Rumah
'hari pertama aku masuk sekolah baru... Aku harap aku senang dapat kawanlah dekat sekolah baru... Nak dekat SPM ni... Kena struggle lebih sikit... Lagipon aku kan jejaka idaman, mesti senang dapat kawanlah.' kata hati kecil Adam Rayyan sambil tersengih di depan cermin biliknya
"Ehem.. Ehem... Berangan jauh ye Adam" suara tersebut menyedarkan Adam dari berangannya... Tenyata milik suara itu ialah mummy Adam...
"Haa, tercegat apa lagi dekat depan cermin tu. Bilanya kamu nak pergi sekolah... Nanti lambat tak pasal- pasal anak mummy first day sekolah dah kena denda berdiri dekat perhimpunan" bebel mummy Adam...
"Hehehe apa salahnya kalau Adam kena berdiri dekat perhimpunan... Nanti famouslah Adam ni... Lagipun anak mummy ni kan handsome" gurauan Adam sambil menggerakan kening sebalahnya dan tersengih.
"Sudah... Cepat turun bawah, sarapan, lepastu cepat pergi sekolah... Banyak pula alasan dia" tegas mummy Adam
"Baiklah mummy" Adam senyum seperti tidak bersalah...
Langkah diatur turun tangga untuk pergi ke dapur... Pantas adam menghabiskan sarapannya... Lalu dengan pantas dan sopan mencium tangan mummynya dan terus pergi ke sekolah...SEKOLAH
"Weeh... Korang tau tak... Tadi aku tengok dekat bilik pengetua ada pelajar baru... Handsome-nya... Kalau aku dapat tu memang tak dapat" keluhan Ain Julia
"Yeke... Agak-agak dia kelas mana eaa? Dia tingkatan berapa? Dia sebaya dengan kita ke? Dia pindah dari mana?" Berdas das soalan yang dilemparkan dari mulut Aufa Karina...
"Ish kau ni, ingat aku ni pengetua ke tau pasal dia" bebel Ain
"Hahahaha... Korang ni kalau tak cerita pasal orang tak sah eaa" ketawa lembut Puteri Sofea...
Tidak lama kemudian guru kelas mereka masuk ke dalam kelas...
"Bangun semua... Assalamualaikum Cikgu Zulaikha" ucapan salam ketua kelas dan kemudian diikuti oleh pelajar lain...
"Waalaikumsalam... Semua boleh duduk" arahan Cikgu Zulaikha...
"Guys, today we have new classmate from Johor... Sila kenalkan diri" arahan Cikgu Zulaikha membuatkan para pelajar lelaki cair... ( mana taknya, Cikgu Zulaikha tu masih muda dan masih tidak berumah tangga... Memang menjadi rebutan pelajar-pelajar sekolah itu)
"Assalamualaikum semua, nama saya Muhd Adam Rayyan Bin Dato' Mukhriz Ismail... Saya baru berpindah dari Johor... Saya harap dapat berkenalan dengan kamu semua" wajah Adam menjadi perhatian semua gadis dalam kelas 5 Delima termasuk Ain Julia, Aufa Karina dan Puteri sofea
Masing-masing berebut memperkenalkan diri kepada Adam... Keadaan dalam kelas tersebut seperti pasar malam...
"Semua senyap" sergah Tengku Fayyad menandakan diam kepada semua pelajar dalam kelas tersebut... Keadaan dalam kelas seperti tiada seorang pun... Adam hanya ketawa kecil dalam hatinya
"Baiklah Adam awak boleh ambil tempat di sebelah Tengku Fayyad" arah Cikgu Zulaikha
Adam mulakan langkah untuk ke tempatnya...
"Hai nama aku Tengku Fayyad... Boleh panggil Fayyad" sapa Fayyad kepada Adam
"Aku pula Syed Hafiz... Panggil aku Syed... Hafiz pon boleh... Ikut suka kau lah" celah Syed Hafiz...Sorry kalau intro cerita ni agak boring... Admin baru first time... So harap korang enjoy dengan cerita admin... Wait for my new chapter...
YOU ARE READING
Kebahagiaan Yang Tidak Kekal Lama
Short StoryAdam berpindah masuk ke sekolah baru selepas bapanya berpindah syarikat di Kuala Lumpur... Jadi, apakah kisah Adam Rayyan dia sekolah baru dan bagaimana dengan cara dia bergaul dengan rakan-rakannya sebelum menduduki SPM... Apakah kisah yang dikatak...