sebelah Jennie.

Taehyung Sebelah Suga.

Mereka menikmati makanan masing-masing dengan senyap.

Semua tak nak mulakan bicara.

Tapi Taehyung sikit pun tak menyentuh makanan nya.

Rasa bersalah masih menguasai diri.

Lisa yang tidak boleh tahan rasa curious terus memulakan bicara.

"Taehyung, macam mana besi tu boleh ada kat bola tu. Kau letak ke"

Lisa mengangkat sebelah keningnya.

Dia memang tak pernah nak suka si kotak ni.

Jadi memang dia tak pelik kalau Taehyung ni buat macam tu.

ᴵʳʳⁱᵗᵃᵗᵉᵈ ᴸᵒᵛᵉ | ᴷᵀᴴ  [Slow Update] Where stories live. Discover now