1| DON'S AFFAIR

8K 652 119
                                    


Hari demi hari, dia hanya menunggu masa untuk meninggalkan lelaki itu—suaminya. Setiap hari yang dilalui hanya dipenuhi dengan keperitan dan penyeksaan. Dan dari segi mental, ianya begitu menyakitkan untuk dia terus bertahan.

Perkahwinan mereka sudah hampir mencecah setahun, tapi sayangnya walaupun lelaki itu mencintai dia tapi dia tak pernah berharap ianya untuk bahagia dan normal seperti pasangan lain.

Jadi, bila tiba masanya untuk dia menghembus nafas terakhir— itu adalah satu kemenangan buatnya.

Cinta?

Jika ingin jawapan yang jujur, dia tak pernah mencintai lelaki itu. Langsung tak terdetik dihati untuk mencintai seorang lelaki yang digeruni dan ditakuti oleh mereka. Seorang lelaki yang tidak pernah terpisah dengan kegiatan jenayahnya.

Dia tak pernah terfikir bahawa dirinya bakal menjadi isteri kepada lelaki itu. Pembunuhan yang dilakukan oleh suaminya dan orang suruhannya membuatkan perasaan yang bertandang dihati makin terhakis sedikit demi sedikit.

Malah, pengedaran dadah yang meluas dan berleluasa yang dijalankan oleh suaminya itu kini tersebar kepada pihak berkuasa.

Hubungan mereka yang kian retak kini menjadi buruan pihak polis dan juga musuh yang sentiasa memerhati. Dia sudah tak betah lagi untuk menjadi sebahagian daripada kegiatan tersebut.

Cukup sebelum ini hidupnya yang terumbang-ambing kini makin menggoyahkan semangat yang dia kumpulkan. Terasa tidak sabar untuk dia menamatkan riwayat hidupnya.

Mengapa sebagai seorang isteri dia berfikiran seperti itu? Pasti ramai yang tertanya-tanya dan dia tak mampu memberi walau satu jawapan kerana semuanya terletak ditangan lelaki yang digelar sebagai suaminya itu—

DON.

Bunyi tapak tapak kasut yang menghampiri dimana dia berada tak sedikitpun membuatnya berpaling. Dia tahu siapa yang sedang menuju ke arahnya.

Itu reaksi yang selalu dia berikan dan itu juga bagaimana mereka berdua berkomunikasi sebagai pasangan suami dan isteri.

"Ammara."

Suara dingin yang menyapa dirinya membuatkan dia menoleh ke sebelah kiri dimana wajah yang jelas tak beriak itu memandangnya penuh rasa kasih.

Dia sukakan sisi lelaki itu yang sekarang; dimana segala emosi dan perasaan cinta lelaki itu padanya jelas terlayar disebalik mata kelabu yang tajam dan menggerunkan itu.

"Stephano." gumamnya perlahan dengan senyuman lebar yang terukir dibibir.

Dengan itu dia bangkit dari duduknya yang dikelilingi bunga ros mekar dan pelbagai lagi di taman mini tersebut dimana dia berada tika itu.

Tubuh tegap suaminya dipeluk kemas seraya melabuhkan kepala pada dada lelaki tersebut.

Manakala, Stephano pula mengucup lembut dahi isterinya sambil bermain dengan rambut perempuan tersebut.

Senyuman kecil dengan secara tiba-tiba terlakar dibibir bila tubuhnya itu dipeluk kemas, terasa lapang dadanya.

"Don't forget about dinner, the Romano's family will be here tonight. Wear something pretty for me, will you?"

Bisiknya perlahan dengan nada tegasnya seraya merenung dalam anak mata isterinya yang bewarna koko tersebut menyamai warna rambutnya.

"I will, Stephano. Anything for my husband." balas Ammara lembut seraya mengucup pipi suaminya sekilas.

Stephano tersenyum kecil, sungguh dia tak puas menatap wajah cantik isterinya itu.Tapi momen bahagia mereka terbantut bila deringan telefon milik lelaki itu kedengaran.

THE DON (E-BOOK)Where stories live. Discover now