Rumah
Adam berbaring di atas katilnya yang empuk sambil dalam bayangannya mengingati Puteri Sofea... Tanpa sedar kelakuannya itu dilihat oleh mummynya... 'Dah kenapa dengan anak aku ni... Berangan je... Mesti ada pape ni' kata hati kecil mummy Adam
"Hmmm baguslah, balik sekolah terus baring kat katil dengan tak mandinya... Aish kalau macam ni perangai macam manalah kalau dah kahwin nanti" keluhan mummyu Adam
"Penat sikit lah mummy... Tdi kawan Adam tunjukkan Adam kawasan sekolah... Sekolah tu dahlah besar hmmm" ngadu Adam... (eleehh Adam ni nampak je macho tapi kuat mengada dengan mummynya)
"Mummy petang ni Adam ada pemilihan bola sepak peringkat sekolah... Mummy izinkan Adam pergi yee" pujuk Adam
"Hmm dari Johor sampai Kl tak habis-habis bola sepak... Macam manalah mummy nak izinkan kalau mandi pon tidak, salin baju pon tidak" tegur mummy Adam... Dengan pantas Adam mencapai tualanya di tempat penyangkut lalu masuk ke dalam bilik mandi demi mendapat izin menjalani pemilihan bola sepak....
Adam menuruni tangga dengan gayanya tersendiri pergi ke dapur untuk makan tengah hari bersama mummy dan daddynya...
"Haa Adam, macam mana dengan hari pertama sekolah kamu... Dah jumpa buah hati?" daddy menyoal sambil tersengih
"Ish apalah abang ni... Adam kan baru masuk, mestilah baru nak dapat kawan baru... Lagipon SPM dah nak dekatkan tak payahlah nak bercinta-cinta ni" tegur mummy sambil menepuk peha suaminya itu...
"Heheheh takdenya buah hati ni daddy, Adam baru masuk sekolah... Baru nak kenal-kenal dengan kawan baru" jawab Adam dengan mudah walaupon dalam hatinya sudah terpikat dengan Puteri Sofea...
"Kamu ni dengan berjersie dengan beg kasut bolanya nak pergi mana?" soal daddy lagi
"Hmmm biasalah, Adam kan tak boleh dengar perkataan bola sepak... Mesti dia nak pergi" perli mummy
"Kejap lagi Adam ada pemilihan bola sepak, jadi Adam tak nak lambat sampai... Nanti jurulatih kata Adam hari pertama je datang lambat... Takde disiplin" jawab Adam
"Pukul berapa kamu nak pergi pemilihan tu?" mummy mencelah
"Pukul empat tapi Adam mungkin keluar rumah awal biar awal sampai sebelum pukul 4" balas AdamPadang
"Woi Adam, awal kau sampai semangat eaa nak main bola" jerit Syed
"Ish kau ni Adam tu bukannya pekak... Tak yahlah nak jerit-jerit aku yang sebelah kau ni sakit telinga aku dengar kau jerit" tegur Fayyad sambil melanggar bahu Syed
"Apa yang awalnya... Korang janji pukul empat, sekarang dah empat sepuluh minit dah... Dasar janji melayu" bebel Adam
"Alaa biasalah melayu... Lagipon tadi aku tumpang Fayyad ni tuyang lambat sikit pusing ke rumah aku... Biasalah orang yang ada nama Tengku ni kan kereta mewah-mewah... Tuyang best aku dapat rasa naik kereta BMW dia tu" alasan Syed
"Mata duitan" serentak Adam dan Fayyad...
"Kau datang sini naik apa Adam?" soal Syed
"Keretalah... Itu" kata Adam sambil menunjukkan tangannya ke arah kereta miliknya
Fayyad dan Syed terbeliak mata melihat kereta milik Adam.... Rupa-rupanya Adam memiliki kereta sendiri
"Fuyooo Audi tuuu" Syed teruja
"Ehh Fayyad balik nanti kita tumpang Adam jelah" dengan selamba Syed mengajak Fayyad
"Kau ni memang tak malu eaaa?" soal Fayyad dengan muka ketatnya
"Takpe aku boleh jeee tumpangkan korang" balas Adam meredakan muka ketat Fayyad... Fayyad memang dikenali di sekolah dengan sikap tegasnya namun Fayyad memiliki ramai peminat lagi-lagi perempuan... Lagipun Fayyad merupakan ketua pasukan bola sepak sekolah mereka... Jadi tak terkejutlah kalau Fayyad mempunyai ramai peminat wanita... Tamat sahaja pemilihan pemain bola sepak, Adam terpilih dan mendapat posisi sebagai striker dan akan berkolaberasi bersama Fayyad.... Manakala Syed pula tetap dengan posisi asalnya sebagai pemain pertahanan... Siapa yang cuba menggelecek bola dengannya akan mendapat malu kerana denagn mudahnya Syed akan merampas bola... Namun sekolah mereka tidak berjaya layak ke final tahun lepas kerana mereka tidak mempunyai striker yang hebat selain Fayyad.... Pada waktu itu Fayyad tak dapat main hingga tamat perlawanan kerana kakinya sakit di pijak oleh pihak lawan.... Dan mereka akur dengan kekalahan tipis 1-0..... Esoknya, ada sebuah pasukan bola sepak sekolah luar datang untuk membuat perlawanan persahabatan dengan mereka... Adam, Fayyad, Syed dan beberapa orang lagi terpilih untuk sertai perlawanan itu... Tetapi Adam dijadikan sebagai pemain gantia kerana jurulatih ingin Ada melihat corak permainan pihak lawan.... Pada mulanya mereka ketinggalan 2-0.... Selepas separuh masa kedua bermula, Adam dimasukkan sebagai striker.... dengan kemasukkan Adam, mereka berjaya menyamakan kedudukan dengan 3-3... Masa berbaki sepuluh minit lagi... Pada ketika itu kawasan tempat duduk penonton di penuhi dengan pelajar-pelajar sekolah mereka rerutama sekali kelas 5 Delima... Pada waktu itu Adam melihat sekumpulan perempuan memberi sokongan kepada mereka dan pada waktu itu dia melihat Puteri Sofea bersorak untuknya.... Adam bersemangat dan berjaya menjaringkan lagi dua gol dan keputusan akhir 5-3.... Adam menjaringkan tiga gol, Fayyad satu gol hasil sepakan penalti dan Syed satu gol hasil tandukan dari sepakan penjuru... Jurulatih sekolah mereka amat bangga dengan prestasi Adam dalam perlawanan....Rumah
Selepas menunaikan solat isyak, Adam terus berbaring di atas katil kerana keletihan bermain bola petang tadi.... Tiba-tiba dia mengingati tentang Puteri Sofea.... Lantas dia mengambil telefon bimbitnya lansung menghantar pesanan ke Puteri
'Assalamualaikum' ~Adam
'Waalaikumsalam... Siapa ni?' ~Puteri
'Buah hati awaklah' ~Adam
'Haa? Saya takde buah hati' ~Puteri
'Saya tahulah awak takde buah hati sebab tulah saya jadikan awak buah hati' ~Adam
'Baik awak cakap siapa awak atau saya akan block nombor awak' ~Puteri
'Yelah... Saya tahulah baru dua hari kenal dengan awak... Tau-tau jee saya mintak nombor awak' ~Adam
'Haa? Aw.. Awa.. Awak.... Adam?' ~Puteri
'Hahahahaha sayalah Adam... Maaflah kalau buat awak tak senang duduk... Saja jee nak gurau' ~Adam
'Awak ni suka au kenakan saya... Btw tahniah sebab awak berjaya kalahkan team sekolah luar' ~Puteri
'Alaaa thanks.... Saya nampak tadi ada ramai perempuan yang sorak... Tapi saya nampak awak yang paling semangat... Saya tau awak minat dekat sayakan' ~Adam
'Eiiiii perasannya.... Ini mesti kuat berangan kan' ~Puteri
'Mana ada... Kalau ada pon berangan pasal awak jee' ~Adam
'Ish awak ni' ~Puteri
'Adam... Saya kena tidur awal harini sebab ibu dengan ayah saya taknak saya berjaga sampai lewat malam' ~Puteri
'Takpe... Saya faham... Bagus awak dengar cakap ibu ayah awak... Semoga jadi anak yang solehah.... Bertuahlah siapa yang dapat awak.' ~Adam
'Oklah bye... Assalamualaikum.. ' ~Puteri
'Bye... Waalaikumsalam... Goodnight' ~Adam
Sejak mula dari itu Adam semakin rapat dengan Puteri (korang jangan ingat Adam ngn Puteri dah couple eaaa... Diorang just kawan rapat jee)...Jadi, apakah yang akan berlaku terhadan Adam Rayyan dan Puteri Sofea.... Adakah cinta akan berputik atau mereka terus berkawan... So jangan lupa vote and share ramai ii.... Admin harap korang enjoy and wait for my new chapter!!!
YOU ARE READING
Kebahagiaan Yang Tidak Kekal Lama
ContoAdam berpindah masuk ke sekolah baru selepas bapanya berpindah syarikat di Kuala Lumpur... Jadi, apakah kisah Adam Rayyan dia sekolah baru dan bagaimana dengan cara dia bergaul dengan rakan-rakannya sebelum menduduki SPM... Apakah kisah yang dikatak...